CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Sunday, April 8, 2012

Kerana Hatimu Aku Rindu # 2

>> sambungan Kerana Hatimu Aku Rindu # 1 <<

      Sudah seminggu Qaisara tidak bertemu mata dengan Muqri Syariff. Rindu nak mendengar bebelan lelaki itu tiap kali mereka bertemu. Sudah seminggu juga lelaki itu tidak menghubunginya. Apakah lelaki itu terasa dengan kata-katanya minggu lepas.

+++++++++++

        Selesai menyiapkan nota tambahan untuk kuliahnya esok, Qaisara mengemas mejanya yang agak berselerakan. Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan mesej baru masuk. Selesai mengemas barulah Qaisara membuka mesej baru itu.

        'Muqri..'

        'Assalamualaikum. Qaisara. Esok awak free? Saya ingat nak ajak awak lunch esok. Boleh?'

        Dia berkira-kira mahu menekan butang reply atau tidak. 'Nak keluar ke tak esok ek? Esok ada class pagi. Petang kerja pulak. Esok mana ada free. Tapi, dah tiga kali dia ajak, takkan aku nak menolak lagi kali ni. Hm..'

        Lantas dia membalas.

        'Waalaikumsalam. Saya sibuk esok.' sengaja Qaisara jual mahal.

        Butang 'send' ditekan kasar.

        Tidak lama kemudian, telefonnya membunyikan nada dering 'ku ingin kamu' nyanyian Romance Band. Tanda panggilan masuk. Diangkat laju. Salam diberikan mendahului pemanggil di sana. Tergelak dia mendengar lelaki di sana terkejut mendengar suaranya yang lantang. 'Tak boleh kawan nafsu langsung lah kau, Sara. Memalukan diri betul.'

        "Qaisara, jom lah teman saya esok. Please." rayu Muqri Syariff. Nadanya seperti ingin sekali Qaisara menemaninya esok.

        Bukan tak nak, tapi tak boleh . Tak terluah bicara Qaisara. Dia hanya mendengar suara Muqri Syariff merayu padanya.


        "Kali ni saja awak. Please.." sambungnya.

        "Qaisara.. Qaisara.. Are you still there?"

        Dia serba salah mahu menolak. "Err.. "

        "Okay. Saya faham awak tak nak. Terima kasih kerana menolak untuk yang kali yang entah ke berapa kali ni. Selamat malam. Assalamualaikum." talian diputuskan.

        "Muqri.. Muq.." panggilnya. Haa.. kan dah satu lagi bala. Itulah, suruh terus terang tak nak. Kan dah merana.

+++++++++++

         Entah kenapa sejak pagi hati Qaisara tidak tenteram. Ada saja perkara yang dilakukan serba-serbi tidak kena.

        "Qai, kau kenapa?" tanya Masyitah yang kebetulan baru selesai menghantar pesanan makanan kepada pelanggan mereka.

        "Tak tahu la Mas. Hati aku rasa tak sedap saja hari ni." adunya.

        "Kau fikir lagi pasal Abang Syariff ke? Sudah lah. Nanti-nanti dia call kau lah." Masyitah turut membantu Qaisara mengelap pinggan yang baru dicuci.

        Qaisara terkejut.

        "Kau cakap apa tadi Mas?"

        "Cakap apa?"

        "Kau panggil Muqri tadi apa? Ab.. Abang? Kau kenal dia ke?" Masyitah tersentak namun dia berpura-pura tidak terkejut. 'Kan dah kantoi. Lain kali 'cover' sikit mulut tu. Hish!' marah Masyitah dalam hati.

        "Mana ada. Kau salah dengar tu." dalih Masyitah.

        "Aku tahu aku tak salah dengar. Dah lama aku syak ni sebenarnya. Aku tahu kau kenal dengan Muqri. Baik kau bagitahu aku apa hubungan kau dengan dia. Tak payah nak selindung sangat. Kalau tak.." ugut Qaisara. Dia sendiri tak pasti samaada ugutannya berkesan atau tidak. Tapi sebenarnya sudah lama dia syak sesuatu berlaku antara diorang berdua. Cuma belum nampak bukti.

        "Kalau tak apanya?"

        "Kalau tak, aku tak nak dah tegur kau. Kata kawan, tapi kau sembunyikan benda ni dari aku." suara Qaisara mengendur. Pura-pura merajuk bagai.

        Masyitah sendiri serba salah hendak menjawab. 'Sah dia ada simpan rahsia dari aku!'

