CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Monday, October 1, 2012

Sirna Hati Seorang Gadis

Assalamualaikum ..
yow ! lama tak update stori baru kan ? jap jap .. baru nak feeling feeling nak kawin . boleh tak ? hollaa . budak berhingus lagi ni . hahahaa =D

For this time, ini bukan puisi islamik . kerana di hati sedang ada ombak pilu yang memang gila ombak lah senang cakap ..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SIRNA HATI SEORANG GADIS


Tak pernah niat aku mahu
Benci sedikit pun dirimu
Sedikit perasaan ini tercalar
Kerana sikapmu itu
Namun, aku tahu tiada
Yang mampu mengubah takdir

Telah lama aku pendam
Rasa sirna hati ini
Setelah kau tinggal aku dulu
Biar separuh hatiku luka
Dek serpihan kaca yang kau toreh
Di satu saat
Kisah kita jadi sejarah

Tiap yang kau lakukan dulu
Benar-benar buatku terseksa
Derita dengan sayangmu padaku
Sengsara dengan bicaramu itu
Merana mengenang tingkahmu dulu
Yang rakus mencarik hati ini
Yang biar diri ini jatuh tanpa belas kasihan
Yang pergi jauh tanpa kata maaf
Yang berubah tanpa ada rasa khilaf

Andai inilah yang kau mahukan
Tiada yang mampu aku lakukan
Yang menitip sebuah doa ikhlas
Kiriman hati seorang gadis yang terluka

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak ada siapa doakan keburukan kamu . tapi kamu yang meletakkan diri kamu sebagai mangsa keadaan .. tapi, buat sang lelaki kalau tak pasti tentang perasaan jangan sesekali mengatakan sesuatu yang mampu merobekkan hati wanita .

## aduduuu .. rasa terluka pulak hati ni mak oiit .. Puisi buat Mr. Guitar yang dah lama menyepi diri tu . hilang jangan sebarang hilang, kalau nak hilang biar tak payah muncul dari awal . kan senang ! **geram ni ..

No comments: