Semakin ligat otaknya mencari
alasan baru untuk tidak mengulangi alasan yang sama. Bukan Masyita bodoh, bukan
Masyita tak boleh fikir. Sudah beratus kali ditanyakan soalan itu namun beratus
juga alasan dicipta.
“Agak-agak apa lagi jawapan yang kau
nak bagi kat aku kali ni, Qai. Kau tak penat ke asyik nak berdalih saja. Kau
ingat aku tak tahu masalah kau dengan Mad? Cerita kau dalam kocek seluar aku
tau.” kata Masyita sambil menepuk-nepuk poket seluar jeansnya.
“Kau merepek apa beb? Aku okay saja dengan dia tak ada masalah pun. Yang kau emo sangat kenapa? Hahaha.” dalih Qaisara untuk yang entah ke berapa kali.
Masyita menarik bahu Qaisara menghadapnya. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka bicara.
“Qai, aku kenal kau dari kecil
tau. Aku tahu semua rahsia kau, semua baik buruk kau dalam genggaman aku, apa saja cerita yang kau tak cerita kat aku? Tak ada kan? Tapi aku tahu kalau aku
sebut saja pasal jantan nama Mad tu, kau mesti mengelak. Jangan ingat aku tak tahu apa jantan tu dah buat pada kau? Dia ada orang lain kan? Kan Qai?" tanya Masyitah tegas.
“Bukan macam tu la Mas. Tak elok
lah kau fikir macam tu pada Mad. Dia..”
“Apa? Dia apa? Kau tak payah nak back up jantan tu okay. Aku sendiri nampak dia keluar dengan perempuan lain siap berpegangan tangan lagi. Qai, kau tak rasa geram ke? Aku yang tension tau dia buat kawan aku macam orang dungu. Bodoh lah lelaki macam tu. Kalau aku jumpa dia nanti, siaplah.”
“Apa? Dia apa? Kau tak payah nak back up jantan tu okay. Aku sendiri nampak dia keluar dengan perempuan lain siap berpegangan tangan lagi. Qai, kau tak rasa geram ke? Aku yang tension tau dia buat kawan aku macam orang dungu. Bodoh lah lelaki macam tu. Kalau aku jumpa dia nanti, siaplah.”
Masyitah masih memandang Qaisara. Hairan melihat sahabatnya itu diam membisu. ‘Dia terasa
dengan kata-kata aku ke?’ tebak hatinya.
“Hei, Qai.. Qaisara.” panggil
Masyitah. Bahu Qaisara digoyang perlahan.
“Erk.. ya? Sorry, bro. Aku ada
hal petang ni. Maybe malam nanti aku balik lewat sikit.” Qaisara cuba
menukar topik lagi. Bosan telinganya mendengar pertanyaan mengenai Mad selalu.
Baginya kenangan bersama Mad sudah lama terkubur dalam hatinya.
“Haih, penat lah aku dengan kau
ni. Dah ada masalah disimpan, bila tak dapat selesai masalah, moody. Tak best lah kalau kau moody saja.
Tak meriah rumah kita ni kalau kau terus macam ni tau. Moon dengan Nor pun
selalu tanya kenapa kau dah lama tak lepak dengan kitorang malam-malam. Rasanya
assignment yang Madam Zalikha bagi pun
kau dah lama siap. Paper work dengan proposal yang nak kena submit minggu depan pun kau dah
siap kan? Nak pergi mana lagi?”
Qaisara tersenyum manis
sambil menarik tangan Masyitah melepaskan bahunya. Lantas mencapai kunci
motornya dan mengambil beg silang yang tersangkut di dinding pintu biliknya.
Pantas kakinya menuju ke pintu rumah sewa mereka dan mengucap salam kepada Masyitah
yang terkebil-kebil yang memandangnya.
“Haih. Macamanalah orang nak pada dia. Serba serbi macam lelaki.. Ni semua Mad punya pasal. Kau yang buat kawan
aku jadi macam ni.” Masyitah masih tetap menyalahkan Muhammad atas apa
yang terjadi pada Qaisara sekarang.