        "Err. Qai, kau janganlah marah dengan aku pula. Aku minta maaf tapi ni bukan idea aku. Aku cuma nak tolong orang saja. Kau janji jangan marah aku okay." Masyitah melihat-lihat sekeliling. Semoga tiada yang mendengar perbualan mereka.

        "Tengoklah nanti."

        "Janganlah macam ni, Qai. Okay, sebenarnya aku dengan Abang Syariff sepupu. Kau ingat lagi tak senior kita masa kita form 1? Ala.. yang kau minat gila dulu tu? Kau tak ingat ke yang aku cakap budak Ariff tu abang sepupu aku." ligat otaknya mengimbau kenangan lalu.

        "Lepas dia pindah, bukan ke kau ada tulis satu surat, kau cakap kau nak jumpa dia lagi kalau boleh. Sampai sekarang lagi aku simpan surat tu. Sorry Qai, aku terbaca masa aku tolong kau kemas bilik masa kau nak pindah rumah dulu. Aku lupa nak cakap dengan kau sebenarnya Abang Syariff pun ada perasaan yang sama dengan kau. Cuma masa tu,dia terpaksa lupakan semua tu sebab papa aku hantar dia sambung study oversea. Dia tak sempat nak bagitahu kau perasaan dia." panjang lebar Masyitah memberitahu hal sebenar pada Qaisara.

        "Habis dah?" 

        "Aku serius ni, Qai. Sebenarnya Abang Syariff tak pernah cari yang lain walaupun masa dia study jauh dulu ada ramai perempuan minat pada dia. Dia cakap yang dia masih tunggu kau walaupun kau masih dengan Mad dulu."

        "Aku tak percaya." Qaisara sudah selesai mengelap pinggan di dapur. Dia mahu ke depan untuk mengambil pesanan pelanggan. Malas mahu mendengar cerita yang dianggap rekaan mereka sahaja. Mana mungkin rahsia besar itu disimpan begitu lama. Mustahil!

        Masyitah menahan Qaisara daripada pergi. Dia tidak mahu Qaisara terasa dipermainkan oleh mereka berdua.

        "Qai, dia ada bawa kau pergi rumah anak yatim tak? Ada jumpa ibu?"

        Qaisara tidak mengangguk tidak pula menggeleng. "Mana kau tahu?"

        "Dia janji dengan aku sebelum dia pindah. Dia janji satu hari nanti dia nak bawa kau jumpa ibu bila dia dah balik Malaysia. Dia tak dapat bawa kau jumpa parents dia sebab mereka berdua kan dah meninggal. Ingat kan? So, sekarang dia dah tunaikan. Dia tak lupa janji dia."

        "Dia datang sini semata-mata nak jumpa dengan kau. Dia nak buat sesuatu yang sepatutnya dia buat dulu."


        "Buat apa? Kau ni buat aku suspens saja. Dah lah Mas, aku nak pergi depan. Ramai customer hari ni."


        "Qaisara. Aku harap kau pertimbangkan apa yang aku sampaikan tadi. Aku sayang kau sebagai best friend, aku sayang abang Syariff sebagai abang aku sendiri. Dua-dua aku sayang, jangan kau anggap aku rahsiakan ni sebab nak permainkan kau ke apa, okay."


        "Okay." Qaisara segera berlalu. Otaknya cuba menghadam apa yang cuba Masyitah perkatakan tadi. 'Mungkinkah aku yang bersalah sebab tak cuba memahami perhatian Muqri?'


 ########

         Malam itu Qaisara menerima panggilan dari seseorang yang semakin lama semakin mendapat tempat di hatinya. Tapi, dia cuba menafikannya selagi lelaki itu tidak meluahkan rasa hatinya dulu.

        Telefonnya diangkat.

        "Assalamualaikum."

        "Waalaikumsalam, Qaisara. Awak apa khabar? Lama kita tak berbual. Saya ganggu awak ke?"

        "Alhamdulillah, saya sihat. Saya dah siap semua kerja dah, macam tau-tausaja saya dah free. Awak apa khabar? Ingatkan nak merajuk dengan saya lagi."

        "Maaf. Sebenarnya saya tak sihat. Saya tak nak lah ganggu awak. Saya tahu awak kan selalu busy. Dengan kuliah lagi, dengan kerja lagi kan."

        "Awak marah ke?"

        "Tak lah. Mana ada."

        "Sure? Muqri, esok saya nak jumpa awak."

