CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Monday, May 14, 2012

Cerpen baru yang akan direlease =)





Assalamualaikum ..


Cerpen ni adalah hasil baru yang akan dirilis .. haha. dah siap cover kenapa tak release terus?

ohh sebabnya tengah mencari ayat-ayat gramatis yang boleh diterimapakaiotak oleh kalian semua.. Susah tau nak cari ayat debaek nak bagi korang feel, even korang tak feel mana sekali pun.  bhahahaa ~~

Okey, nak sambung .. Untuk yang menanti, *menanti lah sangat okey.. tunggu ya hasilnya . semoga kalian enjoy ! ngehehee *u*

Friday, May 11, 2012

Hargai Diriku

Assalamualaikum ..

Olla dan selamat malam pok ! Eh, dah lama kan tak update cerpen baru kan ? Wiuuuuu =D.

Kesuntukan masa plus okay .. Aku mengalami kesakitan melampau seminggu ni .. Aku tak tau apa puncanya. Mungkin rindu nak balik kampus balik kot .. Oh, UiTM Di Hatiku..

**************************************************************
HARGAI DIRIKU

 

Aku lelah dan aku telah lemah
Hanya lakukan yang kau mahu
Kau biar saja aku
Terus merayu dirimu

Tidak pernah kau lihat diriku
Seperti ku menganggap dirimu
Indah saja bagiku
Kau sering saja menilai aku
Sebelum kau sedar bagaimana dirimu
 Kau anggap dirimu saja sempurna
Di mata semua

Aku ini selalu kau rendahkan
Begitu hinakah aku, Begitu besarkah salahku
Sehingga kau pergi tidak peduli
Tidak terlintas untuk menghargai
Siapa diri ini..

**************************************************************

Oh ini dibuat dengan perasaan yang tulus suci .. cewah! kelas kau maria ~~ mandremm! Buat Mr. Protective but Annoying .. Wah wah! Ayat  kau~ lalalalalaaaa *u*

Monday, May 7, 2012

Pencarian "Miss Well Behave"

            "Aida..!"

            Panggilan itu mengganggu Aida Fariha yang sedang ralit menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

            "Apa? Kau ni tak reti nak bagi salam dulu ke? Bisu dah mulut kau tu kena ketuk dengan senduk minggu lepas?"

            "Ek eleh, nak marah-marah pula. Iya ya.. Assalamualaikum. Cik Aida.. Oo... Cik Aida.." laung Amir Nuha.

            "Waalaikumsalam!" tak ikhlas bunyinya.

            "Kau ni macam tak undang aku datang saja."

            "Eh, memang aku tak undang pun, kau yang datang."

            "Aku balik lah kalau macam tu." rajuk Amir Nuha.

            "Macam pondan! Dah, jom masuk. Tapi, duduk depan saja lah. Mak aku saja ada, bapak aku keluar pergi pekan, beli baja." kata Aida Fariha sambil mencuci tangannya yang kotor dek tanah.

            "Kau tunggu sekejap, aku buat air dulu."

            "Alaa, kau tak payah susah lah. Macam tak biasa saja aku datang rumah kau." halang Amir Nuha. Sudahlah menjadi tetamu menyusahkan pula, hatinya berbisik.

            "Susah apanya, macam tak biasa pula kau. Cakap tak apa tak apa, ada depan mata nanti melantak tak ingat dunia." Aida Fariha sengaja mengusik. Amir Nuha tergelak sendiri.

            Aida Fariha mempelawa Amir Nuha menjamah sedikit kuih-muih. Kebetulan, ibunya membuat banyak kuih-muih lebih dari biasanya. Mahu disedekahkan pada jiran tetangga katanya. "Makanlah.. Kau datang ni kenapa?"

            "Kau tak suka?" Amir Nuha berhenti memasukkan kuih keria ke dalam mulut.

            "Erk.. Bukanlah. Aku pelik juga, kau datang pagi betul. Selalu kan kau datang dengan kawan kita yang lain. Ni datang sendiri pula.."

            "Mak kau mana?" soal Amir Nuha.

            "Ada di dapur. Ada kaitan dengan mak aku ke?" Aida Fariha mengerut dahi.

            Amir Nuha tergelak. "Saja tanya, kau sihat?"

            Bertambah-tambah kerutan di dahi Aida Fariha.

            "Kau demam ke?"

            "Demam apanya? Aku tanya kau sihat ke tak? Salah ke?"

            Erk.. Makin pelik pula mamat ni! Salah makan ubat ke pagi tadi? Ubat apa? Ubat batuk? Selsema? Ubat sakit otak kot..

            "Err.. Aku sihat lah. Macam kau nampak depan mata kau ni lah. Kenapa?" soal Aida Fariha pula.

            "Tak ada apa." Amir Nuha menggeleng sambil mulutnya penuh dengan seri muka versi keladi. "Sedap seri muka ni.."

            "Itu.. err.. Itu aku yang buat." Amir Nuha tersedak.

            "Aik.. Dengar aku yang buat pun kau nak tersedak bagai. Macam lah hina sangat kuih buatan aku tu." Aida Fariha menjuih bibir.

            Amir Nuha menggeleng laju. "Bukan.. Bukan tu maksud aku.. Seri muka yang kau buat ni sedap sangat. Cuma.. err.." katanya terhenti.

            "Cuma cuma.. Cuma apa?" nada Aida Fariha meninggi.

            "Err.. Betul ke kau yang bagi kuih ni pada aku?"

            "Memang lah aku yang bagi tadi. Kau nampak kan aku yang berjalan dari dapur tadi?"

            "Bukan tu maksud aku.. Err.. Kau kan yang bagi aku seri muka ni tiap-tiap pagi tu kan?"

             Muka Aida Fariha mulai memerah. 'Alamak! Kantoi..! Kenapa lah aku boleh tak terfikir ni?' marah dirinya.

            "Betul kan?" Aida Fariha kelu tanpa kata.

            "Kau suka aku eh?" mata Amir Nuha mengecil.

            "Err.. Aku.." Aida Fariha terperangkap.

            "Betul kan..? Kalau betul kau nak aku terima kau, kau kena masuk pertandingan dua minggu lagi tu."

            "Buat apa aku nak masuk, aku tak layak. Kan aku dah cakap hari tu aku tak nak."

            "Kau lebih layak dari Fellisya. Dia tak layak pegang gelaran tu. Kau yang layak okey."

            "Tak nak lah aku.." Aida Fariha tarik muka.

            "Kalau kau menang, aku terima kau.."

            "Habis.. Kalau tak?" suara Aida Fariha seakan memberi harapan pada Amir Nuha.

            "Kalau tak, terjun lombong lah kau!" Amir Nuha menarik senyum. Dia tahu, Aida Fariha akan melakukannya. Dia pasti!

**********

            Peristiwa Aida Fariha dipaksa memenuhi tawaran pertandingan itu diulang tayang dalam mindanya.

            "Ah semak lah! Aku malas nak masuk, kenapa nak paksa pula."

            "Jangan lah macam ni. You boleh saja meh.."

            "You masuk lah Boon Ly. You lawa, pandai pula layak dah tu nak masuk, saya malas nak masuk."

            "Kalau omma saya bagi, sudah lama meh saya masuk. Saya akan jadi finalis, tapi sekarang cuma you saja layak bawa balik gelaran itu. Semua kawan kita akan support kalau you setuju nak join this contest. Please..." rayu Boon Ly. Aida Fariha tetap dengan keputusannya.

            "No. I won't!" dia menyilangkan tangannya. Dia tetap dengan pendiriannya. Bukan mereka tidak tahu Aida Fariha tidak suka dipaksa membuat sesuatu yang tidak disukainya. Tapi, mereka terpaksa.

            "Buat demi kita orang, Aida." rayu Tharani pula.

            "Kenapa kau orang nak sangat aku masuk ni? Ish.. Tak faham aku."

            "Err.. Err.." Boon Ly menjeling Amir Nuha dan Nathan di tepi pondok kecil mereka sering melepak.

            "Sebab kita orang kena cabar!" kata Amir Nuha kuat.

            "Kau orang yang terima cabaran, kau orang lah yang jawab."

            "Demi kita orang, pleasee.." pinta Geetha. Dari tadi Nathan diam tidak berbicara.

            "Dah dua tahun aku tak join. Buat apa tahun ni aku nak join pula? Aku tetap dengan keputusan aku!" Aida Fariha berlalu meninggalkan mereka yang kecewa.