########
Qaisara berjalan
menyusuri pantai yang sering menjadi kunjungannya di Morib. Bagi dia tempat itu
sangat menenangkan hatinya jika menghadapi masalah selain sering mengadu kepada
uminya. Sungguh, tidak terdetik dalam hatinya ingin membebankan uminya dengan
masalah. Tapi, hanya umi saja yang dapat membantunya saat dia memerlukan seseorang di sisi.
“Umi.. Sara rindu umi. Sara nak
balik jumpa umi.” kolam air matanya pecah. Puas ditahan namun Qaisara tidak mampu.
Perlahan dia mendekati buaian kecil yang terdapat di pantai itu.
Perlahan dia mendekati buaian kecil yang terdapat di pantai itu.
Benarlah kata orang, jika
hakikatnya dia perempuan sememangnya hatinya juga selembut hati perempuan walau di
luarnya kasar bukan seperti seorang perempuan. Qaisara mengakui kebenaran
kata-kata itu. Setabah-tabah hatinya sebenarnya dia juga adalah manusia yang
lemah.
“Awak, nah.”
Qaisara terkejut. Kepalanya
mendongak mencari pemilik sapu tangan itu. “Awak?!”
“Aduh..” Qaisara bangun
sambil mengesat punggungnya yang kotor akibat terjatuh dari buaian itu tadi.
“Awak tak apa-apa? Takkan sebab
tengok muka saya yang hensem ni pun awak boleh terjatuh kot. Jangan cakap awak
dah tergoda.” sengih lelaki itu.
“Awak lagi? Apasal saya asyik
TERjumpa awak hah? Awak ikut saya eh?” sengaja Qaisara menguatkan
perkataan 'terjumpa' sebab sejak akhir-akhir ni, selalu sangat dia terserempak
empat mata dengan lelaki itu.
“Aik? Saya pulak kena. Manalah
saya tahu. Saya rasa mungkin jodoh kita kot.” lelaki itu
ketawa sendiri. Bagi dia ini bukanlah kebetulan lagi, tapi memang pertemuan
yang dirancang sendiri olehnya.
“Nonsense! Awak rasa lawak ke? Stres
saya terjumpa awak saja. Atau awak memang ikut saya, manalah tahu kan. Kot-kot lah awak minat kat saya dalam diam ke?” Qaisara mengecilkan matanya. Tahulah dia lelaki itu memang sengaja bermain
api dengannya.
“Hello.. Awak ingat awak tu cantik
sangat saya nak ikut. Ramai lagi perempuan yang cun kat luar sana, yang memang
‘perempuan’, memang pandai ambil hati saya. Memang saya boleh cakap perfect sebagai perempuan yang saya
boleh kejar. Awak tu? Apa ada? Apa pun tak ada.” ganjaran kata-kata sinis
dilemparkan kepada Qaisara.
‘Ambik kau sebijik, Sara. Itulah,
perasan tak ingat dunia sangat. Bajet hot
stuff.’ Qaisara memarahi diri.
“Hello.. Terasa ke? Hahaha.. Awak
sakit? Kalau sakit, nanti boleh call
saya. Nah, name card saya, kalau
perlu saya bawak ke klinik, bagitahu saja. Saya tanggung semua kos. Kalau tak
pun, jomlah ikut saya. Saya hantar pergi klinik terus. Lagipun saya nak cepat
ni. Jom.” lelaki itu meletakkan kad namanya di atas buaian dengan tergesa-gesa.
Qaisara geram. ‘Dia ingat
aku ni boneka?’ Dibelek nama lelaki itu atas kad nama yang baru sahaja
diberikan tadi.
“Muhammad Muqri Syariff!”
panggil Qaisara kuat. Lelaki itu
berpaling hairan.
“Ya. Kena..”
Bukkk..
Belum sempat menghabiskan
pertanyaan, pipi Muqri Syariff dihadiahkan sebiji penumbuk khas daripada Qaisara. Terkebil-kebil matanya memandang gadis itu.
“Muqri Syariff? Sedap makan
penumbuk sulung saya?”
