CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Sunday, April 15, 2012

Kerana Sebuah Amanat


          "Sure ke pa dengan ma nak pergi umrah ni? Habis tu Saffa nak duduk dengan siapa? Saffa tak nak sorang-sorang kat rumah ni."

           Dia menggumam tidak puas hati.

          "Saffa nampak kan sayang. Mama dengan papa dah siap packing barang ni. Ma dengan pa tak sabar dah nak pergi sana. Takpe kalau Saffa tak kesah kita suruh aje Mak Mun dengan Pak Jabir tidur rumah kita. Ada jugak teman untuk Saffa bersembang kalau bosan. Tak gitu, bang?" Datin Zubaidah bertanyakan pendapat suaminya, Dato' Hakimi.


          Dato' Hakimi mengangguk setuju. Mungkin benar kata isterinya, memang sepatutnya anak tunggalnya itu tidur berteman sepanjang ketiadaan mereka semasa membuat umrah nanti.


           Dia memandang mamanya mengharap kasihan.



          Saffa Mawaddah merengek manja. Bukan dia tidak mahu tinggal bersama suami isteri itu, dia mahu. Benar dia mahu, dia sendiri tak kesah kerana hubungan Saffa Mawaddah dengan orang gaji serta pemandu peribadi papanya itu sudah seperti orang tuanya juga. Mereka sangat rapat malah Saffa Mawaddah juga menganggap mereka berdua sebagai ibu bapa angkatnya.Cuma satu yang dia tidak berkenan jika disuruh tinggal bersama kedua orang tua itu. Sikap anak terunanya yang nakal ya ampun!


          Saffa Mawaddah bergegas naik ke biliknya.


          Dato' Hakimi yang memandang kelakuan anaknya itu mengeluh. 'Entah bila Saffa nak matang. Kalau pa dengan ma dah tak ada nanti, macamana lah hidup Saffa.'


          "Sampai hati ma dengan pa nak tinggalkan Saffa. Saffa tak nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni." menitis air mata Saffa bila mengenangkan dia akan ditinggalkan keseorangan di rumah mewah itu.


          Dia kelihatan baru tersedar dari lamunannya. 'Kenapa aku sedih sangat? Selama ni papa pergi overseas, mama pergi meeting luar negeri aku tak sedih macam ni pun. Kau ni Saffa, kental la sikit. Ish!' hatinya geram sendiri.


########


          Sejak bertolak dari perkarangan rumahnya, Saffa Mawaddah tidak mahu bercakap. 'Mungkin merajuk lagi agaknya.' teka hati Datin Zubaidah.


          Sesudah sampai di airport KLIA, Saffa Mawaddah keluar dari perut kereta dan bersandar di pintu. Dia sebenarnya mahu meminta maaf atas sikap keanak-anakannya pada mama dan papanya.


          Pak Jabir mengangkat barang-barang yang akan dibawa oleh majikannya. Dia menunggu anak majikannya yang masih bermasam muka itu meluahkan bicara.


           Datin Zubaidah menghampiri anaknya. Dahi Saffa Mawaddah dikucup lembut. Dia tahu anaknya tidak mahu mereka berangkat ke Mekah, mungkin takut akan terasa kehilangan.


          Saffa Mawaddah mengangkat dahi. Matanya berkaca menahan tangis.


          "Ma.. Pa.." matanya beralih ke arah papanya yang memegang tapak tangan halusnya.


          "Sayang. Kenapa menangis ni? Papa dengan mama bukan pergi jauh pun.Tak lama. 10 hari aje. Takkan la nak iring mama dengan papa dengan tangisan sedih pula. Sayang ni. Hehe.. " Datin Zubaidah tidak mahu pemergian mereka berdua diiringi tangisan anak kesayangannya itu. Dia mahu anaknya bahagia.


          "Janji ya ma dengan pa balik? Jangan tinggalkan Saffa." tubir air matanya pecah. Mata Dato' Hakimi sudah mulai merah melihat anaknya bersedih.


          "InsyaALLAH Saffa. Pa akan jaga ma kat sana ya. InsyaALLAH, sayang." baru Dato' Hakimi mengeluarkan suara. Dia tak mampu menahan sedihnya. Dia hanya mampu berdoa semoga perjalanan pergi dan pulangnya bersama isteri tersayangnya itu selamat berada di bawah perlindunganNya. Hanya itu yang diharapkan.


          "Pa, Ma.. Saffa mintak maaf.. Isk.. Isk.. Saffa tahu Saffa dah besar, jadi Saffa rasa mulai sekarang Saffa kena belajar hidup sendiri. Saffa sedar Saffa kena terima hakikat yang hidup Saffa bukan bergantung kat siapa-siapa lagi. Saffa kena berdikari. Pa dengan Ma doakan Saffa boleh ye? Saffa janji. Pa? Ma? Jangan risau okay?" Saffa Mawaddah mulai sedar sikapnya yang terlalu dimanjakan.


          "Baguslah sayang dah sedar. Mama doakan Saffa boleh hidup tanpa kehadiran mama dengan papa di sisi okay?" Datin Zubaidah mengusap pipi anaknya yang basah. Dia terharu. Doanya tiap malam kian termakbul.