**********

            Setelah Aida Fariha setuju untuk menyertai pertandingan itu, mereka pulun menyiapkan persediaan untuk menghadapi pertandingan itu.

            Esok merupakan hari permulaan pertandingan itu. Sepanjang sebulan, Aida Fariha terpaksa meninggalkan keluarga dan rakannya. Mujur ibu dan ayahnya membenarkan dia menyertai pertandingan itu. Mereka juga pelik dengan keputusan tiba-tiba anak mereka.

            Aida Fariha menarik Amir Nuha jauh dari rakan mereka yang lain. "Aku terima cabaran tu bukan sebab aku nak kau suka aku okey."

            "Tak cakap apa pun." Amir Nuha mempamerkan wajah blurr.

            "Aku ingatkan saja. Kau ingat aku perasan pula nanti."

            Amir Nuha tersenyum. "Okey.."

            "Semoga berjaya di sana okey. Kita orang doakan yang terbaik buat kau. Kau bawalah sesuatu yang kita orang harap-harapkan selama ini."

             Aida Fariha angguk.

**********

            Seorang demi seorang peserta untuk Pertandingan Miss Well Behave telah dapat disingkirkan oleh Aida Fariha. Sehinggalah tinggal 5 finalis untuk merebut gelaran Miss Well Behave di Kuantan. Dia bersungguh-sungguh untuk mendapat sesuatu yang diharapkan.

            Satu persatu aktiviti dan cabaran yang perlu dilalui dari awal penyertaan oleh Aida Fariha. Sehingga dia merasakan bahawa dia bakal dikalahkan oleh peserta yang lebih layak.

             Pada hari kedua sebelum berakhirnya pertandingan itu...

            "Dan cabaran untuk kelima-lima finalis kita sekarang adalah menyiapkan hidangan untuk para juri dan kita akan melakukan undian dulu. Dipersilakan para finalis naik ke pentas untuk mencabut undi."

             Peserta pertama, Erlina Rania naik ke pentas untuk mencabut undi. Setelah dibuka reaksi di wajahnya serta-merta berubah. Dia gembira.

            Mesti resepi yang dia dapat senang disediakan, fikir Aida Fariha.

            Seorang demi seorang naik ke pentas selepas peserta pertama. Selepas Fellisya, barulah Aida Fariha maju ke depan dengan kanggunan dan kyakinan dalam diri.

            "Bismillahirrahmanirrahim.. Bantu aku, Ya Allah.." tangannya diseluk ke dalam balang kecil itu. Reaksinya berubah bila kertas di tangannya dibuka.

            "... Manakala peserta terakhir kita perlu menyediakan hidangan spagethi bebola daging with super sauce, bergedil daging dan satu masakan pilihan peserta sendiri."

             Masak... Bergedil daging aku tak pernah jadi sejak dulu. Macam mana ni? Ibu.. sendu Aida Fariha. Sudah terlanjur baru nak menyesal dah tak guna, aku akan habiskan pertandingan ni sampai ke akhirnya! Yes, Aida! You can do it better than other. Yeah! Dia berazam untuk melakukan yang terbaik.

            Setelah pelbagai usaha yang dilakukannya untuk menghabiskan sesuatu yang sudah dia mulakan. Dia puas hati dengan hasilnya. Akhirnya dia pulang dengan membawa kejayaan. Tetapi, bukan kejayaan yang dia harapkan. Fellisya tetap mendapat tempat di hati pengundi, mungkin dia adalah pemegang gelaran Miss Well Behave untuk dua tahun berturut-turut, tidak mustahil bagi dia untuk mengekalkan lagi kegemilangannya itu.

            Berbekalkan ilmu dan kejayaan yang diperolehi di sana, dia pulang membawa trofi dan hadiah yang dijanjikan oleh para penganjur. Walaupun namanya hanya dijulang sebagai pemenang nombor dua, dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya rezeki dia masih ada sehingga ke pusingan terakhir.

**********

            "Tahniah, Aida.. Kita orang tengok you dalam tv meh.. You nampak sangat cantik maa.. Saya suka sama penampilan you sekarang. Tak sia-sia you join pertandingan tu kan, Geetha?" kata Boon Ly.

            "Iya lah.. Amma you nampak gembira sangat bila nama you dia orang announce termasuk dalam top 3. Kami pun ikut sama gembira."

             Aida Fariha mengangguk. Dia juga gembira dengan perubahan yang dia bawa sejak pulang dari pertandingan itu dan dia juga rasakan perubahan dalam dirinya.

            "Amir mana, Nathan?"

            "Tadi dia suruh kami datang dulu. Dia ada kerja, mungkin dia akan datang kejap lagi. Aku lihat dia gembira juga dengan kemenangan kau semalam. Cuma kadang-kadang muka dia ada juga masam. Aku tak tahu kenapa dia macam tu?" Nathan menjungkit bahu.

            Aida Fariha bersembang dengan rakan-rakannya setelah sebulan tidak berjumpa. Pelbagai pengalaman diceritakan, sungguh dia mengaku walaupun gagal merebut kedudukan minah gedik, Fellisya tu. Namun, dia gembira kerana berjaya akhirnya.

            Amir Nuha menghampiri mereka sekumpulan. "Aida.. Jom.." t-shirt hijau Aida Fariha ditarik.

            "Eh, Amir.. Aida, kami balik dulu ya." kelihatan mereka pulang tergesa-gesa. 'Pelik!' hatinya berbisik.

            "Kenapa?" mereka duduk di tebing sungai, tempat mereka selalu memancing bersama.

            "Tahniah, Aida.." reaksi di wajah Amir Nuha dijelingnya.

            Aida Fariha senyum. "Terima kasih. Berkat usaha kau orang juga paksa aku masuk. Aku minta maaf kalau aku tak dapat bagi kau orang hadiah tempat pertama. Aku rasa bersalah dengan kau orang."

            "Bukan hadiah yang kita orang mahukan."

            "Habis tu?" Aida Fariha mengerut dahi.

            "Kita orang nak Aida Fariha yang dulu.."

            "Tak faham.."

            "Kau balik ni dah lampi kan?" guraunya.

            "Kejam lah kau.. Aku serius ni."

            "Okey okey.. Sebenarnya aku dengan Nathan beat dengan Geetha dan Boon Ly." terbeliak mata Aida Fariha mendengarnya.

            "What!" teriak Aida Fariha tak percaya. "Nanti dulu.. Dengar dulu penjelasan aku."

            Aida Fariha memandang ke sungai. Terlihat ikan-ikan kecil muncul di permukaan. Ahh abaikan!

            "Aku join beating sebab aku rasa peribadi kau mampu berubah. Aku tahu dulu kau berubah kasar macam ni sebab Haikal meninggal kan? Dia tinggalkan kau sendiri. Kau berubah sebab dia."

            "Kau nak bagitahu apa ni?" memori dia bersama bekas kekasihnya semasa di tingkatan 5 berulang kembali di fikiran. Dadanya sebak.

            "Aku mahukan Aida Fariha yang dulu, yang sempurna dan lembut. Tapi, percayalah tiada taruhan yang kita orang buat. Ini hanya untuk suka-suka, kita orang tak mahu permainkan perasaan kau."

            "Kenapa kau ingatkan aku balik pasal Ekal?"

            "Aku nak kau ingat siapa kau sebenarnya masa arwah masih hidup dan siapa kau sebelum kau masuk pertandingan tu." Aida Fariha pandang Amir Nuha. Dia semakin mengerti apa yang cuba disampaikan.

            "Tentang habuan kalau kau menang pertandingan tu, kau ingat lagi tak?" Aida Fariha buang pandang. Tiba-tiba mukanya memanas.

            "Aku dah buat keputusan.. Disebabkan kau sanggup terima cabaran ni demi kita orang, aku.. aku.. akan terima kau."

            "Serius?" soal Aida Fariha terkejut.

            Amir Nuha mengangguk. 'Aku tahu bukan ini yang kau mahu cakap..' Aida Fariha melihat wajah Amir Nuha yang keruh walaupun terukir senyum di bibirnya.

            "Tapi, sayangnya.. Kini, aku tak mampu terima kau."

            "Why?"

            "Because I love somebody else.."

            "Siapa? Kenapa tak cakap dengan aku pun?"

            "Siapa pun itu tak penting, yang penting sekarang. Aku tak perlukan seorang sahabat yang mengorbankan perasaannya sendiri untuk aku. Aku tak nak jadi perampas harta orang, aku tahu lah dulu aku jahil. Aku sentiasa nak apa yang aku nak.. Tapi, sekarang kau jangan risau. Aku tahu siapa aku sebenarnya.."

            "Aku tak korbankan apa-apa pun. Aku serius ni." ujar Amir Nuha bersungguh-sungguh.

            "Apa lah ertinya sayang jika kepercayaan sudah diketepikan. Apa lah makna cinta jika tiada kejujuran dalam hubungan.. Aku tidak diciptakan untuk kau, Amir.. Tapi kau adalah milik Nabila. Percaya lah, aku takkan merampas sesuatu yang bukan milik aku." Amir Nuha ditatap lama.

            "Mana kau tahu?"

            "Kau ingat aku tak tahu cerita kau walaupun sebulan aku pergi jauh? Aku pun manusia, masih ada hati perut. Kau orang berkorban masa untuk aku selama ni, apa salahnya kalau aku berkorban juga untuk kau, kawan."

             Amir Nuha tertunduk. Dia rasa bersyukur punya sahabat yang benar-benar memahami hatinya.

            "Aku minta maaf sebab aku yang mungkiri janji kita dulu."

            "So, kalau macam tu.. Maksudnya kau lah yang kena terjun lombong kan?"

            "Erkk? Nak kena tunaikan juga ke?"

            "Ya lah.. Janji tetap janji."

            Amir Nuha bersiap-sedia untuk terjun ke sungai. Lombong tak ada, alang-alang sungai pun jadi lah.. Dalam juga ni bro.. Jangan main-main.

            "1.. 2.. 3! Amir..!"

            Terus tak jadi terjun Amir Nuha mendengar jeritan Aida Fariha.

            "Kau ni memang nak buat aku 'jalan' saja kan?"

             Aida Fariha tergelak. "Dah, aku bergurau saja. Nak tengok, kau sanggup tak sanggup."

            "Merepek.. Apa tak sanggupnya. Eh, kau nak dengar satu cerita tak?" soal Aida Fariha.

            "Cerita apa?" tertanya-tanya benak Amir Nuha.

            "Petang esok aku nak pergi KL, ada offer di sana." tiba-tiba air muka Amir Nuha berubah.

            "Nak tinggalkan kita orang betul-betul ke ni?" Aida Fariha mengangguk.

            "Sampai hati kau kan. Janganlah marah kita orang sampai nak lari rumah kot." usik Amir Nuha.

            "Aku serius ni. Ibu dengan bapak aku dah bagi lampu hijau, aku pun dah siap packing semua. So, petang esok aku bertolak lah.. "

            "Pergi dengan siapa?"

            "Sepupu aku yang kerja photoghrapher tu. Bos dia yang offer.. Aku dah fikir masak-masak keputusan yang aku buat ni. Aku nak pergi KL, kerja sana. Cari ketenangan, aku nak lupakan segala kenangan pahit di sini."

            "Termasuk geng-geng kita yang lain?"

            "Yang itu tak lah.. Cuma macam yang kau cakap tadi. Mungkin betul aku masih tak boleh terima kenyataan bahawa Ekal dah tak ada lagi. So, aku nak lupakan memori aku dengan dia dulu. Jujur aku cakap, selagi aku masih duduk di sini, hanya dia dalam hati aku. Aku tak mampu menolak kehadiran dia. Aku dah penat dah wei."

            "Kalau itu yang kau harapkan, aku doakan yang terbaik buat kau."

            "Persahabatan kita tak berakhir samapi sini saja kan? Aku masih boleh contact kau lagi kan?"

            "Of course lah. Kau ni nak touching-touching pula. Nampak betul pondannya tu! Kesian pada Nabila, dapat kekasih lembik. Kena tough lah bro, takkan nak kalah lagi kot dengan perempuan?"

            Amir Nuha menegapkan dadanya. Aida Fariha tergelak. "Kau ni tak beragak langsung lah. Agak-agak lah kalau nak bagi bukti ketegapan kau tu. Sengal!"

            Mereka berdua bergelak ketawa sehingga tak sedar senja sudah mengintai mereka.. Amir Nuha gembira dengan sikap positif yang dimiliki oleh rakannya itu setelah pulang dari pertandingan Miss Well Behave. Tidak sia-sia usaha mereka sekumpulan yang mengharapkan perubahan dalam diri gadis itu. Dia memanjatkan syukur ke hadrat ILLAHI.. Semoga hidup Aida dipenuhi dengan keindahan yang memang patut dia miliki.. Amin..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Mungkin sesuatu yang kita tidak mahu pada mulanya, Allah telah ciptakan pengakhirannya yang gembira dan indah-indah saja buat kita.. Mungkin saja sesuatu yang kita benar-benar mahukan itu Allah telah menetapkan pengakhiran yang bakal memusnahkan kita.. Usah jadikan Ia sebagai alasan tetapi jadikan Ia suatu urusan dalam hidup kita.. -irasynawwarah-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Aida Fariha - Ganjaran dan Kegembiraan
--> Amir Nuha - Putera Yang Bijaksana

## Maaf, cerpen kali ini tiada unsur-unsur cinta seperti yang kalian harapkan.. Malah, cerpen kali ini juga mungkin agak boring untuk dibaca.. Walau macam mana pun, saya tetap mengharapkan komen anda untuk saya perbaiki gaya penulisan saya yang masih kureng mantop .. eheheerr =)

ARMADA BAND_HARGAI AKU

Assalamualaikum ..

Olla! Korang cari lagu ke? Lagu baru tak baru sangat lah kan .. Lagu baru yang aku cari lah .. Ohohooo~~

Kalau nak tengok video clip dia, PICIT SINI cepat .. Lagu ni banyak memorial dia dalam hidup. So, lagu ni terbaik!!

********************************************************************
ARMADA BAND - HARGAI AKU


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

********************************************************************
Puisi baru on progress lagi .. Tak lama lagi oke ~

Friday, May 4, 2012

Kan Ku Kejar Cintamu



            Bukan mudah mencintai seseorang dengan setulus hati, bukan mudah memberi hati sepenuhnya pada seseorang, bukan mudah juga mahu memastikan kita ikhlas menerima seseorang dalam hidup. Tapi buat yang tercinta aku rela mengabdikan diriku buatnya sepanjang hayatku. Mengorbankan segalanya buatnya.

            Drama yang ditayangkan depan mata aku kelmarin benar-benar menguji kesabaran aku. Ellin sengaja menempah maut.

            "Bodoh kah aku mencintai dia sepenuh hati aku? Menjadi abdi pada cinta yang belum pasti milik aku. Arghh! Aku betul-betul tolol percayakan dia." jeritku memenuhi ruang pejabatku.

            Tuk! Tuk!

            Wajah setiausahaku, Ardilla terjengul di pintu. "Bos? Bos tak apa-apa ke? Saya dengar bos menjerit tadi."

            "Err.. Tak ada apa, saya okey." aku senyum.

            "Bos pasti?"

            "Ya, betul. Awak boleh teruskan kerja semula." kataku memandangnya.

            "Baiklah bos. Saya keluar dulu, nanti kalau ada apa-apa bagitahu saya ya." ujar Ardilla memaniskan muka. Dia pamit.

            Aku mengangguk. Semua gara-gara Ellin, aku tak dapat fakus pada kerjaku. Apa kurangnya aku daripada lelaki itu? Apa lebihnya dia?

########

             Dari jauh aku lihat kekasih hatiku berjalan berpegang tangan dengan seorang lelaki. Hati aku perit melihat kemesraan Ellin bersama lelaki itu. Bukan kah Ellin pernah berjanji untuk mencintaiku, menunggu aku sehinga aku pulang dari London?

            'You bukan setakat tak menyambut kepulangan I ke Malaysia, malah you siap keluar lagi dengan dia. I dah agak dah you takkan sanggup tunggu I balik. Sampainya hati you kembali pada bekas kekasih you, tinggalkan I sendirian.' hatiku pedih melihat cinta hati berpaling tadah.

            Kalau bukan kerana mama yang paksa ikut dia, mungkin aku tak akan tahu kebenaran yang sebenar tentang kecurangan kau, Ellin.