“Kenapa awak tumbuk saya? Saya
tak buat apa-apa pun pada awak.”
“Yes. U do. First, awak perli saya cakap macamlah saya ni bukan
perempuan.. Second..”
“Kenyataan lah. Cuba tengok diri
awak tu.” Muqri Syariff membela diri. Pipinya masih terasa kesan tumbukan Qaisara. Dia menjelir lidah bila gadis di depannya menunjukkan tangan kanannya
yang digenggam kuat.
“Saya cakap awak diam, okey. Second, awak ingat saya perempuan
murahan ke senang-senang nak ikut jantan yang saya tak kenal. Entah ke
mana-mana awak nak bawa saya kan? Dasar stalker!”
Qaisara mengambil kad yang diletakkan di atas buaian tadi, lalu dikoyak sehingga
menjadi kepingan-kepingan kecil lalu ditabur di hadapan mata Muqri Syariff.
Dia puas hati lalu terus
mengambil helmet bersebelahan lelaki
itu dan berjalan meninggalkan pantai itu. Terhibur juga Qaisara dapat
mengenakan kembali lelaki yang bernama Muqri Syariff itu. Dendamnya terbalas.
‘Sedap jugak nama kau kan.’ pujinya dalam hati.
########
Qaisara selesai
menghantar tempahan makanan kepada pelanggan di restoran tempat dia berkerja.
Seseorang memanggil namanya semasa ingin mendapatkan tempahan dari pelanggan
yang baru tiba.
“Qai, kau pergi ambil order kat meja nombor 15. Aku ambil order yang baru sampai tu. Dah pergi
cepat.” Masyitah memberi arahan. Dia menurut.
Qaisara menghulur kad
menu makanan kepada pelanggan meja bernombor 15 dengan sopan.
“Ya. Order, encik?” Qaisara memaniskan muka walaupun wajahnya
tampak keletihan. ‘Segak jugak dia ni. Hm.. Muka pun boleh tahan. Hidung dia
mancungnya, mulut dia seksi, tajam. Taste
aku ni. Hehee.. Mata dia. Ish, bukak la spect
tu bro.’ Qaisara terleka sebentar sebelum tersedar apabila pelanggannya itu
membuka cermin mata hitamnya.
Qaisara tercengang
melihat pelanggannya itu. Rupa-rupanya..
“Eh, jumpa lagi kita? Ada jodoh
betul kita ni kan.” lelaki itu tersengih.
“Macam mana awak..? Err, tak ada
apalah. Awak nak order apa? Saya nak
cepat ni.” hilang terus nilai budi bahasa yang diajarkan managernya tiap kali memulakan tugas.
“Amboi, garang betul. Manager awak tak ajar cara bersopan depan
customer ke?” Muqri Syariff sengaja menguji ego gadis itu. Gadis itu terdiam.
“Ehem.. Awak. Tak payah lah
termenung jauh sangat. Nak ambil order
ke tak ni? I’m waiting.”
“Err.. Sorry. Awak nak.. Ehem.. Encik nak order apa?” Qaisara menjaga intonasi agar tidak dilabel
pekerja yang tidak profesional. Setelah mengambil tempahan, dia menghantarnya
ke meja Muqri Syariff.
Dia mahu kembali ke dapur tetapi ditahan lelaki itu. 'Ahh kacau lah kau!'
Dia mahu kembali ke dapur tetapi ditahan lelaki itu. 'Ahh kacau lah kau!'
“Awak, teman saya makan.”
“Tak nampak ke saya tengah
kerja. Busy tahu tak.”
“Tak tahu pun. Duduklah sini dulu.” kata Muqri Syariff sambil menarik kerusi di sebelahnya.
“Buta ke? Saya sibuk.” tegas Qaisara sambil berjalan meninggalkan meja itu.
Dari jauh kelihatan seseorang yang dikenalinya sedang bersembang dengan Muqri Syariff. ‘Macam kenal saja, member dia tu kot.’ hatinya berbisik sendiri sambil tangannya pantas menyiapkan pesanan makanan pelanggan di meja bernombor 6. Sambil itu matanya melilau ke meja lelaki itu lagi.