          Dato' Hakimi melangkah ke arah Pak Jabir. Kelam-kabut Pak Jabir mengesat air matanya. Mata Pak Jabir merah terlihat di mata Dato' Hakimi. Dato' Hakimi tersenyum.


          Bahu Pak Jabir disentuh perlahan.


          "Bang Jabir. Saya nak minta maaf bagi pihak saya dan isteri saya kalau kami ada terbuat salah apa-apa kat abang dan isteri selama ni. Halalkan makan minum saya selama ni." mereka berpelukan.


           "Tak, Dato'. Dato' tak ada salah apa-apa dengan kami. Dato' sekeluarga baik dengan kami." sebak hatinya ketika mengucapkan kata-kata itu.


          "Boleh saya minta tolong Bang Jabir satu hal?" Dato' Hakimi menyoal.


          Pak Jabir mengangguk.


          "Sementara ketiadaan kami berdua, saya harap Bang Jabir jaga dan sayanglah anak saya, Saffa dengan sepenuh hati kalian. Saya tak mahu dia bersedih dnegan ketiadaan kami. Andai kata umur kami tak panjang, abang peliharalah dia macam anak abang sendiri. Saya mohon bang." Dato' Hakimi seperti hendak melutut.


          Namun, perbuatannya ditahan Pak Jabir.


          "Dato'. Saya sanggup Dato' demi keluarga Dato'. Dato' tak payah lah buat macam ni. Kalau tuan tak minta pun memang kami sayang dia macam anak kandung kami. Saffa itu sudah seperti anak perempuan kami tuan. Kami tak sanggup juga kalau terpaksa kehilangan dia." Pak Jabir berterus-terang.


          "Baguslah macam tu. Sekarang boleh lah kami pergi dengan tenang." Pak Jabir tersentak. 'Err, mungkin tuan bermaksud lain.' katanya sekadar menyedapkan hati.


          Dato' Hakimi mengeluarkan sesuatu dari koceknya.


          "Nah. Kami titipkan surat ni buat abang dan Kak Mun. Kalian bukalah surat ni andai kata umur kami tak panjang untuk pulang ke Malaysia semula."


          "Apa Dato' cakap ni. InsyaALLAH selamat sampai." Pak Jabir mengusap belakang majikannya yang satu itu.


          "Saya cuma risau aje. Abang bacalah surat ni kalau kami tak sempat jumpa kalian masa balik. Okay." Dato' Hakimi tersenyum sambil meletakkan surat tu di dalam telapak tangan tuanya itu.


          "Kami percayakan kalian suami isteri." ujar Dato' Hakimi sebelum dia dan isterinya melangkah masuk ke balai berlepas.


          Saffa Mawaddah enggan mengikut ibu bapanya ke dalam. Dia tahu dia tidak betah. Di kejauhan dia melihat ibu bapanya melambai, sepertinya lambaian terakhir buat dirinya. Dia takut. Takut kehilangan. Entah mengapa rasa hatinya bimbang tiap kali mengingatkan pemergian itu adalah pemergian yang tiada kembalinya.


          "Arghh!!" terpacul jeritan dari bibir mungilnya.


          Pak Jabir terkejut. Dia menoleh. "Kenapa Saffa?"


          "Eh, tak. Tak ada apa Pak Jabir. Kita terus balik rumah okay."


           Pak Jabir mengangguk. Dia tahu sedih Saffa Mawaddah masih bersisa.


########


          Sudah genap 10 hari pemergian ibu bapa Saffa Mawaddah ke Mekah bersama para jemaah yang lain. Hari ini hari yang terakhir. Saffa tidak sabar menunggu kepulangan ibu bapa tercinta dari sana.


          Sepanjang 10 hari ketiadaan Dato' Hakimi dan Datin Zubaidah, Mak Mun perasan bahawa anak majikannya itu semakin berubah. Sudah semakin rajin duduk di rumah, jika tidak ada kuliah. Sudah tidak lagi membazir masa id hujung minggu bersama teman-teman yang lain. Dia bangga dengan perubahan Saffa Mawaddah.Saffa Mawaddah benar-benar memaksudkan kata-kata yang diucapkan kepada orang tuanya. Sekilas dia teringat akan cerita suaminya ketika mereka di airport KLIA.


          Tepat pukul 12.30 tengahari, Saffa Mawaddah melangkah masuk ke rumahnya dengan senyuman. Dia berkira-kira mahu menolong Mak Mun memasak makanan kegemaran ibu dan bapanya. Seketika, telefon rumah berdering kuat.


          Mak Mun menyambut panggilan itu. Salam dijawab lembut.


          "Boleh bercakap dengan anak kepada Dato' Hakimi?"


          "Ya. Sekejap ye, encik." Mak Mun bergegas ke dapur. Memanggil Saffa Mawaddah yang sedang menahan tangis akibat mengupas bawang. Itulah akibat tidak pandai memasak. Skil nak kupas bawang pun tak lepas.


          "Siapa call, Mak Mun?" soal Saffa Mawaddah sambil mengesat air matanya.


          "Saffa, panggilan untuk kamu. Cepat sikit, dia kata urgent."


          Saffa berlari-lari anak selepas tangannya dibilas bersih.


          "Ya. Hello." Mak Mun berdiri di sisi gadis itu untuk mendengar perbualan itu. Mungkin penting mengenai majikannya.


           "Cik ni anak Dato' Hakimi? "


          "Ya, saya bercakap." hatinya berdebar kencang.


          Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Ustaz Zahir, ketua rombongan para jemaah ke Mekah. Rombongan yang diikuti oleh kedua orang tuanya.


          "Sebelum tu saya harap cik bersabar dengan apa yang saya nak katakan ni. Dato' Hakimi, Datin Zubaidah dan dua jemaah lain telah terlibat dalam kemalangan sekejap tadi semasa dalam perjalanan menuju ke Jeddah untuk pulang ke Malaysia. Jadi...." Saffa Mawaddah sudah tak mendengar apa-apa lagi dari lelaki itu. Dia terpanar.


          Mak Mun terkejut melihat Saffa Mawaddah tiba-tiba terjatuh. Lantas disambut telefon yang terlepas dari tangan gadis itu.


          Sambil memangku gadis itu, dia menjawab panggilan tadi. Berdesing telinga Mak Mun apabila menerima perkhabaran kematian kedua majikannya. Mak Mun menamatkan panggilan selepas mengambil nombor telefon lelaki itu untuk maklumat lanjut.


          Terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Dia tahu itu suaminya.


          "Abang!"


           Pak Jabir masuk tergesa-gesa. Terkejut dia melihat anak majikannya jatuh pengsan. Diangkat Saffa Mawaddah ke biliknya di tingkat dua. Mujur tenaga tuanya masih mampu menampung tubuh kecil gadis itu.


########


           "Sayang. Jaga diri baik-baik tau. Mama dengan papa nak pergi jauh ni. Jaga kesihatan ye. Mama doakan sayang dapat hidup dengan aman dan gembira bersama keluarga baru sayang nanti." Datin Zubaidah melambai-lambai.


           "Selamat tinggal sayang. Kami sayang Saffa sepenuh hati kami. Saffa jangan sedih-sedih ya." Dato' Hakimi melepaskan tangan Saffa perlahan. Berat hatinya mahu meninggalkan anak kesayangannya itu.


          "Maa.. Paa.. Nak pergi mana tu? Jom la balik." panggil Saffa Mawaddah.


          "Saffa sayang ma dengan pa juga. Sayang sangat-sangat."


          "Saffa tak nak hidup sendiri. Jangan tinggalkan Saffa." sambungnya.


          "Jangan tinggalkan Saffa ma! pa! jangan maa!!" jerit Saffa Mawaddah lantang.


          Tangannya terkapai-kapai memanggil ibu dan bapanya. Bahunya terasa disentuh seseorang. Dia terjaga dari mimpi menakutkan itu. Mak Mun cuba menenangkan hatinya yang bercelaru.


          Saffa Mawaddah memandang sekeliling. Dia melihat wajah ibu dan bapanya. Sudah 5 hari dia berkeadaan sebegitu, sudah 5 hari juga dia bermimpikan mimpi yang sama. Dia merenung lesu ke mata Mak Mun.


          "Sayang, sudahlah. Belajar untuk pasrah.. Lepaskanlah benda yang dah lepas. Usah difikirkan lagi, biarkan mereka tenang di alam sana. Saffa sayang mama kan? Sayang papa juga kan?"


           Pertanyaannya dibalas anggukan lemah dari Saffa Mawaddah.



          "Kalau sayang, jangan ditangisi lagi. Arwah berdua mesti sedih kalau tengok keadaan Saffa macam ni. Mana Saffa Mak Mun yang dulu? Yang happy go lucky, yang tak suka menangis dulu?" Mak Mun menasihati Saffa Mawaddah supaya melepaskan kenangan bersama arwah kerana jika tidak, gadis itu pasti akan hidup dalam dunianya sendiri.


          Saffa Mawaddah meraup wajahnya yang lesu. Dia tahu dia sudah jauh melayan perasaan. Dia juga ingat pesan papanya, yang pergi biarkanlah pergi, yang hidup teruskan kehidupan. Arwah papanya selalu mengingatkan dia dengan ungkapan itu setiap kali ada saudara yang meninggal dunia.


          "Mak Mun. Saffa nak ke kubur papa dengan mama. Boleh?" tanyanya.


          Mak Mun serba-salah.


          Petang itu Saffa Mawaddah bersama Mak Mun dan ditemani oleh Pak Jabir menziarahi ke Perkuburan Islam Batu Tiga. Saffa Mawaddah mencuba menahan tangisannya. Dia tidak mahu kedua orang tuanya diseksa di alam kubur. Dia tahu pasti sakit rasanya diseksa.


          Dia mahu menjadi tabah seperti mamanya ketika mamanya mendapat tahu arwah neneknya dulu meninggal dunia. Dia mahu mencontohi kecekalan mamanya yang sabar menerima dugaan.


########


          Saffa Mawaddah masih duduk sambil berpeluk tubuh di tepi kolam ikan. Masih terngiang-ngiang di telinganya suara lembut mamanya. Suara memujuk papanya masih berlegar di mindanya.


          Benar kata orang, melepaskan sesuatu yang kita sayang itu sangat perit. Tetapi, adalah baik jika kita melepaskan apa yang kita sangat sayang daripada apa yang kita tak sayang sebab akan ada hikmahnya atas kebaikan itu.


          "Kesian saya tengok budak Saffa ni bang. Dalam sekelip mata aje, dia hilang orang tua dia. Muda lagi dia tu."


          "Abang pun kesian. Tak keruan dibuatnya budak tu." sokong Pak Jabir.



          "Abang rasa apa patut kita buat. Serius saya cakap saya kesian sangat-sangat. Sampaikan saya sendiri pun rasa macam saya kat tempat dia." Mak Mun mengintai dari langsir rumah.


          "Awak ingat saya tak kesian. Arwah Dato dah bagi amanah kat saya.. Eh.." fikirannya ligat memikirkan amanah yang arwah majikannya kirimkan sebelum mereka berangkat ke Mekah.


          "Kenapa bang?" tanya Mak Mun.


          Pak Jabir bangun dan melangkah ke bilik yang dikhaskan oleh arwah Dato' Hakimi buatnya untuk dikongsi bersama isterinya, Mak Mun.


          Diingat kembali di mana dia simpan surat amanah yang diberikan oleh arwah majikannya dulu.


          Laci meja! Ya. Di situ!


          Dibuka dan dicapai surat nipis bersaiz A3 itu. Kemudian, Mak Mun masuk ke bilik mereka.


          "Surat apa tu bang?"


          "Arwah Dato' yang bagi. Dia suruh abang buka kalau dia tak sempat jumpa kita bila balik dari Mekah."


          Dibuka surat itu perlahan. Terdapat 3 sampul surat kecil di dalamnya. Satu buat 'Pak Jabir dan Mak Mun', satu untuk anak tercinta, 'Saffa Mawaddah' dan satu lagi untuk 'bakal suami Saffa Mawaddah'.


          "Aik? Bakal suami Saffa? Siapa bang?" soal Mak Mun hairan.


          "Entah. Abang pun tak tahu. Dato' tak cakap apa pun."


          Surat untuk mereka berdua di koyak perlahan.


          'Buat Abang Jabir dan Kak Mun, mungkin masa kalian buka surat ni saya dan isteri mungkin sudah tidak lagi bernafas di atas muka bumi. Kami ingin berterima kasih kepada kalian kerana sudah 25 tahun kalian sanggup berbakti kepada kami. Jika dulu saya menganggap kalian sebagai saudara kami, kali ni saya memohon dan merayu supaya kalian menganggap anak kami yang tersayang iaitu Saffa sebagai anak kandung kalian sendiri. Kami merayu pada kalian, sayangilah dia sebagaimana kami sayangkan dia.


          Mungkin kami tak mampu membalas jasa kalian selama ni. Tapi, di sini saya sertakan cek bernilai RM 10 000 untuk bekalan kalian. Saya tahu tidak cukup tetapi saya berharap semoga kalian gunakan ia sebaiknya. Saya mahu hidup anak saya terjamin selepas ketiadaan kami. Maafkan kami sekiranya permintaan kami terlampau banyak.


          Lagi satu, sebenarnya kami berdua teringin sangat nak berjumpa dengan anak teruna kalian. Sudah lama kami tidak bersua muka dengan dia. Kami dah fikir masak-masak, kami dah buat keputusan demi masa depan anak kami. Dengan dimulai basmalah kami serahkan anak kami, Saffa Mawaddah binti Dato' Hakimi untuk dijadikan isteri kepada anak teruna kalian yang sulung. Semoga kalian merestuinya. Kami percayakan kalian berdua dan kerana itu kami serahkan anak kami kepada kalian untuk dididik menjadi seorang anak dan isteri yang taat. Semoga kalian tidak menolak permintaan terakhir kami.


Yang benar,
Hakimi bin Mahzan


          Mak Mun sudah tersedu-sedan mendengar suaminya membaca surat yang ditulis buat mereka. Sungguh mereka rasa dihargai kerana arwah Dato' Hakimi sanggup membenarkan mereka yang hanya pembantu rumah dan seorang pemandu untuk mendidik anak perempuannya apatah lagi diserah untuk dijadikan menantu.


           "Betul ke apa yang abang cakap ni? Jadi menantu kita bang? Maksudnya surat lagi satu tu untuk Khairi lah ye bang?"


           Pak Jabir turut tidak percaya. Mana mungkin Saffa mahu dijodohkan dengan anak teruna mereka yang seorang itu. Sejak kecil mereka sering bergaduh dan bercakaran, mana mungkin mereka disatukan. Saffa pasti menolak permintaan itu!


           "Saffa takkan mahu kahwin dengan anak kita, Mun." kata Pak Jabir sambil berkali-kali matanya memandang surat itu.


           "Pak Jabir cakap apa tadi?" Saffa Mawaddah melangkah masuk ke bilik mereka.


           Kedua suami isteri itu terkejut melihat Saffa Mawaddah. Entah sejak bila gadis itu menguping perbualan mereka.


           "Pak Jabir cakap pasal kahwin tadi?" tanya Saffa Mawaddah pelik.


           "Nah. Surat ni arwah papa Saffa yang bagi. Untuk Saffa." dia teragak-agak untuk menyambut. Mak Mun mendekatinya dan dibuka surat itu untuk dibaca oleh Saffa Mawaddah.


          'Buat anakanda papa dan mama yang tercinta, Saffa Mawaddah. Sayang, mungkin saat sayang baca surat ni, papa dengan mama dah tak ada lagi di dunia ni. Kami nak bagitahu Saffa, walaupun kami dah tak ada menemani Saffa, kami sebenarnya masih hidup. Hidup dalam hati Saffa sampai bila-bila. Ingatlah bahawa bukan kami sengaja meninggalkan Saffa sendiri, kami teramat sayangkan Saffa tapi mungkin satu hari nanti kita bertiga akan berjumpa semula di syurga. InsyaALLAH.


          Saffa sayang, kami sudah buat yang termampu untuk membahagiakan Saffa. Moga dengan pemergian kami, Saffa dapat berubah menjadi seorang gadis yang lebih matang dalam memikirkan masa depan. Papa dengan mama sayangkan Saffa, kami bukan pentingkan diri. Tiada guna kami pentingkan diri untuk memusnahkan masa depan Saffa. Maka, dengan ini papa harap Saffa tunaikanlah permintaan papa dengan mama dengan mengahwini Zulkhairi, iaitu teman bermain Saffa waktu kecil dulu. Maaf sekiranya permintaan kami membuatkan Saffa sedih. Tapi, kami lagi sedih sekiranya Saffa berkahwin dengan seseorang yang papa dengan mama sendiri tak kenal. Sampai syurga kami sayangkan Saffa, sayang.


Salam sayang dari papa dan mama..


          Saffa menangis di bahu Mak Mun. Dia terasa kehilangan sekali lagi. Dia rindu. Rindu yang teramat sangat. Belum puas hatinya menahan pedihnya ditinggalkan orang tersayang.


          Pak Jabir berlari menuruni tangga rumah dengan berhati-hati apabila mendengar loceng rumah dibunyikan.


########


          "Saffa. Saffa bersabarlah ya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." Adam Zulkhairi memberi dorongan agar gadis itu tidak lagi bersedih.


          "Awak.. Awak senang lah cakap. Awak tak hilang orang tua macam Saffa. Awak tak rasa apa yang Saffa rasa." Saffa Mawaddah masih lagi tercegat melihat anak-anak ikan di kolam ikan itu berenang-renang. 'Bahagia ke awak semua, ikan kecil?'


          " Saya tahu saya belum pernah ada rasa macam tu dan kalau boleh saya tak nak berperasaan macam awak sekarang ni."


          Saffa Mawaddah memandang Adam Zulkhairi yang berada di sebelahnya. Dia melihat keikhlasan dalam mata lelaki itu, tiada lagi kenakalan seperti waktu kecil dulu. Ah! Sudah 8 tahun dia tidak bertemu lelaki itu.


          "Kenapa awak balik?"


           Adam Zulkhairi tersentak.


          "Saffa tak nak saya balik ke?" tanyanya kembali.


          "Saffa nak jawapan bukan soalan." Saffa Mawaddah buang pandang.


          "Okay. Sebab saya rindu awak kot." usiknya.


          Saffa Mawaddah tersengih. "Gatal tak habis-habis. Menyampah."


          "Mana ada. Orang rindu pun kena cop gatal ek? Kalau macam tu, tak nak rindu lah." 


          Adam Zulkhairi tarik muka. Pura-pura merajuk. 'Aik? Tak pujuk aku langsung?


          Saffa Mawaddah memandang wajah Adam Zulkhairi tanpa perasaan. Kosong hatinya. Benar dia rasa sunyi, sunyi tanpa sahabat. Pergi ke kuliah pun seperti tak wujud aje manusia nama sahabat. Kini, dia hanya ada Mak Mun, Pak Jabir dan lelaki ini. Lelaki yang sering membulinya ketika kecil dulu. Tetapi, kini .. Dia berubah.


          "Awak tak nak pujuk saya ke Saffa? Saya merajuk ni tau." jeling lelaki itu mengintai reaksi Saffa Mawaddah. Gadis itu diam tanpa kata.


          "Saffa, awak nak jawapan untuk soalan awak tadi tak? Saya dah ada jawapannya ni." Adam Zulkhairi sengaja menggamit hati Saffa Mawaddah supaya tidak lagi senyap.


          "Kenapa?" soalnya.


          "Sebab.. Sebab saya rindukan awak sejak kita berpisah dulu. Saya.. Saya suka.." 