            Mama aku tinggalkan di butik jubah milik rakannya sebentar. Hari ini aku mahu berjumpa dengan Ellin dan buat perhitungan dengannya. Apakah aku atau lelaki itu yang mahu dipilihnya.

            Semakin aku menghampirinya, hati aku bagai tertusuk duri-duri tajam yang menyeksakan. Namun, aku tahu aku perlu kuat.

            Tiba-tiba...

            "Argghhh!!" aku terlanggar seseorang.

            Wajah gadis itu benar-benar terkejut dengan kejadian tadi. Aku menghulur tangan mahu membantunya, namun ditepis. 'Ceh! Dah jatuh sombong pula.'

            Gadis itu bangun mengesat punggungnya dengan muka tak puas hati. Ada aku kesah?

            "Err, bos!" baru aku perasan ada Ardilla di sebelahnya. Mungkin Ardilla kawan perempuan ni kot? Hati aku meneka.

            "Eh, Dilla. Maaf, saya tak perasan awak tadi."

            "Eh, tak apa bos. Bos buat apa di sini, takkan shopping kot? Girlfriend bos mana?"

            "Mana ada lah, saya.. saya cari hadiah untuk adik perempuan saya. Hujung minggu ni birthday dia. Err.. haa nanti datang lah rumah ya sabtu ni. Jemputan atas nama saya saja. Hm.. Kalau kawan awak free, ajak lah dia." matanya melirik pada gadis yang kulanggar tadi. Mukanya sudah tidak sekelat tadi.

            Ardilla melihat sebelahnya. "Alamak! Sampai terlupa saya nak kenalkan pada bos." dia menepuk dahi. Aku tergelak melihat reaksi spontannya itu.

            "Kenalkan ni Nurul Arwa, sepupu saya merangkap housemate saya juga." rasa macam pernah dengar nama Arwa ni. Tapi, di mana ya? Gadis bernama Arwa tadi buang pandang, melihat sekeliling. Entah apa yang menariknya di sana dari memandang aku. Pelik!

            Ardilla mencuit bahu Arwa. "Arwa, kenalkan ni lah bos baru aku tu, Encik Adwa Danial."

            "Hm.. Arwa." dia mengangguk hormat. Eh, hormat apanya. Kenalkan diri tak pandang aku pun.

            'Alahai, merdunya suara kau perempuan.' pujiku.

            "Adwa Danial.."

            "Arwa.. Arwa..?" lamunan Arwa pecah dek panggilan Ardilla.

            Ternyata mata gadis itu tertancap pada Ellin, bekas kekasihku. Ah! Baru aku ingat. Tadi bukan main nak jumpa dan putuskan hubungan dengan Ellin. Sekarang, terserempak pula dengan Ardilla.

            "Ehh, sorry. Ada apa tadi?" Arwa tersenyum menutup malu.

            "Yang kau ni mengelamun kenapa? Aku kenalkan bos aku ni pada kau tadi. Kau dengar tak namanya?"

             Arwa gugup. "Adwa Danial, cik Arwa. Eh, baru saya perasan nama kita hampir sama."

            "Iya lah bos. Saya pun baru sedar. Berjodoh kot ni? Hehee. Tak lah, saya gurau saja." usik Ardilla. Aku tergelak namun gurauan itu masih tidak terkesan pada Arwa. Kenapa dengan dia ni?

            "Cik Arwa kenal Ellin ke?" soalku.

            Dia mengerut dahi. "Ellin? Alien ke?"

            "Saya sebut Ellin, macam mana boleh jadi alien tu?

            "Oh, Ellin. Saya dengar macam alien. Maaf lah dah sebulan saya tak servis telinga sound jadi lain sikit. Tiba-tiba ada dengung."

            "Hehee.. Anyway, awak kenal ke? Perempuan yang awak tenung tadi tu?"

            "Dia bukan tengok Ellin bos. Dia tengok bekas tunang dia de..." mulut Ardilla ditekup kuat. Arwa memarahinya.

            "Kau jangan lah cerita bukan-bukan pada orang lain, aku tak kenal bos kau pun." aik! Aku pula dijelingnya. Apa salah aku?

            Ardilla mengangkat tangan tanda surrender. "Okey okey.." Geli hati aku melihat gelagat Arwa ni. Macam-macam hal.

            "Ehh bos? Bos kata tu Ellin? Bos dengan dia dah.." aku mengangguk. Serius aku cakap walaupun baru sebulan aku bekerja di syarikat papa, aku lebih gemar berkongsi cerita dengan Ardilla. Mungkin sebab dia pekerja yang boleh dipercayai dan seorang rakan yang sudi mendengar masalah aku kot?

            "But, since when bos??"

            "Not now Dilla. Eh, Arwa? Are you okay?" terkejut aku mendengar esakan kecil milik Arwa. Sedih sebab apa?

            Arwa menarik perlahan hujung baju Ardilla. "Dill, aku nak pergi toilet kejap." Arwa mengajak Ardilla pergi sama.

            "Sorry bos. Saya pergi dulu ya. Baru nak tolong bos carikan hadiah untuk adik bos tu. Tapi, sorry ya bos, tak dapat nak tolong."

            "It's okay. Temankan saja cousin awak, dia lebih penting." Ardilla pamit untuk pergi.

            Mataku melekat pada dua gadis itu sehingga mereka hilang dari pandangan. Arwa.. Arwa.. Nama yang indah namun.. ahh! Apa aku merepek ni. Mataku melilau mencari Ellin semula.

            "Kan dah hilang!" marahku.

            "Apa yang hilang Ad?" tegur Datin Hasyimah.

            "Eh, tak ada apa ma. Mama dah jumpa hadiah untuk Lia?"

            "Semua dah jumpa. Jom teman mama cari bunga segar."

            "Hah? Lagi?" mama mengangguk. Ahh bosanlah mama ni!

########

            "Selamat datang. Eh, encik lagi?" rezeki aku nampaknya. Arwa lagi yang menyambut kedatangan aku. Aku menghulur senyum.

            "Err, ya saya. Ingat lagi muka saya ya, cik Arwa?"

            "Eh, tak payah bercik-cik lah dengan saya. Panggil Arwa saja. Hari ni nak bunga macam kelmarin ke, encik?"

            "Ya. Tapi, kali ni saya nak beli coklat sekali.." hatiku berdegup melihat wajah putih bersih Arwa, suaranya juga lembut cuma satu saja yang kurang. Cinta. Ya, Arwa menidakkan cinta dalam hidupnya.

            Menurut Ardilla, sepupunya itu sudah 3 kali gagal dalam percintaan. Dan, Ikhwan adalah orang yang terakhir. Hubungan mereka paling jauh dan Arwa telah meletak harapan yang tinggi dalam hubungannya dengan Ikhwan. Namun, gagal juga. Maka, disebabkan itu Arwa terpaksa menolak cinta yang kerap hadir dalam hidup dia. Aku simpati dengan kisah cinta Arwa. Bagi aku luaran Arwa sudah cukup sempurna untuk dijadikan pasangan, malah Ardilla juga ada kata hati dan dalaman Arwa sangat polos. Dia sentiasa ikhlas cuma sering tertipu dek kebaikannya itu.. Aku terikut bingung, kenapa Arwa diperlakukan seperti boneka oleh kaum Adam. Memalukan kaum betul!

            "Coklat ni saya ikat sekali dengan bunga tu ya? Encik..?" tangan Arwa melambai-lambai depan mataku.

            "Err.. Okey.. Okey.. Sorry, termengelamun pula." sengaja ku berbual kosong dengannya. Dia mudah melayan juga.

            "Amboi, encik ni. Takkan nak bagi hadiah pada girlfriend pun sampai nak berangan-angan bagai. Kenapa? Encik fikir cara nak propose dia pula ke?" ujar Arwa sambil tangannya pantas menghias coklat yang dikat bersama bunga mawar putih itu.

            "Eh, bukanlah. Saya mana ada girlfriend lah. Lagi satu, tak payah lah panggil saya encik-encik ni. Formal sangat bunyinya."

            "Okey. Saya panggil bos saja lah macam Dilla panggil. Boleh?" dia tergelak. Manisnya dia! Ahh aku cair!

            "Lagi lah tak boleh. Ish, budak ni bergurau pula dia.."

            "Alaa.. Saya saja usik encik lah. Eh, encik apanya. Adwa kan? Rasa macam saya panggil nama sendiri pula. Bunyinya nak dekat sama saja. Hehee.." dia menunduk hormat.

            "Saya Arwa. Maaf sebab hari tu kita kenal macam main-main saja kan. Saya pun nak pergi cepat. Iya lah, kena langgar dengan malaun dari planet mana entah rupanya bos sepupu sendiri. Nasib awak tak pecat Dilla, kalau tak saya serang ofis awak."

            Aku tergelak dengan gurauannya. Pandai betul dia ambil hati aku.

            "Adwa.. Nah, siap dah. Istimewa buat yang tersayang, Fara Ashila."

            "Baiklah cik Arwa yang manis. Cantik gubahan awak ni, tak sia-sia saya datang sini. Lain kali saya datang lagi ya. Terima kasih, saya pergi dulu."

            "Ada lain kali ya Ad.. Untuk beli bunga lagi? Tak bosan ke girlfriend awak hari-hari dapat bunga?"

            "Siapa cakap tu girlfriend saya? Itu untuk kawan saya lah. Lain kali tu saya datang bukan untuk beli bunga lagi. Tapi, untuk beli penjual bunganya pula. Boleh?" memang niatku mahu mengusik tabir hatinya. Mungkinkah hatinya ada ruang buat aku isi?

            "Err.. Rasanya penjual bunga tu dah tak ada hati kot. Kena baham dengan rimau bulan lepas. Hahaa.. Apalah awak ni, merepek tak habis-habis."

            Suatu hari nanti awak akan tahu kata-kata saya ini bukan gurauan. Awak dah curi hati saya, Arwa!

########

            "Hai, Dilla. Datang juga awak ya. Lama betul kita tak jumpa kan." Arwa dan Ardilla menyalami Datin Hasyimah.

            "Hm.. Maaf lambat, traffic jam tadi. Acara dah mula ke, Datin?

            "Oh tak apa. Dah mula tadi, tapi pengumumannya belum lagi. Apa khabar awak, Dilla?"

            "Ha'ah, lama betul tak jumpa Datin ya. Saya sihat alhamdulillah macam ni lah, kerja pun sama saja bertahun-tahun, tapi tak juga jadi CEO nya. Hehee. Dato' dengan Datin apa khabar? Makin sihat saya tengok. Muka Datin pun nampak betul serinya tu. Ada apa-apa ke ni?"

            Datin Hasyimah tergelak mendengar usikan bekas setiausaha suaminya itu. Pandai betul mengambil hatinya.

            "Apa kau ni Dilla.. Tak semenggah betul perangai kau kan." Arwa menegur. Ardilla buat tak tahu saja. Di bibir comelnya tersisip senyuman manis buat Datin Hasyimah.

            "Kami sihat juga, dah tua-tua ni mana lah nak sihat macam muda-muda dulu. Anak pun dah nak sebaya tuanya pun tak kahwin-kahwin lagi." Datin Hasyimah sengaja melirik matanya pada Adwa Danial.

            "Ya, jemput masuk. Apa khabar?" aku melayan tetamu yang baru hadir. Mulut memang ramah, tapi dalam hati memang aku tak puas hati dengan mama. 'Nak malukan Ad lagi lah tu. Mentang-mentang Ad saja anak lelaki mama yang belum kahwin. Mama ni!'

            "Dilla bawa kawan tak nak kenalkan pada saya ke?" sengaja Datin Hasyimah menggamit Ardilla memperkenalkan Arwa padanya.

            "Hahaaa. Bersembang saja dengan Datin mana nak ingat pada cousin saya ni. Datin, kenalkan ni cousin saya, Nurul Arwa. Dia ni kawan serumah saya juga." tangan wanita tua itu disambut mesra.

            "Nurul Arwa.. Wajah secantik nama kamu nak." puji Datin Hasyimah ikhlas.

            "Hehee.. Biasa saja Datin."

            "Arwa ni orang mana? Family duduk mana?"

            'Haa.. Mula dah. Mama belek-belek anak dara orang tu nak kenenkan aku lagi lah tu.' desis hati kecilku. Mama betul-betul tak boleh tengok aku senang lah, asyik saja mahu dijodohkan.

            "Hei, bos!" terhinggut bahuku mendengar sergahan Ardilla.

            "Macam mana awak ada di sini? Kenapa tak temankan cousin awak di sana?"

            "Di sana mana bos?" Ardilla pura-pura mencari Arwa.

            Aku termalu sendiri. Dia sudah tak ada di situ. "Amboi, tenung anak dara orang macam nak telan saja."

            "Mana ada. Dia di mana?"

            "Mana siapanya?"

            "Dia lah.. Err.. Cousin awak tu? Tadi kan di sana?" muncungku ke arah tempat mama tadi.

            "Oh, cari Arwa ke bos? Aik? Rindu dah ke?"

            "Oii, mana ada. Saya tanya saja lah."

            "Eleleee, tak nak mengaku pula dia." usik Ardilla.

            "Nak mengaku apanya? Bukan ada apa-apa pun antara saya dengan dia."

            "Ingat saya tak tahu seminggu ni saja bos dah 3 kali terjumpa Arwa kan. Saya pun tak tahu bos sengaja atau tak. Tapi, saya rasa macam bos sengaja saja." Ardilla mengkerdip-kerdip matanya.

            "Mana ada saya sengaja. Kebetulan, kawan saya yang minta tolong so, saya tolonglah dia."

            "Okay, fine.. Saya tak peduli pun. Arwa yang peduli, dia tanya saya siapa Fara Ashila. Mana lah saya tahu." Ardilla menjungkit bahu.

            "Hah? Dia tanya awak? Reaksi dia macam mana?" soalku gopoh.

            "Sabar bos.. Kan dah cakap bos suka pada dia. Kalau tak, mana ada bos teruja gila macam ni." aku tersedar.

            "Erk hemm.." aku membetulkan tali leher. Ahh malu gila! Tak senonoh betul perangai kau, Adwa!

            "Tak payah nak sembunyi-sembunyi perasaan tu. Arwa ada di dalam dengan mama bos lah. Dah teringin nak ada menantu lagi agaknya. Senang lah kerja bos lepas ni."

            "Banyaklah awak berkenan. Buat apa saya nak cari dia, saya tanya saja."

            "Okey lah bos. Saya pergi sana kejap kawan saya panggil."

            "Okey." dan kini aku sendiri. Lantas ku susun langkah mencari gadis yang kini sudah mencuri hatiku.

            Aik? Mama dengan kawan dia. Mana Arwa ni? Melilau mataku mencari Arwa, sudah lah dia belum pernah ke sini. Siapa pun dia tak kenal.

            Kakiku masih melangkah menjejak Nurul Arwa. 'Kenapa aku risau betul tak jumpa dia lagi ni?'

            "You lah tak bagitahu I yang you dah datang kerja di KL ni. Kalau I tahu, kita boleh jumpa kan? Rindu betul pada grup kita dulu kan? Di mana mereka yang lain sekarang ya? Entah-entah ada yang dah kahwin." suara Adlia tergelak-gelak kuat di pendengaranku.

            "Tahu lah majlis dia, macam tak boleh nak kuat lagi suara tu.." omelku pada adik sendiri.

            "Iya lah kau, Wa. Aku teringat kenangan kita dengan kawan-kawan kita dulu. Sekarang aku dengan Falah dalam perancangan nak kahwin 4 bulan lagi. Memang masin mulut kau lah Wa. Kami memang berjodoh." Emma bersuara. Rakannya yang lain menyokong.

            Aku masih mencari kelibat Arwa. Namun, hampa.

            "Mana taknya, dulu bukan main buat work group nak 8 orang satu grup. Kita pula memang cukup 4 lelaki dan 4 perempuan, ya boleh saja. Masuk bulan ni dah genap 2 bulan Suhaimi jadi suami aku. Aku bahagia sangat hubungan kita tak berakhir macam tu saja. So, sekarang kau masih dengan Fitri ke, Wa?" soal Kyra.

            "Aku dengan Fit tak pernah ada apa-apa lah. Kami cuma rakan biasa saja, kau orang yang salah faham."

             'Ya! Aku dah dapat. Aku cam suara dia.' aku berhenti dari terus mencari. Aku berpaling. Arwa sedang bersembang dengan Adlia? Mereka kawan ke?

            Arwa kudekati perlahan. Baru mahu buat kejutan tapi aku yang terkejut.

            Wajah Arwa! Something wrong somewhere.. Siapa yang mekapkan dia? Cantik betul! SubhanAllah, ciptaanMu cukup indah di mataku, Ya ALLAH..

            "Abang! Lia cari abang tadi. Nak kenalkan bestfriend Lia masa belajar di Johor dulu."

            "Abang?" suara Arwa terhenti. Terkejut mungkin.

            "Yes, he's my brother. Dia lah yang I cerita dulu jodoh liat betul, tak kahwin-kahwin sampai sekarang." aku pulas telinga adikku. Sempat pula dia mengelak.

            "Oo.. Memalukan abang nombor satu ya."

            "Hahaa.. Biarlah, kenyataan ni. Nak tahu tak, umur abang kesayangan I ni dah masuk 35 tahun pun tak ada yang melekat lama. I ni pun dah bertunang, dia tak lagi." Adlia berbisik pada Arwa dan rakannya yang lain.

            "Teruk betul. Adik siapa lah ni."

            "Adik abang lah. By the way, kenalkan ni Emma, Kyra, Geetha dan Syasya."

            Lahh kenapa tak kenalkan Arwa?

            "Kenapa tak kenalkan Arwa pada abang kau, Lia?" Kyra bertanya.

            "Sebab aku nak kenalkan dulu mereka yang dah ada cop mohor sendirian berhad." gurau Adlia.

            "Dan yang ni.. Istimewa sikit sebab dia single lagi. Nama semanis tuan pemilik nama, dialah Puteri Nurul Arwa."

            Bahu Adlia yang sedikit terdedah dek gaun biru yang disarungkan ke tubuhnya dicubit kuat.

            "Ouchh!" Adlia mengaduh.

            "No Puteri.. Just Nurul Arwa, panggil Arwa saja."

            "Saya tahu awak Arwa. Saya Adwa.."

            "Wahh, Lia rasa macam Arwa ni jodoh abang saja. Nama pun hampir-hampir saja." terbeliak mata Arwa mendengar ucapan itu. Tergelak aku melihat Arwa mengejar dan mencuba juga mencubit Adlia yang pantas mengelakkan diri. Arwa pun boleh kalah kalau nak kejar ratu lari pecut ni.

            Aku senang melihat Arwa gembira. Terasa seperti aku juga berkongsi kegembiraan yang sama. Mungkin dia bahagia apabila takdir menemukan mereka semua semula. Seperti majlis reunion pula!

            Selepas semua tetamu menyanyikan lagu Happy Birthday buat Adlia. Papa mengumumkan mengenai pertunangan anak bongsunya, Adlia dengan kekasih hatinya iaitu Zafri.

            "Untungnya adik aku dah tunang dulu. Betullah kot dia cakap yang aku ni liat jodoh. Dah tua belum ada yang punya lagi. Hai, apa lah nasib kau Adwa." kesalku.

            "Ehem.. Adwa, tak elok salahkan takdir. Bukan Dia abaikan awak mahupun tarik jodoh awak. Tapi, Dia sedang aturkan jodoh yang terbaik untuk awak. Mana tahu Dia sedang tulis cerita indah di sebalik masa yang lama ni. Mencipta sesuatu itu suatu yang sukar dan perlukan perancangan yang teliti. Jodoh setiap manusia sudah ditulis di Luh Mahfuz, jadi awak hanya perlu menanti. Sampai waktunya, awak akan temui pendamping hidup awak tu suatu hari nanti. Awak sabar saja lah mungkin jodoh untuk awak ada dekat-dekat dengan awak. Cuma belum tiba saat untuk awak tahu dia jodoh awak. Semoga awak mendapat seseorang yang boleh mencintai dan menyayangi awak seadanya. Saya doakan okey." polos wajah Arwa.

            'Jodoh saya adalah awak, Arwa. Saya tak tahu sejak bila saya jatuh cinta pada awak. Tapi, jujur dari lubuk hati saya, saya rasa bahagia bila di samping awak.' tak terluah pengakuanku padanya.

            "Mungkin awak jodoh saya macam yang dia orang katakan." usikku.

            Dia tersengih mendengar kataku. 'Mengapa dia anggap remeh apa yang aku cuba perkatakan?'

            "Awak jangan merepek kalau tak maksudkannya." matanya melihat kembali pada Dato' Razali. Masih ada sisa-sisa ketawa di bibir merahnya. Hatiku berdegup tiba-tiba. "Astaghfirullah.."

            Mikrofon di tangan beralih pada mama. "Mama nak berucap apa pula?"

            "Perhatian.. Perhatian pada semua hadirin dan hadirat sekalian. Selain dari pengumuman mengenai pertunangan anak bongsu kami. Terdapat satu lagi berita mengenai anak kami lagi seorang yang masih solo."

             Aku lihat mama menjemput seorang wanita agak sebaya dengan mama maju ke depan bergandingan dengan mama. Siapa tu?

           "Ehh apa umi buat di sini? Macam mana umi kenal keluarga Lia?" Arwa tiba-tiba bersuara.

            "Umi awak?" Arwa mengangguk. Pelik! Apa semua ni?

            Mama menyambung. "... anak kami, Adwa Danial akan ditunangkan dengan anak Datin Puteri Aliah iaitu Puteri Nurul Arwa.. Semoga pertunangan kedua anak kami akan berjalan dengan lancar. Mohon didoakan ya. Terima kasih semua. Hadirin dijemput menjamu selera hidangan yang disediakan."

            Aku terkejut dengan kenyataan yang baru mama katakan. Tunang? Dengan Puteri Nurul Arwa? Arwa di depan mata aku ni ke?

            Dia berpaling padaku. "Awak tahu semua rancangan ni ke?"

            Aku menggeleng. "Sumpah tak tahu menahu. Saya pun terkejut juga macam awak."

            "So..?"

            "So what..?"

            "Awak setuju? Awak tak nak halang ke rancangan ni?"

            "Kenapa nak halang? Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin ini lah rancangan yang awak katakan pada saya tadi. Rancangan yang Dia tulis buat saya.."

            "Tapi, kenapa saya?"

            "Mungkin awak jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz buat saya. Mungkin inilah hari yang awak katakan untuk mengetahui siapa pendamping hidup saya suatu hari nanti. Dan, suatu saat itu adalah saat ini. Saat saya tahu awak jodoh saya."

            "Awak tak rasa ke saya ni tak layak untuk awak?"

            "Sesiapa saja layak untuk saya cuma yang betul-betul ditakdirkan untuk saya adalah awak."

            "Sebab?"

            "Sebab saya dah mula sukakan awak."

            "Sejak bila?"

            "Saya pun tak sedar sejak bila. Yang saya tahu awak dah ada dalam hati saya sekarang ni. Jujur saya cakap, awak istimewa dalam hidup saya." baru kini aku jujur. Mungkin setelah keputusan yang dibuat oleh mama tadi buat aku lebih yakin. Yakin untuk mencuri hatinya pula.

             "Nonsense. Semua lelaki sama saja. Saya ingat awak berbeza dengan semua lelaki yang saya kenal tapi nampaknya saya salah tafsir awak." Arwa berura-ura ingin pergi dari situ.

            "Tunggu! Saya tak tipu awak. Saya tak bersalah dalam hal ni. Tapi, awak!"

            "Kenapa mesti saya yang bersalah. I'm doing nothing! Jangan nak letakkan kesalahan awak atas bahu saya pula."

            "Memang awak salah. Hati saya dah dicuri dan pencurinya adalah awak. Masih tak nak mengaku lagi?"

            "Mana ada saya curi. Penipu betul!" marah Arwa.

            "Dah tu mana hati saya. Awak sorok kan?" aku suka melihat wajahnya yang marah. Gelabah pun ada. Nampak comel saja.. Apakah benar gadis yang telah menambat hatiku ini adalah jodoh yang Kau tetapkan buatku, Ya ALLAH.. Jika benar, Kau permudahkanlah urusanku, Ya ALLAH.. Amin.. Doa kutitip pada Dia Yang Maha Mendengar.

            "Apa awak ni main tuduh-tuduh pula, saya tak curi lah. Awak jangan nak main-main dengan saya. Saya lempang awak nanti. Sedap saja tuduh orang pencuri." nadanya semakin meninggi.

            "Betul lah tu. Kalau tak, buat apa nak marah kan?" dia terdiam seribu bahasa. Lantas kaki disusun ke meja yang menyusun pelbagai makanan. Dia mengambil kuih-muih dan buah-buahan saja untuk mengisi perutnya.

            "See.. Kan dah cakap awak yang curi. Mana ada pencuri nak mengaku dia mencuri." makin galak aku mengenakannya.

            "Haih, sabar saja lah. Ada yang tidur dengan hidung patah juga karang." rungutannya sampai ke pendengaranku.

            "Ganas juga awak kan. Kesian saya nanti kalau dah jadi suami awak."

            "Tak ingin nak jadi isteri awak pun."

            "Saya teringin sangat.. Macam mana awak boleh tak teringin pula. Saya hensem apa, banyak duit, baik pun baik juga. Eh, kalau awak nak tahu saya pun romantik tau."

            "Tak berminat nak tahu pun."

            "Saya dah bagitahu awak dah pun. Hehee.."

            "Kenapa awak ikut saya? Pergilah sana. Nanti orang ingat memang betul kita ni ada hubungan."

            "Saya tak ikut awak lah. Saya pun nak melantak juga macam awak. Eh, bagus lah orang tahu kita ada hubungan, tak ada lah orang akan kebas awak kan?"

            "Ish, menyampah betul. Elok-elok saya nak kawan dengan awak baik-baik. Terus tak jadi. Spoil betul lah."

            "Arwa.." panggilku.

            "Hmm.." ringkas balasannya.

            "Bukan ke awak pernah cakap pada saya tak elok kita salahkan takdir. Dia bukan abaikan awak mahupun tarik jodoh awak. Tapi, Dia sedang aturkan jodoh yang terbaik untuk awak. Mana tahu Dia sedang tulis cerita indah di sebalik masa yang lama ni. Mencipta sesuatu itu suatu yang sukar dan perlukan perancangan yang teliti. Jodoh setiap manusia sudah ditulis di Luh Mahfuz, jadi awak hanya perlu menanti. Dan saat yang awak nantikan telah tiba."

            "Siapa cakap saya nantikan saat ni?" amboi! Sombongnya dia.

            "Ardilla.."

            "Dilla? Apa lagi yang dia dah jaja cerita tentang saya pada awak?" aku tersenyum.

            "Ingatkan tak nak tahu."

            "Saja tanya. Bukan ada apa pun." dia kembali berpaling, berjalan menuju ke meja makan.

            "Awak nak tahu tak, semua cerita tentang awak dari A hinga Z ada dalam kocek saya."

             Arwa berhenti. "Ada dalam kocek baju dan seluar saya. Tak percaya tanya Ardilla.." Arwa tidak membalas. Dia kenapa?

            Aku berjalan ke depannya lalu kutolak bahunya perlahan. "Kenapa Arwa?"

            "Tak.. Tak ada apa." dia menggeleng. Aku memusing kepala untuk melihat namun dia menahanku. Aku pantas mengajak dia ke taman mini rumah papa. Dia menurut tanpa banyak kata. Pasti ada sesuatu!

            Aku meninggalkan Arwa sebentar di buaian kerana mama dan umi Arwa memanggilku.

            Tidak lama kemudian, aku kembali ke tempat Arwa. Semasa ke taman mini, aku sempat berselisih dengan seorang lelaki. Aku seperti pernah melihatnya. Ya! Aku pernah melihatnya bersama Ellin dulu di mall. Dia baru habis jumpa Arwa ke?

            "Arwa.. Arwa.. Kenapa menangis ni?"

            "Tak ada apa." dia mengesat air matanya.

            "Cakaplah. Siapa lelaki itu?"

            "Adwa.. Siapa.. Siapa Ellin Raisyah?"

            "Err.. Dia... Kenapa? Mana awak kenal dia?"

            "Saya nak balik." Arwa mengesat air matanya lagi dan melangkah masuk ke rumah untuk pamit dengan mama. Dari jauh aku melihat Arwa pulang bersama umi dan walidnya. Aku termangu sendiri lagi.

            "Kenapa dengan Arwa? Apa yang lelaki tadi bagitahu dia tentang Ellin dengan aku?" persoalan demi persoalan bermain di benaknya.

########

            "Dilla, masuk sekejap."

            Seketika... Tuk! Tuk! Tuk!

            "Masuk."

            "Ada perlu apa ya bos?"

            Tanganku bermain-main dengan pen di meja. Malu untuk bertanya sebenarnya. "Err.. Arwa.. Dia dah tak kerja ke di kedai bunga depan sana tu?"

            "Tak ada Arwa, bos tak jadi beli bunga ke?"

            "Bukan macam tu. Dia.. Dia di mana sekarang? Saya call banyak kali pun dia tak angkat. Kenapa dia merajuk lama sangat? Dah 5 hari tak ada khabar berita."

            "Bos rindu dia ya.." Mana aku tak rindu, mana aku tak risau.. Dia tak bagi aku khabar langsung, sihat ke tak, dah makan ke belum.

            "Dia ada bagitahu, tapi saya takut nak bagitahu. Sebab dia kata ni rahsia antara kami. So, maaf lah bos."

             "Bagitahu lah. Kalau tak, saya potong gaji awak nanti." gertakku. Bukan mahu dibuat betul-betul pun.

            "Alaaa bos ni.. Janganlah ugut-ugut saya. Saya takut pecah rahsia orang ni."

            "Awak nak tengok cousin awak dengan bos awak yang tersayang ni bahagia tak? Awak tak kesian ke tak ada siapa yang nak kahwin dengan saya?"

            "Mestilah saya nak Arwa bahagia. Saya kesian dengan Arwa, mesti dia shock sebab tiba-tiba mahu ditunangkan dengan bos. Apa lagi dia baru saja kenal dengan bos. Dia takut bos jadi macam semua bekas kekasihnya yang dulu. Semuanya curang. Dia kesal sebenarnya."

             "Saya janji dengan awak, Dilla. Saya akan jadi sebaik-baik pasangan buat Arwa sebab saya dah jatuh cinta pada dia. Apa lagi selepas diizinkan oleh kedua orang tua kami, lagilah saya bersemangat untuk menjadikan dia pelengkap hidup saya. Saya harap awak terus doakan saya dengan Arwa ya."

            "Saya sentiasa doakan untuk kalian berdua. Bos, sebenarnya Arwa ada cakap yang Ikhwan datang jumpa dia masa majlis dan dia bagi Arwa gambar bos dengan Ellin masa bercinta dulu. Saya pun terkejut bila masanya dia ambil. Rupanya Ikhwan dah lama ada skandal dengan Ellin tu, since bos dihantar bekerja ke London."

            "Patutlah masa saya di airport, sampai nak naik flight pun dia tak datang. Bodohnya saya."

            "Bos tak bodoh tapi dia yang bodoh. Lepaskan lelaki sebaik bos tapi cari lelaki sekejam Ikhwan. Sampainya hati Ikhwan meninggalkan Arwa pada hari pernikahan mereka."

            "Ditinggal masa nak nikah? Macam mana saya boleh tak tahu?"

            "Sebab Arwa memang perahsia. Tapi, bos patut bersyukur sebab saya cousin Arwa. Arwa banyak berkongsi rahsianya pada saya. Hehee.." kata Ardilla menepuk-nepuk dadanya bangga.

            "Riak bunyinya tu.."

            "Eh, tak.. tak.." gelengnya laju.

            "So, dia di mana? Bila masuk kerja?"

            "Sekarang dia ada di rumah uminya. Mak Ngah demam, Arwa mc seminggu ni. So, seminggu ni dia tak masuk kerja lah."

            "Rumah dia di mana? Saya nak melawat uminya."

            "Cadangan saya baik bos ajak Dato' dan Datin pergi sama, baru sopan sikit. Besan lawat besan, nanti bos ngorat lah balik si Arwa tu. Jangan risau, saya dah brainwash dia dah tiga hari lepas. Bos ayat sikit saja, confirm cair punya. Kira dia cuti ni nak fikir masak-masak lah tentang pertunangan ni. Dia tak mahu tergesa-gesa takut hubungan berakhir seperti Ikhwan pula."

            "Amboi, 'baik' betul cousin Arwa ni ya. Siap bagi cadangan lagi." perliku.

            "Hahaa.. Demi sepupu yang tersayang dan bos yang kejam. Nanti gaji saya kena potong, masak lah saya nak bayar sewa rumah macam mana nanti. Hahaa.."

            "Saya tak ada lah sezalim macam tu. Berkat bantuan awak lah, saya dapat dekat dengan Arwa. Saya dapat rasakan dia lah jodoh yang Dia rancangkan buat saya."