“Eh, tu bukan Encik Haris ke?
Apa dia buat dengan mamat tu?” tanya Qaisara pada Masyitah. Mungkin
Masyitah kenal lelaki itu. Tapi, mustahillah.
“Qai, tu bestfriend Encik Haris lah. Kau tak tahu ke? Diorang dah lama tak
jumpa sebab Encik Syariff baru balik Malaysia dua bulan lepas. Dia baru start kerja kat Art & Design
Elemental Architecture di depan sana tu.”
“Amboi. Mana kau tahu cerita ni
beb? Kenapa aku boleh tak tahu ni? Kau..” keningnya diangkat sebelah.
“A.. Aku tahu dari Encik Haris
lah. Encik Haris yang cerita. Masa tu kau balik awal, masa kau tak sihat
tulah.” laju Masyitah menjawab. Qaisara mengecilkan anak matanya
memandang mata Masyitah.
“Kau pasti tak tipu aku ni?” hatinya masih berdolak dalih mahu menerima jawapan
Masyitah. Entah kenapa seperti ada yang disembunyikan ni!
“Hm.. Mas, kau ingat tak mat stalker yang aku selalu cerita tu? Ala,
yang aku jumpa tepi bustop dulu tu.
Ingat tak?”
“Yang mana? Yang kau
tergolek tu ke?"
"Haaa... Itu lah dia mamat tu."
"La.. Ni ke mamat tu? Hensem jugak Qai. Sesuai dah dengan kau. Tak payah nak jual mahal sangat la kan. Karang kau tak laku, padan muka.” Qaisara menjuih bibir.
"Haaa... Itu lah dia mamat tu."
"La.. Ni ke mamat tu? Hensem jugak Qai. Sesuai dah dengan kau. Tak payah nak jual mahal sangat la kan. Karang kau tak laku, padan muka.” Qaisara menjuih bibir.
Terasa bahunya dicuit. Dilihat
Masyitah memuncungkan mulutnya ke arah pengurus mereka.
‘Encik Haris panggil aku? Kenapa? Aku ada buat salah apa?
Janganlah Muqri ni buat cerita bukan-bukan pasal aku pulak. Hish..’ doanya
dalam hati.
Perlahan Qaisara
mendekati pengurusnya itu sambil hatinya terus berdoa.
Lantas dia memaniskan wajah
menghadap pengurusnya, sempat juga matanya menjeling reaksi sahabat pengurusnya
itu. Tersengih-sengih! 'Kau kenapa?!'
“Qai, kenalkan. Ni Muqri
Syariff, kawan baik saya. Dia baru balik dari Paris, study sana. Riff, ni pekerja aku yang paling cun di sini. Nama dia
Qai. Tak payah kenalkan lah, korang dah kenal lama kan?” Qaisara terkejut
apabila dikatakan sudah kenal lama dengan Muqri Syariff, walhal baru bulan
lepas dia berkenalan secara tak sengaja dengan lelaki itu. Di pertemuan yang
memalukan!
“Oh, itu. Err, saya pun baru..” aku terdiam.
“Lama dah kenal cuma baru
sekarang kitorang dapat rapat.” pintas Muqri Syariff.
Dijelingnya Muqri Syariff yang
selamba memotong percakapannya tadi. Kutukan demi kutukan dilemparkan kepada
lelaki itu dalam hati Qaisara.
“Eh, Qai. Hari ni awak boleh balik
awal. Demi kawan saya yang dah lama gila tak balik ni. Bukan nak ajak saya yang
keluar, tapi ajak pekerja saya pula. Tak adil betul.” Kedua lelaki di depan
matanya itu ketawa seolah-olah mempersendakan Qaisara.
‘Diorang cakap apa? Balik awal? Keluar? Huh? Mentang-mentang aku tak faham korang gelak pasal apa. Gelak sakan tak ajak aku pun! Okay, aku senyum saja, masuk topik lah jugak.’ rajuk hatinya.
‘Diorang cakap apa? Balik awal? Keluar? Huh? Mentang-mentang aku tak faham korang gelak pasal apa. Gelak sakan tak ajak aku pun! Okay, aku senyum saja, masuk topik lah jugak.’ rajuk hatinya.
“Eh. Encik Haris cakap apa
tadi? Saya tak faham. Encik Haris nak keluar ke?” tanya
Qaisara kedunguan.
Encik Haris dan Muqri Syariff
memandang wajahnya. Pelik.
“Kenapa?”
“Awak tak faham kitorang cakap
apa ke tadi. Tapi awak senyum tadi.”
“Encik Haris gelak, saya senyum
lah sekali. Nanti cakap saya tak faham bahasa pulak.”
“Memang tak faham pun kan?”
kali ini baru keluar suara Muqri Syariff. ‘Dari tadi gelakkan aku saja tau.
Ingatkan dalam mulut kau ada emas berkarat-karat!’
“Tak ada lah Qai. Ariff minta
izin nak suruh awak keluar kerja awal sikit. Dia kata nak jalan-jalan dengan
awak. Pergilah teman dia, kempunan pula nanti.”
Qaisara ingin menolak
tetapi pengurusnya seperti mengetahui apa yang bermain dalam fikirannya.
“Don’t worry, Qai. Saya tak potong gaji awak. Gaji tetap berjalan
macam biasa. Pergilah ambil barang awak. Jangan lupa bagitahu Mas suruh dia
yang bawa balik motor awak tu okey.” Kedengaran seperti sebuah arahan. Qaisara akur.
Dia mendengus dalam hati.
‘Pandai dia bodek kawan dia tu nak bawa aku keluar. Hish, taktik kotor! Tension!’ Selepas meninggalkan pesanan
kepada Masyitah supaya membawa pulang motor skuternya itu, terus dia mencapai
beg silangnya dan berjalan ke arah Muqri Syariff. ‘Memang nak kena budak ni!’
“Jalan dulu Ris.” Muqri Syariff
bersalaman dengan Encik Haris.
Kami pamit dan langsung diiringi satu peringatan buat Muqri Syariff. ‘Jangan apa-apakan pekerja aku yang ni. Kalau kau berani, kau dapat akibatnya on time. Dia garang bro.’ sengaja diulang kata-kata Encik Haris dalam hati. Protesnya.
Kami pamit dan langsung diiringi satu peringatan buat Muqri Syariff. ‘Jangan apa-apakan pekerja aku yang ni. Kalau kau berani, kau dapat akibatnya on time. Dia garang bro.’ sengaja diulang kata-kata Encik Haris dalam hati. Protesnya.
“Jom awak.” Qaisara hanya
mengekori.
Sambil berjalan ke kereta mewah
milik lelaki yang tak tahu datang dari planet mana, Qaisara sempat
berkhayal memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk mengelak dari keluar
bersama lelaki itu. Apabila dia ingin membuka bicara, pintu kereta sudah
terbuka untuknya. ‘Tak sempat nak mengelak. Manusia apalah dia ni. Menyusahkan
betul!’
########
Cukup 5 minit Qaisara
bungkam dalam kereta mewah itu tanpa sebarang kata. Hatinya sudah bosan. ‘Ke
mana lah manusia yang seorang ni nak bawa aku.’ persoalan tetap menjadi
penghuni hati, tidak terluah.
“Ehem.. Qaisara, awak marah
saya?” Muqri Syariff memulakan perbualan.
“Kenapa awak buat macam ni?”
“Saya pun tak tahu kenapa.”
“Motif?”
“Saya tak ada jawapan yang awak
nak. Kenapa? Awak tak suka?”
“Taktik awak kotor. Awak rasuah
apa kat bos saya?”
“Rasuah apa? Dia sendiri yang bagi permission kat saya. Awak pun dengar
tadi.”
“Tapi, kan saya dah cakap tak
nak teman awak. Degil sangat kenapa?”
“Degil sebab awak lah.”
“Dia yang degil, nak salahkan
orang pulak! Benci.” rungut Qaisara mematikan perbualan.
“Benci tanda sayang, Qaisara.”
Muqri Syariff melirikkan senyuman menggodanya kepada Qaisara. Harapannya
tinggi supaya gadis itu cair dengan senyuman yang mampu menggoyah setiap gadis
yang bertemu empat mata dengannya. Tapi, malangnya Qaisara berjiwa keras.
Sekeras batu kerikil.
“Qaisara.” Muqri Syariff
menyebut nama Qaisara perlahan.
“Apa lagi pakcik ni?” jelingnya memberi amaran kepada Muqri Syariff.
“Janganlah jeling-jeling manja
macam tu, saya makan awak karang.” guraunya.
Qaisara malas mahu
melayan, hanya menunjuk sekepal penumbuk di depan mata Muqri Syariff sudah
cukup baginya.
“Awak tak nak tahu saya bawa
awak ke mana? Manalah tahu saya bawa awak pergi sempadan ke? Kahwin lari kat sana. Tak takut?” matanya memandang Qaisara yang tersengih.
“Awak ingat saya nak kahwin
dengan stalker macam awak ni? Tak
payah berangan. Awak tu tak masuk dalam list pun.”
"Awak student lagi kan? Jangan terkejut, Haris yang bagitahu saya tadi. Kenapa awak kerja part-time? Focus on your study saja lah."
"Saya bukan orang berada macam awak. Saya nak kena tanggung adik-adik saya di kampung. Saya banyak tanggungjawab sebab saya anak sulung. Bukan macam awak, cuma tahu habiskan duit mak ayah awak saja." hentam gadis itu. Muqri Syariff diam tanpa kata.
Masing-masing membisu. Hanya suara kepoh DJ radio sahaja yang memecah tembok kesunyian antara mereka.
“Qaisara, kita dah sampai. Saya
nak minta satu dari awak boleh?” kereta diberhentikan lalu Muqri Syariff
memandangnya. Matanya benar-benar mempamerkan keikhlasan. Tak mampu Qaisara memarahi Muqri Syariff tanpa sebab. Dia juga punya hati.
“Ada apa?” soal Qaisara
ingin tahu.
“Saya nak awak buat-buat macam
kita dah kenal lama boleh? Saya tak nak ibu dan adik-adik saya syak apa-apa.”
“Hm.. Tengoklah nanti.” ujar
Qaisara angkuh. Tiba-tiba hatinya terasa ingin mempermainkan lelaki yang
mencabar kredibilitinya sebagai seorang perempuan itu.
Mereka berjalan beriringan
memasuki rumah teres dua tingkat itu. Pada pandangan Qaisara, tidak
sangka keluarga lelaki ini tinggal di rumah yang tidak berapa gah jika mahu
dibandingkan kereta mewah yang dimiliki dan kerjayanya sekarang.
“Assalamualaikum.. Ibu.. Ibu.
Assalamualaikum.” laung Muqri Syariff sebelum memulas pintu rumah teres itu.
‘Tak sopan langsung! Lantaklah rumah dia.’
“Waalaikumsalam. Ibu! Abang
Ariff dah balik.” Terdengar suara seorang budak lelaki yang menjerit memanggil
‘ibu’. Tak lama kemudian, muncul seorang wanita tua bersama beberapa orang
kanak-kanak lain di belakangnya. Mungkin itulah ‘ibu’ yang dimaksudkan Muqri
Syariff tadi. Dan itulah adik-adiknya. Ramainya!
Tangannya dihulur kepada wanita
tua itu. Mujur disambut.
“Makcik, sihat?” soal Qaisara ramah..
“Ibu sihat alhamdulillah. Siapa
nama tadi? Qai ya? Qaisara kan? Cantik nama kamu secantik tuannya.” merah pipi
Qaisara apabila dipuji sebegitu. Bertambah merah apabila didengari oleh
Muqri Syariff. ‘Ah! Kehadiran dia betul-betul mengganggu hidup aku’ jerit batinnya.