          "Syyhhhh.." jari telunjuk Saffa Mawaddah mendarat di bibirnya. Dia terkedu.


          'Pandai kau buat hati aku berdebar ye, Saffa. Siap kau nanti. Turn aku pula buat kau lagi teruk dari ni.' desis hatinya.


          "Mak Mun panggil pergi dapur lah."


          "Elok sangat dah tu belajar masak. Masak sedap-sedap tau untuk perut saya ni. Mengidam air tangan awak ni kot."


          "Haa. Tengok. Menggedik tak habis-habis." laju Saffa Mawaddah menendang kaki Adam Zulkhairi. Seperti biasa ketika kecilnya.


          "Gedik untuk awak aje. Ingat lama tak jumpa, dah lupa nak sepak saya. Ish.." rungutnya. Cebir Saffa Mawaddah.


########


          Dua bulan sudah berlalu sejak kematian orang tua Saffa Mawaddah.


          "Kalau Saffa sanggup, Khairi tak kesah, bah."


          "Apa awak ni? Ni bukan main-main. Ni soal hidup dan mati kita. Ingat senang ke nak kahwin ni?" marah Saffa Mawaddah.


          'Yang mamat ni pergi setuju, apasal? Tak pasal-pasal tak ada siapa nak back up aku.'


           "Tak. Saya tak main-main. Saya serius dengan kata-kata saya. Saya bukan lagi Khairi 8 tahun lepas."


          Matanya direnung tajam oleh gadis itu. 'Wow, tertusuk tajam hati aku kalau macam ni gamaknya. Janganlah pandang aku macam tu, Saffa!' omel hatinya.


          "Saffa tak nak lah kahwin dengan Khairi, ibu." sudah sebulan Saffa Mawaddah memanggil Mak Mun dengan panggilan ibu dan Pak Jabir sebagai abah sama seperti Adam Zulkhairi. Dia juga teringin punya orang tua juga seperti orang lain. Dia juga ingin bermanja.


          "Mun, kan abang dah cakap. Saffa takkan mahu berkahwin dengan anak kita." Pak Jabir tertunduk layu. Dia masih teringat amanat terakhir yang diserahkan padanya oleh arwah. Dia takut tak mampu melaksanakan amanat itu. Dia merasa berdosa pada arwah majikannya dulu.


          "Abang, bukan salah abang Saffa tak nak kahwin dnegan anak kita. Tu pilihan dia."


           Saffa Mawaddah yang mendengar rintihan itu serba salah. Dia tak sanggup. Dia berpaling dan berjalan menuju ke taman mini yang dibuat khas untuknya oleh arwah papanya sebagai hadiah hari jadi yang ke-15.


          Dia menangis sambil menyentuh bunga lily di hadapannya.


          "Papa.. Di mana kebahagiaan yang papa katakan dulu? Isk.. Isk.." tangisnya tak dapat ditahan.


          "Kebahagiaan itu ada di mana-mana. Kalau Saffa sudi, saya sanggup menjadi kebahagiaan buat Saffa." Saffa Mawaddah terkejut. 'Entah dari mana malaun ni ikut aku. Hish! Spoil la dia ni.'


          "Saffa tak nak kahwin dengan awak. Awak bukan untuk Saffa dan Saffa tidak ditakdirkan untuk awak."


          "Mana Saffa tahu Saffa bukan untuk saya?"


          "Sebab awak.. Awak tak suka kat Saffa kot." bergetar suaranya.


          "Siapa cakap?" Adam Zulkhairi semakin mendekati.


          "Err.. Mata awak cakap." buntang mata Adam Zulkhairi mendengar jawapan Saffa Mawaddah.


          "Nak kena budak ni." mahu dicapainya tangan Saffa Mawaddah namun terlepas. Pantas kakinya berlari anak mengejar Saffa Mawaddah yang geli hati melihat Adam Zulkhairi yang jatuh tersungkur gara-gara mahu mendapatkan tangannya. Senak perutnya asyik mengetawakan lelaki itu.


          "Haa.. Gelak gelak. Puas hati gelakkan orang." sengaja dikuatkan suaranya.


          Saffa Mawaddah terduduk kepenatan. "Dah dah, tak payah kejar. Penat dah. Hahaha. Apa lah awak ni, nak pegang tangan pun sampai tersungkur. Buat malu ibu aje." gurau Saffa Mawaddah. Sudah lama dia tidak bergurau senda seperti ini dengan Adam Zulkhairi. Dia rindu saat itu.


          Entah bila dapat dirasakan perasaan itu lagi apabila dia kini berada dalam situasi terpaksa menjadi isteri lelaki ini hanya kerana amanat papanya.


          Saffa termenung. Mungkinkah dia pemilik tulang rusukku, Ya Allah?


          Tidak! Tidak! Aku tak nak kehilangan lagi! Gelengan Saffa Mawaddah merisaukan Adam Zulkhairi.


          "Kenapa Saffa?" Lamunannya terhenti. Diperhatikan keindahan yang terdapat di wajah lelaki itu. Lelaki yang semakin hari semakin mengganggu hatinya.


          "Macamana kalau suatu hari nanti awak tinggalkan Saffa?" kepalanya tertunduk. Malu! Berbahang rasanya wajahnya tika itu kerana bertanyakan soalan itu.


          "Saffa suka saya dah ke?" persoalan mautnya dibalas gelengan laju gadis itu.


          "Eleh, malu la tu. Tu pipi dah merah."


          "Mana ada." dijelingnya mamat nakal itu. Kerja tak habis-habis mengusik aje.


          "Saffa sayang. Kalau betul Saffa lah kebahagiaan yang saya cari, saya takkan sesekali lepaskan Saffa sebab cinta saya dah melekat pada Saffa sejak kita kecil.." Adam Zulkhairi tiba-tiba tersedar. 'Ah! Kantoi pula!'


          "Apa awak? Sejak kecil? Rupanya awak simpan hati kat saya eh masa kecil?" Saffa Mawaddah mengecilkan matanya memandang lelaki itu.


          Adam Zulkhairi bangkit dari duduknya. Dia terasa ingin naik ke biliknya, mengemas baju-bajunya dan pulang kembali ke Kedah. Ah! Malunya saat ni!


          Adam Zulkhairi berlalu.


          Saffa Mawaddah mengejar lelaki itu. Dia menarik baju t-shirt yang dipakai lelaki itu.


          Dia maju ke depan lelaki itu. 'Wah! Nampak lah pipi dia merah! Dah lah putih kalah mat saleh. Cakap aje aku yang malu, walhal dia lagi segan dengan aku.'


          "Wah wah wah. Sedap aje dia pergi tak ajak kita. Kenapa? Awak malu ke?" Saffa Mawaddah mengerdipkan matanya berkali-kali di hadapan Adam Zulkhairi tanda malu-malu. Ah! Itu manja namanya.


          "Tadi awak cakap apa? Saffa nak dengar lagi sekali." Saffa Mawaddah menunjukkan jari telunjuk tanda satu.


          "Ah. Takde takde. Saya nak masuk bilik. Saffa pergi kemas rumah sana." ditolaknya gadis itu ke tepi.


          Sengaja dia mengelak, takut rahsia yang lain pula terbongkar. Cukuplah hanya satu rahsia yang Saffa Mawaddah tahu. 'Kalau dia tahu yang selebihnya, masak aku!'


          Saffa Mawaddah berpeluk tubuh sambil matanya meliar memandang bunga-bungaan yang tertanam indah di taman mini itu.


          "Okay. Kalau macam tu, saya tak nak kahwin dengan awak."


          "Walaupun tu amanat arwah papa Saffa?" soalnya tidak keruan. Kalau bukan kerana amanat itu pun, memang dia balik untuk melamar Saffa Mawaddah menjadi isterinya. Sudah bertahun menanam perasaan, hatinya kini tidak tahan.


          "Exactly. Unless awak mengaku perasaan awak sekarang. Will you? I guess you won't do it. Okay, fine." Saffa Mawaddah sengaja mendera perasaan Adam Zulkhairi. Dia melangkah masuk ke dalam rumah besar itu. Namun, pergerakannya terbantut. Tangannya ditarik perlahan. Digenggam erat.


          "Saffa. Saya sayang Saffa bukan sebagai adik macam yang saya cakap dulu. Saya cintakan Saffa. Saya janji akan jaga dan sayang Saffa lebih dari Saffa sayang saya." luahnya ikhlas.


          Saffa Mawaddah mengangkat keningnya sebelah. "Bila Saffa sayang awak?"


          Adam Zulkhairi menjegilkan matanya ke arah Saffa Mawaddah. Pandai gadis ini memainkan hati dia. Saffa Mawaddah tergelak besar melihat perubahan air muka lelaki itu.


          "Hahaha. Awak ni kelakar lah!" Saffa melepaskan tangan lelaki itu yang masih memegang erat tangannya. Dia rimas, terasa seperti perbuatan mereka diperhatikan seseorang.


          Dia melangkah masuk. Matanya tertancap kepada dua manusia yang kelihatan seperti menghendap dirinya bersama Adam Zulkhairi.


          "Abah dengan ibu buat apa tu?"


          "Erk? Hehehe. Saje mengintai anak-anak ibu. Jadi, jawapannya?"


          Saffa Mawaddah tersenyum lantas berlari naik ke biliknya. Dia malu untuk mengaku bahawa sebenarnya lelaki itu sudah pun bertakhta di hatinya. Dia tahu dia degil namun dia cuma tidak mahu kehilangan orang yang disayang lagi selepas ni. Kerana itu, hatinya melarang dia untuk mengakui perasaannya.


          Ibu mengucap syukur ke hadrat Illahi atas persetujuan anak daranya yang satu itu. Anak dara yang bakal menjadi menantunya pula.


########


          Selesai solat Isyak, Saffa Mawaddah merebahkan tubuhnya di katil empuk miliknya itu. Pandai betul ibu menghias katilnya menjadi indah seperti itu. Terasa betul-betul seperti pengantin baru. Terima kasih ibu!