            "Dan inilah ceritera cinta yang dirancang untuk bos dan Arwa. Kahwin nanti jangan lupa jemput, tak sabar nak makan nasi minyak bos ni." kami tergelak dengan perancangan yang dirancang kami berdua. Moga-moga terlaksana impian aku untuk memperisterikan Arwa.

########

            Pertunangan aku dan Arwa tak lama kerana permintaan umi dan walid Arwa yang sudah tidak sabar mahu melihat anak bongsunya naik pelamin. Akhirnya termakbul juga impian mereka.

            Arwa meletakkan syarat tiga bulan untuk masing-masing mengenali hati budi satu sama lain. Amboi, siap bersyarat pula dengan aku!

            Walaupun bersyarat, walaupun tiga bulan tempoh perkenalan amat menggugat kesabaran aku, aku tahu dan aku pasti penantian aku ini pasti terbalas suatu hari nanti.

            Dan kini aku tidak lagi menanti kerana aku sudah pun bergelar suami buat gadis bernama Puteri Nurul Arwa. Dan Arwa memiliki suami yang baik, penyayang dan romantik.. Eh, tak lupa juga.. Suami yang hensem dan bergaya macam aku. Aku tergelak dengan pujian sendiri.

            Aku duduk di pondok kecil sambil membawa gitar zaman remajaku dulu. Ahh, sudah berzaman kusimpan, namun aku selalu memetiknya saat aku sendiri melayan perasaan. Kini, aku ingin memetiknya buat isteri yang tersayang.

            "Sayang.. Kenapa sayang terima abang jadi suami? Tak takut jadi macam Fitri, Eddy dan Ikhwan?" soalku ingin jawapan jujur.

            "Dah sebulan kita kahwin, baru sekarang abang dapat seru nak tanya?" gelengnya.

            "Sebab abang tahu sebenarnya sayang pun dah jatuh cinta pada abang juga dulu kan?"

            "Mana ada. Perasan betul dia.. Mungkin sebab... Abang pilihan umi dan walid. Arwa percaya dengan takdir Allah dan Arwa tahu pilihan umi dan walid tak pernah salah. Mereka tahu apa yang terbaik buat Arwa dari kecil."

            "Kalau macam tu, Ikhwan pilihan sendiri lah ya?" dia mengangguk.

            "Umi dan walid setuju pula? Dia orang tak halang ke?"

            "Ikhwan pilihan Arwa sendiri. Arwa leka dengan cinta duniawi.. Arwa menyesal dengan kealpaan Arwa. Sebab leka semua jadi macam tu. Umi dan walid tak pernah halang keputusan Arwa sebab Arwa tak pernah ingkar dengan arahan mereka. Lagipun masa tu Arwa muda lagi, darah manis, nak ikut kawan lah katakan. Kawan kata nak tu, Arwa pun nak juga macam tu. Ikhwan permainkan Arwa pun, Arwa rasa Ikhwan takkan buat macam tu. Umi tak pernah salahkan Arwa atas khilaf Arwa tu. Mereka mahu Arwa bahagia, tapi keputusan yang Arwa ambil, itu memakan perasaan Arwa sendiri akhirnya.." Arwa sudah duduk di kerusi di hadapanku.

            "Mujur Arwa ada kesedaran sendiri. Mahu untuk berubah dan ada prinsip. Itu yang abang respect dengan isteri abang ni."

            "Abang dengan Ellin pula macam mana? Dia tak ada kacau abang lagi dah?"

            "Perempuan macam dia buat apa nak layan. Buat sesak otak saja. Baik layan isteri abang ni, ada faedahnya juga." kataku sambil memetik gitar mengingat kod lagu Ketulusan Hati.

            "Arwa tak pernah tahu pun abang pandai main gitar. Sejak bila?"

            "Sejak abang muda dulu lah."

            "Ohh sekarang dah tua ke?" usiknya.

            "Mana ada. Umur saja tua, tapi awet muda tau. Macam anuar zain gitu.." sakatku. Aku tahu dia peminat setia Anuar Zain. Arwa menjuih bibir.

            "Sayang. Abang nak tujukan lagu ni khas buat sayang.. " aku mula memetik gitar.. Dia mula menopang dagu.

            "Semangat tu.."

            "Mestilah.. Suami kita nak nyanyi lagu untuk kita tu.. Tak sabar ni.." beruntungnya aku dianugerahkan isteri yang sempurna di mataku walau aku penat mencari begitu lama. Rupanya jodohku tidak jauh saja dariku.

             Terbukti benar kata Dr. Fadhilah Kamsah bahawa 'Semua orang ada jodoh yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang mendapat jodoh yang jauh darinya.' Aku setuju dengan kata pakar motivasi itu..

             Lagu Anuar Zain ini aku tujukan khas buat isteri tercintaku. Duhai Arwa...

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu
Selalu..

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

             Semoga perkahwinan yang kuimpikan ini berakhir sehingga ke akhir hayat kami berdua. Aku juga berharap agar Ellin Raisyah pergi jauh dari hidup kami dan tidak lagi mengganggu perhubungan kami. Semoga dipermudahkan. Amin..


Semua daripada kita memang mengimpikan hubungan yang kekal dan sempurna. Siapa yang tak mahu? Namun, mencari yang betul-betul sempurna buat kita itu takkan semudah ABC seperti yang kita sangka.. Pencarian tanpa usaha tiada guna, kerana usaha itulah yang membantu kita menemui jodoh kita itu secepatnya..

Memang benar, jodoh telah ditulis oleh Dia.. Sampai waktu, jodoh itu milik kita. Namun, siapalah kita untuk mengetahui apakah itu jodoh kita di dunia dan di akhirat sana. Semua itu kerja Allah SWT. Berusahalah, berdoalah dan berserahlah segalanya pada Yang Maha Kuasa. InsyaALLAH, usaha anda dibalas dengan ganjaran selayaknya. ~irasynawwarah~

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Note : Agak susah juga ya nak buat cerpen berdasarkan pengalaman seorang lelaki. Nak imaginasikan pun agak payah sebab aku bukanlah seorang lelaki. Hehee.. Walau apa pun, jemputlah baca. Cerpen biasa-biasa saja ni.. Almaklumlah, baru belajar juga ni.. Hehee. Sudi-sudikan lah komen ya... Komen anda sangat membantu! Enjoy reading ..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Nurul Arwa - Cahaya Kesegaran
--> Adwa Danial -  Cahaya Nabi Allah SWT

Wednesday, May 2, 2012

Perpisahan Satu Cinta

Assalamualaikum .. Weh ! Mana cerpen baru ? Errkk? Belum jadi tulisan . Ide tengah menerawang dalam bentuk awan lagi lah . Dia tengah berlega-legar dalam pale otak .. So, guano nak keluarkan ? Tunggu aku rajin deh .. Hehe

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PERPISAHAN SATU CINTA



Kita pernah terjerat
Dalam satu cinta yang sama
Mengapa dulu kita dipertemukan
Dan akhirnya terpisah

Maafkan aku..
Jika aku menyalahkanmu
Maafkan aku..
Jika aku membencimu
Maafkan aku..
Tapi aku betul-betul pasti
Ini yang terbaik buat kau dan aku
Buat kita berdua

Berilah aku kemaafan
Agar aku..
Benar-benar bisa pergi
Pergi dengan sebuah ketenangan
Tanpa beban dosa padamu
Oh kasihku..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dulu puisi ini aku buat untuk Mr.Y. Sebab dia, aku sakit hati.. Sebab dia aku membenci. Bodoh betul kan aku?

Tuesday, May 1, 2012

TEUKU WISNU ft SHIREEN SUNGKAR - CINTA KITA

Assalamualaikum .. Lagu best lagi malam ni.

Dah lah owner pemalas betul nak update cerita baru .. Hari ni busy betul keje ofis.. cewahh! belajar tak habis lagi ada hati *biar ahh!

PICIT SINI untuk mendengar ~~ OST CINTA FITRI .. even aku tak tengok, lagu dia serius best .. tangkap syahduu kott !

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
TEUKU WISNU ft SHIREEN SUNGKAR - CINTA KITA


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu

Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi

Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Aku semakin gila lagu jiwang kott cuti-cuti sem ni .. aduii! hahhaaaa~~ mrs. king kong king kong jatuh cinta ##