“Umi Qai yang bagi. Umi Qai suka
nama Qaisara, abah nak letak nama Aisya. Itu yang mereka gabungkan nama Qai jadi
Aisya Qaisara. Boleh Qai tanya? Makcik jaga sendiri ke anak-anak makcik ni?”
tika itu seorang demi seorang adik-adik Muqri Syariff bersalaman dengannya. Dia terharu dengan layanan dari keluarga lelaki itu. Membuatkan dia
teringatkan umi dan abah yang berada jauh di kampung.
“A’ah, ibu jaga semua anak ibu
ni sendiri. Lagipun, Farah yang tolong ibu jaga adik-adik dia yang lain ni. Qai
panggil ibu saja lah. Ibu anggap semua kawan anak-anak ibu sama macam anak ibu
juga. Ha.. Mulalah tu mencebik, tak boleh nak mengalah. Tetamu Riff ni.” Kata
ibu sambil memandang Muqri Syariff.
Nampak benar wajahnya yang
pura-pura merajuk. Macam budak kecil!
“Dah, jom Aida, Khairul. Ajak
adik-adik yang lain keluar jom. Ada orang baru, ibu tak nak kawan dengan kita
dah. Siapa nak tolong Abang Ariff kemas halaman rumah? Siapa ikut, petang ni abang ajak jalan-jalan. Siapa nak, say yes!” serentak mereka menjawab yes!
seperti permintaan Muqri Syariff tadi.
Qaisara tersenyum melihat keletah keanak-anakan lelaki itu.
Qaisara tersenyum melihat keletah keanak-anakan lelaki itu.
“Awak tu pandai-pandailah
hidup. Dahlah curi ibu kami.” Muqri Syariff menujukan gurauan itu buatQaisara. Dia memang berperangai seperti kanak-kanak. Memang lain benar
perangainya apabila di luar dan ketika berada di samping keluarganya.
“Dahlah, Qai. Abaikan. Jom
tolong ibu masak.”
“Heheh.. Qai memang nak ajak
ibu pun. Tapi, ibu dah ajak dulu. Nak buat macam mana kan?”
“Pandailah kamu.” Ibu menepuk
lembut bahu Qaisara. Sampai saja di dapur, hatinya melonjak kegirangan.
Matanya tertancap pada sebekas ikan pari yang sudah disiang.
“Qai suka makan ikan pari jugak
ke?” soal ibu.
“Tu favourite Qai, ibu. Umi Qai selalu masak ikan pari tau. Rindunya
Qai. Eh, ibu nak masak apa ikan pari ni?” tanya Qaisara sambil berjalan
menuju ke singki dan menyingsing t-shirt lengan panjangnya. Dia berhajat untuk
menolong ibu masak kerana dia merasakan seolah-olah ibu adalah uminya yang
jauh.
“Qai tak pandai masak, Qai
tolong saja boleh tak bu?” ibu mengangguk lalu tersenyum.
########
“Abang Ariff lah! Kitorang
menang. Tak kira, abang tetap kena belanja kitorang makan aiskrim nanti. Ibu!” jerit
salah seorang anak ibu yang berbadan agak sihat dan montel.
“Ha.. Jangan main kat sini. Ibu
dengan kakak belum siap hidang makanan lagi.”
“Abang lah bu. Dia ajak masuk
awal, nak makan cepat. Dia dah bau sedap kat luar tu. Tak senang duduk tau
abang ni bu. Taulah ada awek dia.” mengadu seorang kanak-kanak perempuan yang
berusia dalam lingkungan 14 tahun itu. Mungkin itulah Farah yang ibu maksudkan
tadi.
“Eh, mana ada. Jijo yang ajak
masuk. Kan Jijo?” Muqri Syariff masih mahu menang. Kanak-kanak bernama Jijo
menggeleng sambil tersengih.
“Semua tak nak back up abang. Abang merajuklah macam
ni.” cebir Muqri Syariff lalu ke dapur untuk mengisi tekaknya yang kehausan.
Badannya tiba-tiba terkaku melihat gadis yang menjadi pujaan hatinya itu semacam berubah, tidak seperti selalu. Dia tertanya-tanya sendiri sambil matanya mengekor ke mana sahaja Qaisara pergi.
Badannya tiba-tiba terkaku melihat gadis yang menjadi pujaan hatinya itu semacam berubah, tidak seperti selalu. Dia tertanya-tanya sendiri sambil matanya mengekor ke mana sahaja Qaisara pergi.
Bila Qaisara menjerkah
dia, baru dia perasan. Gadis itu nampak lain kerana topi yang selalu
menjadi penutup kepalanya sudah hilang. Entah ke mana. Apatah lagi, rambutnya
yang panjang mengurai tu diikat tinggi menampakkan leher jinjangnya yang putih
itu. Muqri Syariff menelan liur. ‘Bersabarlah wahai hati.’ pujuk hatinya.
“Ariff! Qaisara! Mari makan
sama. Semua tengah tunggu kamu berdua ni.” laung ibu dari meja makan.
Qaisara menyahut sambil membetulkan rambutnya yang agak serabai itu. Gerun dia melihat mata Muqri Syariff yang tak lepas dari memandangnya. ‘Gila agaknya mamat ni dah.’ Terus dia berjalan meninggalkan Muqri Syariff di dapur sendirian.
########
Jam hampir mendekati pukul 8.30
malam, baru Qaisara sampai di rumah sewanya. Kalau diikutkan hati, dia
tak mahu berlama-lama di rumah Muqri Syariff. Makin lama dia berada di sana,
makin serabut otaknya memikirkan perkara itu. Tapi, Qaisara tak sanggup menolak permintaan ibu.
Sepanjang perjalanan dia hanya
diam membisu membiarkan Muqri Syariff membebel sendirian. Dia tiada mood untuk melayan lelaki itu. Sungguh
saat ini dia rasa tertipu! Kenapa Muqri Syariff berpura-pura seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan dia sebelum ini. Dia bersyukur kerana semasa membantu ibu memasak, ibu telah membongkar rahsia demi rahsia yang selama ini tidak dia ketahui. Pandai lelaki itu berahsia dengannya!
“Qaisara.. Hello Qaisara.”
Muqri Syariff melambai-lambai di depan matanya. “Dah sampai.”
“Okay. Thanks. Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” pamit Qaisara
sambil menyarung kembali topinya.
“Qai, pinjam telefon sekejap.”
“Buat apa?”
“Nak call someone kejap. Saya dah habis kredit. Please.” rayu Muqri Syariff.
“Nah. Cepat sikit.”
Muqri Syariff terus membuat
panggilan kepada seseorang . Dan, seseorang itu.. Adalah dirinya sendiri. Muqri
Syariff membuat panggilan kepada telefon bimbitnya. Apa motifnya?
“Apa awak ni? Hish!” Qaisara merampas kembali telefon miliknya di tangan lelaki itu. Sebal! Lantas
pintu kereta ditutup kuat tanda geram. Di dalam perut kereta, lelaki itu
menahan tawa. ‘Garang macam harimau. Rarrww! Tapi, awak tetap nampak comel bagi
saya.’
============================================================
okay. ni first cerpen yang aku post . sebab aku nak mintak tolong kak Rin komen . sebab aku rase banyak sangat kekurangan ni . haishh .. payah jugak nak buat cerpen-cerpen ni kan? ^_^. so, kalau korang tak puas hati boleh lah komen or tak faham jalan cerite ke ape ke? oke ! aku tunggu kutukan korang . herherrr .
Ni sambungannya okay . --> Kerana Hatimu, Aku Rindu 2 .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Aisya Qaisara - Permaisuri yang hidup bahagia
--> Muhammad Muqri Syariff - Ahli ibadat yang mulia
4 comments:
waww... nice job! ganas semacam aje si aisya Qaisara.. siap bagi penumbuk sebijik lagi~ hahahaha!
boleh ke mcam ni ? ade nmpak da ke flow crte ni cmne ? :) mcm x je ...
oh... padanlah mcm tergantung..
ada smbungan ya..hehehe
haha .. msti akk xperasan kann ? heheee
Post a Comment