        "Hah! Err, biar betul? Awak tak bergurau kan? Iya lah, selama ni saya ajak banyak kali pun awak asyik nak mengelak saja. Saya yang tension. Hehehe." pandai Muqri Syariff mengambil hati Qaisara. Sudah lama rasanya gadis itu tidak disakatnya. Rindu!

        "Okay. Sorry lah kalau saya asyik mengelak aje. Tapi, esok betul jadi. Esok cuti, so saya rasa agak free jugak lah esok."

        "Yes! Saya tunggu awak esok. Saya ambil awak kat rumah sewa awak. Okay?" tanya Muqri Syariff meminta kepastian. Qaisara mengiyakan.

        "Okay lah kalau macam tu. Jangan lupa pakai baju lawa-lawa tau. After Zohor, saya datang ambil. See you tomorrow. Bye, sayang. Assalamualaikum."

        Qaisara terpana. 'S.. Sayang?' Gila dah budak ni. Hatinya menjawab salam perlahan.

#########

        Dari jauh kelihatan kereta mewah Muqri Syariff meluncur laju ke arah rumah sewanya. 'Bawa kereta macam lipas kudung.' omel Qaisara.

        "Jemput masuk princess." pelawa lelaki itu sambil membukakan pintu di sebelahnya buat Qaisara.

        Berbunga-bunga riang hati Qaisara bila dirinya seperti di awangan. Sungguh lain dari biasanya.

        Di dalam kereta, Qaisara dilayan seperti seorang puteri. Serius hatinya tertawan kembali dengan layanan seorang lelaki. Sungguh hatinya mendambakan perhatian seperti ini sejak awal mencintai seseorang yang bernama lelaki.

        Kelakuan Muqri Syariff yang kelakar itu membuatkan dia nampak comel di mata Qaisara. Entah mengapa bila matanya melihat senyuman lelaki itu, dia teringat cerita Masyitah mengenai cerita di zaman persekolahannya dulu. Ya! Dia ada meminati seorang lelaki tapi dia hampir melupakan wajah lelaki itu sehinggalah hari ini. Dia kembali mengingatinya setelah melihat senyuman lelaki itu.

        "Qaisara.. Qaisara. Awak ni seram lah. Tengok saya macam nak makan saya saja."

        Dikalih matanya memandang ke hadapan. Darah terasa panas dan seperti disimbah ke mukanya saat itu. Malu!

        "Mana ada." gumamnya.

        "Pipi merah dah tu. Malu eh? Hehee. Nasib lah muka awak tu putih. Kalau malu pun saya nampak dulu dah." usik Muqri Syariff memancing mood gadis pujaannya itu. Terhibur dia melihat senyuman Qaisara.

########

        "Jom masuk."

        "Muqri. Restoran mahal ni. Kita pergi tempat biasa saja lah." pujuk Qaisara. Belum pernah seumur hidup dia menjejak kaki ke restoran mahal sebegini.

        "Don't worry, sayang. Tak ada apa lah nak dirisaukan." Muqri Syariff menarik tangan Qaisara lalu memimpinnya ke meja yang sudah ditempah sejak dua hari lepas. Agak terselindung dari meja pelanggan lain.

        "Ish, seganlah."

        "Tak apa. Saya ada. Awak pejam mata kejap. Saya ada surprise untuk awak. Close your eyes for a while, please."

        Tak lama kemudian, terdengar suara-suara yang menyanyikan lagu 'Selamat Ulang Tahun'. Tertanya-tanya dia ulang tahun siapakah ang disambut di situ. Matanya dibuka sebelah untuk melihat gerangan siapakah yang menyambut ulang tahun di situ.

        Alangkah terkejutnya dia melihat sebuah kek coklat kegemarannya berada di atas meja makan di hadapannya. 'Birthday aku ke? 19 Mac? Ya Allah, macam mana aku boleh lupa?' Qaisara menggaru kepalanya yang tak gatal. Terpegun dia melihat Muqri Syariff yang sedang berdiri di hadapannya sambil memegang sejambak bunga mawar putih. Mawar putih!

        "Saya tahu awak dah tahu segalanya dari Masyitah. Dan saya tahu awak mesti nak tahu apa perasaan saya pada awak kan sekarang? Ya! Perasaan saya masih seperti dulu. Yang masih cintakan awak. Yang masih menanti kehadiran awak sebagai pelengkap hidup saya." lancar sahaja Muqri Syariff menuturkan katanya. Macam ikut skrip saja!

        "Chop! Awak baca skrip ke?"

        "Awak tau tak saya nervous sekarang?"

        "Okay. Action.." Qaisara menahan tawa melihat gelagat Muqri Syariff.

        "Oo.. Awak gelakkan saya ya. Saya masih simpan surat awak tau. Kejap." katanya sambil menyeluk kocek seluarnya dan kini di tangannya terdapat sehelai surat berwarna merah yang berbentuk hati. Di luarnya terdapat huruf S ♥ S. Qaisara kaget. 'Kejam kau Mas!!' jerit batinnya.

        "Tak apa. Sekarang tiada rahsia antara kita. Saya tahu awak pun ada hati lagi pada saya kan?" duga Muqri Syariff.

        "Siapa cakap?"

        "Hati awak lah. Sebab hati awaklah saya jatuh hati pada awak, Qaisara. Sebab hati awaklah saya jadi gila bayang. Sebab hati awak juga lah, saya jadi rindu gila pada awak. Awak lah penyebab segalanya. Saya nak awak tebus balik salah awak ni."

        "Aik? Saya salah? Dah tu, awak nak saya buat apa?" jujur jawapan Qaisara. Polos. Sungguh dia seperti dipukau.

        "Sudikah awak menjadi yang benar-benar halal buat saya, sayang?" sambil menghulur jambangan mawar putih itu.

        Hatinya berbelah bagi saat ini.

        "Boleh bagi saya masa untuk berfikir?"

        "Boleh. Dua minit." Muqri Syariff bangun dari melutut di hadapan Qaisara dan duduk di kerusinya sendiri.

        "Cepatnya."

        Muqri Syariff melihat jam tangannya.

        "1 minute left, sayang.."

        "Err. Okay. Tapi, make sure hujung minggu ni jumpa umi dengan abah saya di kampung. Dorang berhak tahu siapa pilihan saya. Lagi satu jangan panggil saya sayang. Geli.."

        "Okay, sayang. Nah, hadiah untuk awak." Muqri Syariff selamba sahaja dengan permintaan Qaisara. Seketika, dia menolak sebuah kotak kecil kepada Qaisara. Dalam fikirannya tak lain tak bukan, pasti cincin.

        "Apa ni?"

        Muqri Syariff membukakan kotak kecil itu. Tekaan Qaisara ternyata salah. Rupanya itu adalah rantai yang terukir nama mereka berdua. Sekali lagi dia terasa seperti berada di dunianya sendiri. 'Indahnya dunia percintaan ini.'

        Muqri Syariff ingin memakaikan rantai itu, tetapi Qaisara menolaknya. Dia masih segan dengan lelaki itu.

        "Thanks, Muqri. Sebab buat semua ni untuk saya." dia benar-benar terharu dengan perhatian yang ditunjukkan lelaki itu.

        "Saya buat bukan untuk awak pun..." terkejut Qaisara. ".. tetapi, untuk hati dan cinta awak. Semoga hati awak akan sentiasa menjadi milik saya dan saya akan pastikan saya adalah lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidup awak, Qaisara. Begitu juga awak. Saya sayang awak sampai akhir nafas saya."

        'Moga cinta kita kekal abadi dalam hati kita berdua. Cintailah aku seadanya, kerana aku amat mendambakan cintamu sebenarnya.'

Setiap manusia berhak memiliki kasih dan cinta seseorang. Walau ia payah untuk dicari namun berusahalah sebaiknya supaya kita juga memiliki cinta itu apa adanya. Janganlah kamu menjadi seperti orang tamak, bila tiada dikejar, sudah dapat diketepikan. Tapi, jadilah manusia yang benar-benar menikmati perasaan yang Allah kurniakan buat kita.-irasynawwarah-

========================================================

Ini adalah penutup untuk Kerana Hatimu Aku Rindu # 1. Ni first cerpen yang aku buat untuk bacaan korang. Bacalah kalau sudi, komenlah kalau rajin. Segala kritikan mahupun kutukan akan dititikberatkan untuk memperbaiki hasil tulisan . Lega jugak sebab dah kurang satu beban. almaklumlah penulis baru kan? eeheeherr.

2 comments:

Ezza Mysara said...

heheh.. sweet je waktu muqri melamar qaisara... 1st cerpen kan.. not bad.. cuma agk klise sedikit.. lepas ni try buat konflik y berbeza ya.. ok.. good luck untuk karya yang akan datang..

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

oh oke... trime kasih akk sudi jenguk !! yeay! semangat3!!