          Penatnya melayan tetamu yang hadir sejak pagi tadi masih belum hilang. Majlis yang diadakan cukup sederhana namun itu sudah cukup membuatkan Saffa Mawaddah kehilangan seluruh tenaganya untuk berbual bersama keluarga barunya di bawah.


          Mujur, mereka faham dengan kepenatannya. Almaklum lah dia tidak biasa bekerja keras seperti itu. Pengalaman pertama orang kata!


          "Huh! Leganya dapat tidur." badannya diterlentangkan. 'Terasa seperti dunia ni aku punya! Hahahahaa.' hatinya ketawa besar. Tidak sedar perilakunya diperhatikan dari muka pintu biliknya.


          "Ehem.. Lagi lega kalau dapat tidur berteman." Adam Zulkhairi yang sudah sah menjadi suaminya sejak siang tadi melangkah menghampiri Saffa Mawaddah.


          Saffa Mawaddah kaget. Dadanya berdebar.


          Tambah berdebar lagi bila suaminya membuka baju melayu biru laut yang menjadi pakaian tubuhnya sejak petang tadi. Dia seperti tidak dapat bernafas di biliknya sendiri yang terasa semakin mengecil itu.


          "Err.. Awak? Awak tidur bilik awak je lah." kata Saffa Mawaddah gugup tatkala Adam Zulkhairi semakin mendekati kepala katil.


          "Sayang, kita dah kahwin kan? kan?"


          "Err, dah." balasnya tertunduk.


          "Jadi, nak tak nak kita kena berkongsi antara satu sama lain. Apa-apa sekali pun. Dalam Islam, Saffa adalah hak abang jadi apa yang Saffa ada semua harta abang. Harta abang harta Saffa juga. Jadi totally Saffa adalah milik abang sepenuhnya. Got it? Atau nak abang tunjukkan dalam erti kata sebenar?" usik Adam Zulkhairi. Perlahan dia mendekati isterinya.


          "Tapi, Saffa tak biasa lah. Awak tidurlah bilik awak dulu eh?" pinta Saffa Mawaddah. Dia benar-benar mengharap.


          "Kalau abang tak nak?"


          "Pergi juga lah." paksanya.


          Adam Zulkhairi menggeleng sambil menongkat kepalanya memandang isterinya itu. Semakin hari dilihatnya gadis itu, semakin cantik pada matanya. Dia akan pastikan Saffa Mawaddah menjadi kebahagiannya sampai akhir hayatnya nanti.        


          "Takpe. Saffa yang tidur bilik abang." Saffa Mawaddah mahu bangun dari duduknya.


          "Pergilah, abang ade ni." digoyang-goyang kunci bilik di tangannya.


          Saffa Mawaddah terdiam. Dia terasa dikenakan. Dia duduk kembali. Mukanya terasa panas membahang bila sedari tadi Adam Zulkhairi memandangnya tak berkelip. Dijelingnya suaminya di sebelahnya itu.


          "Amboi. Tajamnya jelingan dia. Abang tak tidur malam nanti macamana?"


          "Biarlah. Malas nak layan awak. Bencilah." terus dia membaringkan tubuhnya menghadap kanan, membelakangi suaminya itu dan menarik selimut kuat tanda protes.


          "Hehehe. Sayang abang merajuk ya? Yela yela, sorry. Janganlah macam ni, tak lena abang malam karang. Orang kata tak elok membelakangi suami macam ni tau. Nanti malaikat laknat sampai subuh esok pagi. Nak ke macam tu."


           Saffa Mawaddah bungkam. Tiada tanda-tanda mahu bergerak.


           Adam Zulkhairi tahu isterinya itu masih segan dengannya. Tidak mengapa, baru lagi. Dia juga segan, namun tidak mahu ditunjukkan supaya Saffa Mawaddah rasa selesa apabila bersama dengannya.


          Dia memegang bahu Saffa Mawaddah dan menariknya supaya menghadapnya. Saffa Mawaddah hanya menutup mata, sedang dalam hatinya berdegup kencang hanya ALLAH saje yang tahu.


          Adam Zulkhairi menarik selimut menutup tubuh kecil isterinya itu. Lalu, dahi Saffa Mawaddah menjadi sasaran bibir merahnya untuk dikucup. Terasa hangat di situ.


          "Abang sayang Saffa sampai akhir nyawa abang. Walaupun perkahwinan kita adalah suatu rancangan, walaupun perhubungan ini adalah suatu amanat yang wajib dilaksanakan, tapi cinta abang adalah bukan paksaan sesiapa. Abang yakin dengan perasaan abang. Abang harap Saffa boleh terima abang seadanya."


======================================================
~TAMAT~
======================================================
Cinta datang di saat kita memerlukan
Cinta datang di saat kita kesedihan
Cinta datang di saat kita kesunyian
Cinta juga datang di saat kita bahagia

Hargai cinta kerana MISTERI CINTA itu hanya dapat dirungkai oleh mereka yang benar-benar memiliki CINTA itu.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Saffa Mawaddah - Kesucian cinta
--> Adam Zulkhairi - Kebajikan Nabi Adam

No comments: