CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Sunday, April 22, 2012

Debu Asmara Mariam

            Setiap manusia dikurniakan kelebihan dalam diri masing-masing. Ada ilmu yang aku tahu, orang tak tahu, begitu juga sebaliknya. Bagi aku, ilmu yang aku ada masih belum cukup. Maka, aku masih perlu belajar.

            Menjadi lumrah manusia leka dengan ilmu yang penuh di dada. Aku juga kadang-kadang begitu.

            Seperti biasa aku masih datang ke kuliah, masih perlu menjejakkan kaki ke Perpustakaan Tengku Anis demi menambah ilmu di dada, masih juga perlu menemui pensyarah secara peribadi untuk membincang mengenai kelemahan aku dalam pelajaran. Dan aku juga masih perlu menghadiri setiap perjumpaan kelab-kelab di universitiku.

            Tiada ruang dan masa untukku berfikir soal cinta. Maka, aku memutuskan untuk meminggirkan jauh soal itu. Bagiku, ilmu yang utama. Tiada istilah cinta dalam kamus hidupku.

            "Nak kata kau bodoh, tak. Kau top student di UiTM ni. Nak kata kau bijak, soal hati, soal perasaan kau fail. Apa lah kau ni, kalau nak hidup, kasi balance lah sis. Baru hidup kau lengkap dan bahagia." bebel Shiela.

            Aku masih membelek buku Macroeconomics, tidak menghiraukan bebelan Shiela. Dia kalau bab berucap pasal hati perasaan ni bagi saja pada dia, dia memang pakar. Doktor cinta lah katakan. Tapi, dia salah orang lah sebenarnya. Tak kena dengan jiwa aku.

            "Ria.. Mariam Adelia! Kau pekak ke?" aku terkejut mendengar sergahannya. Mana taknya, earphone kusumbat ke telinga. Sia-sia saja kau membebel kan Shiela. Aku tergelak.

            "Kau kenapa?" soalku tak bersalah.

            "Kau sumbat telinga kau lagi ya?" katanya sambil menyelak pashmina hijauku. Merah padam wajahnya.

            "Hahahaa.. Mana aku tak sumbat, dah kau ni sibuk sangat pasal aku kenapa? Aku sendiri pun tak kesah pasal budak tak cukup umur tu, kau pulak yang risau tak tentu pasal." kataku sambil menggeleng. Shiela.. Shiela.. Caring tak kena tempat lah.

            "Aku bukan apa, kau tengoklah geng kita semua dah ada cop mohor. Kau saja yang belum, kau tak nak ke bersayang-sayang macam kita orang. Kau tak jealous ke tengok aku dengan Hairi tu? Sweet couple kot."

            "Maka?" balasku pendek.

            "Maka Cik Mariam oii, kau tak cemburu ke?"

            "What for? Tak ada benefit langsung. Baik aku study lagi baik. Kalau dapat dekan lagi sem ni, aku lagi gembira tau sebab dapat buat mak abah aku bangga dengan kejayaan anak dia ni. One more thing, aku tak perlukan cinta dalam hidup aku. Muktamad!"

            "Ah! Kau memang degil, dah tu kau nak apa dengan Izlan tu? Dia lama dah menaruh hati pada kau. Kau buat tak tau saja pada dia, kesian pula aku tengok."

            Aku tenung mata Shiela dalam-dalam. "Kau tak payah nak jual dia lah. Jangan cakap... Kau dah tangkap cintan dengan dia? Ish.. Ish.. Kau ni, tak baik menduakan Hairi tu. Dah lah handsome, stylo, jejaka idaman malaya tu. Jangan melepas nanti sudahlah." air muka Shiela berubah.

            "Banyaklah kau. Aku sayang gila pada Hairi. Jangan pandai-pandai kau bawa mulut, aku bakar mulut kau nanti."

             Aku geli hati mendengar ugutannya.

            "Tau pun takut. Dah tu, biarlah mamat tu dengan dunia dia sendiri. Penat nanti, dia diamlah. Kau tak payah risau." kataku sambil kembali meneruskan pembacaan.

########

            Aku keluar paling akhir semasa kelas malam Financial Accounting IV, setelah selesai menyalin nota akhir di papan putih. Aku terlambat ke kuliah malam kerana motor skuterku buat masalah pula. Mujur, Shiela sudi menghantarku. Alang-alang mahu berjumpa rakan sekelasnya kerana ingin membincangkan assignment yang perlu dihantar bulan depan.

            Almaklum sajalah, walaupun kami sama kursus iaitu Diploma Perakaunan, namun kami berlainan kelas. Jadi, jadual waktu juga berlainan.

            Buku-buku kukemas pantas, tidak mahu Shiela menunggu aku terlalu lama di kafeteria Z & Z, telefonku berdering. Tidak lama, kemudian mati. "Siapa pulak ni lah." Kelam-kabut aku kepit buku teks akaun di celah tangan kiri.

            Belum sempat mahu melangkah keluar dari kelas, aku ditahan seseorang. Erk..? Izlan?

            "Hai, Ria. Lama tak nampak awak."

             Ni yang aku malas layan ni. Main tahan-tahan pulak dia. "Hai. Sorry lah. Saya penat, dah malam ni. Saya pergi dulu." kakiku ingin melangkah. Namun, dia menarik semula tanganku dan menolakku ke dinding kelas. "Ouch!" Pintu kelas ditutup rapat.

            "Ria oh Ria. Sampai hati awak buat tak tahu saja pada saya selama ni. 3 sem dah saya tahan perasaan saya selama ni pada awak, Ria. Boleh pulak awak buat bodoh dengan saya. Saya sukakan awak, Ria. Saya cintakan awak." katanya sambil menggenggam pergelangan tanganku.

            'Sakitlah bodoh.' gumam hatiku.

            "Saya tak suruh awak suka saya pun."

            "Kau memang tempah nahas. Aku cuma nak kau jadi awek aku. Itu saja!" katanya bernada marah.

            "Lepaslah, Lan. Saya nak balik ni. Jangan nak cari pasal dengan saya." bentakku mencuba meleraikan cengkaman tangannya itu.

            "Kalau tak nak?" ku tenung matanya. Geram. Cengkamannya makin kejap.

            "Awak nampak cantik bila marah. Ni yang saya suka ni." suaranya menghampiri pendengaranku. 'Ya Allah, bantulah aku. Aku.. Aku takut.'

            "Izlan! Lepaslah!" aku mahu menggigit tangannya. Dia seperti dapat membaca perbuatanku. Dia menolak dahiku.

            "Hahahaaa.. Kenapa? Nak jerit? Jeritlah sekuat hati. Cuma kita berdua saja ada dalam bangunan ni." katanya benar-benar menyeramkan aku. Aku terkejut saat wajahnya semakin menghampiri wajahku. Gelabah tu jangan cakap lah. Kalau boleh lari pecut, dah lama jantung aku ni lari dulu buat report pada pakcik guard di bawah tu.

            Dia mula menarikku ke tengah kelas. Aku menahan kaki, tidak mahu mengikutinya. Fikiranku ligat berfikir teknik mempertahankan diri yang patut aku lakukan pada lelaki jahat ni.

            Akhirnya, aku teringat teknik yang sir tae kwon do aku pernah ajar dua minggu lepas.

            Aku jerit namanya kuat. Dengan kekuatan tenaga yang aku ada, aku tumbuk mukanya sekuat-kuat hati, tepat kena pada hidungnya. Dia berundur. "Arghh.." katanya memegang hidungnya.

            'Ah! Berdarah. Habislah hidung. Boleh jugak jadi kembar Zizan, rupa ada dah.. Hahahaa.' kutukku dalam hati. Tak cukup dengan tu, aku datang ke depan dia pura-pura berani. "Ambik kau!" aku tendang bahagian sensitif Izlan. Tak sia-sia aku masuk seni bela diri ni. Berguna juga akhirnya.

            'Mengaduh lah kau situ. Dah cakap jangan cari pasal dengan aku, degil!' kataku menjelir padanya.

            Apalagi? Blahlah wei! Pantas aku mengambil buku teks akaun yang terjatuh ke lantai ketika lelaki jahanam tu menarikku. Saat aku buka pintu, aku dengar Izlan memarahiku.

            "Bedebah kau perempuan! Aku akan pastikan tak ada orang yang akan dapat kau selain aku. Jaga kau sial!" jeritnya lantang.

            "Dah sakit pun nak membebel lagi. Baliklah woi, rawat dulu apa-apa yang patut." jawabku sinis.

            Semasa mahu menuruni tangga Blok Pentadbiran, tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang. 'Ah! Bala apa lagi ni?'

            "Cik? Cik okey?" kata jejaka itu prihatin. Aku tertunduk. Takut ketahuan dan ditangkap kerana berdua-duaan dengan Izlan tadi. Aku tak mahu dikahwinkan dnegan lelaki bodoh tu.

            "Eh, Adelia?" macamana dia tahu nama aku? Aku dongak perlahan. Masih takut-takut.

            Buntang mataku melihat gerangan lelaki yang menegurku itu.

            "Err, Iz.. Izzat?" tanyaku tidak pasti.

            "Yes, exactly. Mariam Adelia kan? Lama betul kita tak jumpa kan? Adel buat apa di sini. Ni yang berpeluh-peluh dahi macam nampak hantu ni kenapa?"

            "Err, Izzat. Adel balik dulu ya. Kawan dah lama tunggu kat kafe. Lain kali kita jumpa lagi ya. Bye." kataku tergesa-gesa. Bimbang lelaki keparat tu muncul semula.

            Aku nampak reaksi pelik melekat di wajah Izzat Zuhairi, seniorku semasa aku berada di tingkatan 3 dulu. Rupanya dia pun sambung belajar sama tempat denganku. 'Ah! Biarlah dia. Aku akan pastikan kita takkan berjumpa lagi lepas ni.'


########

            Sudah dua minggu kejadian yang hampir-hampir meragut kesucianku itu berlalu. Sepanjang tempoh itu jugalah tidak pernah sekali pun aku terserempak dengan lelaki jahanam itu dan sudah pastinya aku lega.

             "Kau perasan tak dah lama kan Izlan tak kacau kau. Dia malu kot?" kata Shiela.

             Aku hanya menjungkit bahu. Malas membahas soal itu. Aku meneruskan pembacaan. "Shiela.."

             "Tu, abang tu panggil." Shiela berpaling.

             "Ish, biarlah orang nak bergosip ke mengumpat ke apa. Sibuk saja lah abang tu." rungutnya.

             "Mana dia tak tegur, kau membebel salah tempat wei. Ni library bukan uptown. Kau ni buat lawak pula pagi-pagi ni." sengihku melihat sikap Shiela.

             Aku dah agak dah, tak lama lepas Shiela senyap. Mulalah mulut dia bunyi balik. Eloknya letak budak ni dalam reban, berkawan dengan ayam. Mesti boleh kamcing punya. Hahahaa.

             "Padan muka Izlan kan? Memang patut pun kau reject dia, perangai macam syaitan. Eh, Ria ajar aku ni."

             "Aik? Nak belajar, sempat lagi buat dosa kau ni lah." Shiela tersengih-sengih.

             Selesai membaca soalan, aku selak buku Financial Accounting IV aku yang agak tebal macam kamus Dewan dan Pustaka ini, lalu ku sua pada Shiela. Aku hanya mampu ajar setakat apa yang aku tahu saja.

             "Kau ingat tak cara nak balance akaun ni masa kita Part 3 dulu? Yang Madam Umira ajar dulu? Bila kita nak letak amaun ni dalam akaun yang ni, make sure masuk kat sini amaun yang sama juga. Tapi, jangan..."

             Perbincangan antara aku dan Shiela terganggu. Aku pantang bila tengah belajar ada yang datang mengacau. 'Huhh!'

             "Assalamualaikum. Hai, jumpa lagi kita kan Adel?" Alamak! Kenapa lah mamat ni muncul masa ni pulak. Habislah aku!

             "Waalaikumsalam. Awak kenal Ria ke?" Shiela ramah bertanya. Dia memang pantang nampak lelaki berdahi licin. Eh, ada juga ya lelaki dahi licin?

             Aku hanya tersenyum.

             "Boleh saya duduk sini kejap?" soalnya pada Shiela. Mahu tak dibenarkan lelaki kacak duduk di sebelahnya.

             "Eh, boleh boleh. Silakan." pelawa Shiela. 'Tak malu lah kau Shiela. Kan kita nak belajar ni!' bentakku dalam hati.

             "Ria.. Ria." terasa kakiku disepak. "Ouchh.." mata Shiela memandangku tetapi dijeling ke arah Izzat Zuhairi.

             'Kacau daun la mamat ni.'

             Aku pura-pura senyum, sekadar memaniskan muka. "Ya, Izzat. Kenapa?"

             "Adel, petang ni pukul 5 jom keluar makan. Kebetulan saya tak ada kuliah petang ni." ajaknya.

             "Err, petang?" ku pandang wajah Shiela. "Saya ada discussion dengan kawan. Sorry tak dapat tunaikan permintaan awak."

             "Ria, tak apa. Bisa diatur deh. Lagipun, discussion tu aku dengan kau saja. Aku tak kesah."

             "Mana boleh macam tu, Shiela. Janji tetap janji." protesku.

             Izzat Zuhairi hanya menjadi pendengar setia dari tadi. Muka dia merah, nampak sangat menahan gelak sebab aku berusaha untuk tidak pelawaannya. 'Kalau dah tahu aku tak nak, blahlah!'

             Shiela pun satu, dah aku kata tak nak tu tak nak lah! Nak paksa-paksa pula.

             "Okay, set! Ria jadi keluar petang ni. Pukul 5 kan. Pukul 4.45 datang ambil dia di depan Blok Pentadbiran ya." keputusan Shiela benar-benar menjerut leherku. Sengal kau, Shiela! Jaga kau balik nanti.

             Kakinya di bawah meja ku sepak kuat. Padan muka!

             "Aduh!" kenapa Izzat Zuhairi yang mengaduh? Aku intai ke bawah meja. Benar! Kaki kirinya yang ku sepak. Alamak, ganasnya aku! Ku lihat Shiela pula menahan tawa melihat kegelabahan aku.

             "Eh, maaf. Maaf Izzat. Saya tak sengaja. Maaf, maaf." pintaku seperti pesalah yang bakal dihukum gantung.

             Dia hanya tersenyum menahan sakit. "Ganasnya awak ni, Adel. Tak sangka saya. Okey lah, saya ada meeting ni. Jumpa petang nanti. Bye." ku simpul senyum buatnya.

             Bila pasti Izzat Zuhairi hilang dari pandangan. Wajah hitam manis Shiela ku renung bagai singa betina yang lapar menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Ah kusut!

             "Hehee. Sorry lah, saya bukan along. Saya cuma nak tolong. Aku tengok dia macam budak baik saja. Apa salahnya kau cuba yang ni pula." suaranya bercampur rasa bersalah.

             "Tak perlu kau harapkan apa-apa akan terjadi antara kita orang. Never hope that will be happen." tajam kata-kataku.

             "Bianee." Shiela memohon maaf. Aku tahu bukan salah dia pun, dia cuma nak tolong sebagai sahabat.

########

             "Ria. Macamana date kau tadi? Siapa lelaki itu sebenarnya?" Shiela masih tak serik mahu mencungkil rahsia.

             "Kau ni kan."

             "Takkan dengan aku pun kau nak secret-secret sis? Secret admirer kau ke?" tekanya.

             "Masa sekolah dulu saja." jawabku malas.

             "Hah! Betullah ni? Serius ke dia SA kau? Wah! Dah lah handsome gila, kereta pulak BMW. Wei, jadi menantu orang kaya lah kau kan?"

             "Merepek lah kau. Tu harta mak bapak dia kot. Tak payah nak up-up kan dia pulak. Kau nak kau ambik lah." aku malas mahu melayan. Rimas.

             "Cerita lah sikit macamana kau kenal dengan dia. Kau ni tak sporting la babe. Aku tak pernah berahsia dengan kau pun. Ni kau, tak adillah." rajuk Shiela. Ni yang malas ni.

             Malam itu, segala kisah lama ku bongkar. Selembar cerita Izzat Zuhairi ku rungkai, tetapi tidak semua kerana apa itu rahsia tidak lagi rahsia apabila sudah ada yang mengetahuinya.

########

             "Apa yang tak bolehnya, saya bukan abang kandung awak pun. Tak salah pun kalau awak terima saya jadi boyfriend awak." Izzat Zuhairi masih mahu menang.

             "Tak kisahlah awak nak cakap apa pun, antara kita tak pernah ada jodoh. Awak carilah orang lain yang lebih sesuai." mohonku.

             "Mana awak tahu kita tak ada jodoh? Tu semua rahsia Allah. Jangan disebabkan saya ni jiran terdekat awak, awak tak dapat terima saya Adel."

             "Bukan macam tu. Saya.."

             "Atau sebab awak takut, Zarina akan marah awak sebab awak terima saya?" mungkin itulah salah satu sebabnya.

             "Izz, saya nak ingatkan satu perkara yang mungkin awak lupa atau tak pernah wujud dalam fikiran awak. Saya tak mungkin terima awak sebab saya tahu, kewibawaan dan kredibiliti awak sebagai ketua MPP akan terjejas. Kududukan saya sebagai penolong ketua MPP muda juga akan terjejas. Satu sekolah akan pandang rendah pada kita berdua, saya tak mahu campurkan urusan peribadi dengan urusan kepimpinan dan akademik saya." terangku.

             "So, jangan campurkan."

             "Unless you and me are not Pelajar Harapan sekolah ni." Izzat terdiam.

             "Kita jangan bagitahu oranglah. Kita dengan dunia kita saja lah."

             "Sampai bila kita nak menipu orang? I won't do that. Saya lebih selesa hidup macam ni. Sendiri."

             "Tapi, saya sayang kat awak, Adel."

             "Sayang macam adik?" soalku pantas. "More than that."

             "Tak payah lah. Saya kecil lagi, PMR pun belum lepas. Awak tak payah lah fikir soal nak bercinta-cinta ni. SPM awak pun belum dapat tentukan masa depan awak. Jadi, jangan nak confess kat saya apa-apa pun."

              Aku berpaling ingin pergi. "One more thing, awak akan keluar dari sekolah ni dan mungkin akan diterima belajar kat mana-mana jadi besar kemungkinan jodoh awak ada kat universiti yang bakal awak masuk nanti. Jadi, awak simpanlah kata-kata cinta awak tu untuk dia. Saya tak layak untuk awak sebab saya sekarang hanyalah budak hingusan yang tak tahu apa-apa pasal cinta. Saya minta maaf." kataku sebelum melangkah pergi meninggalkan Izzat Zuhairi petang itu.

             Sejak dari hari itu, dia kerap kali mengelakkan diri daripada bertembung empat mata denganku. 'Aku peduli apa dengan dia.'

             Tamat saja peperiksaan SPM, Izzat Zuhairi sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah. Aku tidak tahu ke mana cuma mak aku beritahu dia pulang ke kampung halaman. Ayahnya dipindahkan bekerja di sana.

########

             "Tak sangka aku kan, kau kenal dengan orang kacak, macho lagi bergaya tu kau tak cerita dengan aku." ujar Shiela senyum-senyum.

             "Buat apa aku nak cerita. Aku pun baru tahu dia belajar sini dua minggu lepas. Aku terserempak dengan dia masa kes Izlan tu lah."

              "Wah! Cinta lama berputik kembali lah. Ni yang syok gila ni. Lepas ni dapatlah aku makan nasi minyak kau cepat-cepat kan?" ku cubit tangan Shiela.

             "Kau ni ganas sangatlah. Kesian laki kau tu nanti. Dahlah hari tu kau sepak kaki dia, tak semenggah betul perangai kau kan. Hahahaa."

             "Banyak lah kau. Aku downward kick kepala kau karang. Jangan menyesal." ugutku.

             "Dah tu, tadi korang jumpa sembang apa? Mesti banyak cerita kan? Kongsi lah dengan aku."

             "Banyak apanya? Aku dengar saja dia yang cerita, aku malas nak buka mulut. Aku pun baru tahu dia tengah sambung degree kat UiTM KB. Dia ambil course Business Studies."

             "Dah tu dia buat apa kat sini. Jangan cakap cari kau pulak?"

             "Ah kau! Merepek. Dia ada meeting la dengan students sini. Ada program kat PCB."

             "Eh, PCB?" aku mengangguk.

             "Program Simpulan Kasih, Tautan Sayang yang kau dengan kelab Peers buat tu ke? Khamis depan kan?" pertanyaan Shiela mengejutkan aku. Mana taknya, aku baru teringat tarikh program yang bakal kelab Peers buat sama tarikh dengan tarikh program Izzat Zuhairi.

             "Erk? Aku baru perasan lah Shiela. Entah-entah memang program yang sama kot?" aku geleng-geleng kepala. "Harap-harap tak."

             "Kalau ya?" Shiela mengusul pertanyaan lagi. "Matilah aku macam ni. Kena hadap muka dia selama 3 hari tu nanti."

              "Okey lah tu. Dapat mengeratkan silaturrahim antara korang. Kot-kot lah balik nanti ada bibit-bibit asmara timbul ke kan?" aku campak sebiji bantal kecil ke muka Shiela. Dia mengelak pantas. "Werk.."

             "Dahlah tak boleh cancel. Aku pula Bendahari program tu. Macam manalah aku boleh tak perasan dari petang tadi. Ish!" ujarku sambil menepuk dahi.

             "Bersiap-sedialah kau. Hahahaaa." sengaja Shiela menakut-nakutkan aku. "Tak ada maknanya, wei." bangkangku menolak kemungkinan yang Shiela katakan tadi.

########

             Perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan yang memakan masa satu jam dua puluh minit itu benar-benar mengundang debaran dalam hati. Sudahlah semasa mahu menaiki bas, aku ditahan oleh Izzat. Semua mata memandang kami dan di dalam bas juga aku dipaksa duduk bersebelahan dengannya.

             Memang cari nahas lah mamat ni. Sebal!

             Semasa di PCB, semua aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Pelbagai game dilakukan dan respons daripada ahli-ahli baru sangat menggalakkan. Program simpulan kasih tautan sayang ini dianjurkan bagi membantu ahli-ahli baru mengenali abang dan kakak senior dalam kelab Peers selain dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli Peers.

             Sedangkan semua ahli gembira bermain game yang dijalankan, manakala aku geram menahan rasa. Di mana ada aku, di situ ada Izzat. Aku juga tidak terkejut lah dengan kehadiran Izhan di situ kerana dia memang ahli lama kelab Peers.

            Aku tak tergugat langsung dengan kehadiran dia, walau macam mana sekalipun aku tetap merasa takut. Iya lah, bukan mudah nak lupakan peristiwa menggerunkan yang pernah terjadi dulu!

              Program dijalankan sehingga aktiviti terakhir pada hari yang ketiga. Ketika semua peserta sedang leka bergembira bermain permainan buih hujan dan belon sabun, hujan turun renyai-renyai. Aku menyusup keluar dari kepompong mereka yang sedang bergembira. Sebelum pergi, aku sempat beritahu pada Farzana dan Dewi bahawa aku duduk di khemah yang berada agak jauh dari tempat yang bising itu. Aku memberi alasan pening dan mereka faham. Aku menolak pelawaan mereka berdua untuk menghantarku ke khemah.

             Aku berseorangan kembali ke khemah perempuan. Mujur unggun api masih hidup. Tiba-tiba seseorang menyergahku dari belakang.

             "Arghh!" mulutku ditekup kuat. "Janganlah jerit. Ni sayalah, Izzat."

             Aku berhenti menjerit. Kus semangat betullah! "Yang awak sergah saya kenapa?" marahku.

             "Saja nak kacau awak. Suka sangat larikan diri dari saya. Kan dah dapat. Tak takut ke sorang-sorang dalam gelap ni."

             "Selagi awak tak kacau saya, saya tak takut. Kenapa tak join dia orang?"

             Izzat Zuhairi bersin tiba-tiba. Aik? Demam ke budak ni?

             "Sorry. Apa tadi?"

             "Tak.. Tak ada apa. Awak demam ke?" dia menggeleng.

             "Saya rasa awak demam ni. Since semalam kan awak pakai sweater?" aku mencuba merasa dahinya samada panas atau tidak. Ya! Sangat panas.

             "Dah tau demam buat apa join aktiviti, rehatlah dulu sampai sihat."

             "Tak nak. Saya nak dekat dengan awak. Saya dah lama rindu awak, saya selalu doa saya dapat jumpa awak balik. Sekarang baru Tuhan makbulkan doa-doa saya." ujarnya sambil mata terkatup.

             "Awak tak sihat ni. Jangan merepek dah. Awak tunggu sini, saya pergi panggil Abang Faisal." kataku sambil bangun. Namun, tanganku ditarik. Aku terduduk semula.

             Dia memandangku. Dup dap dup dap. Oh! Janganlah kau berdegup kencang, wahai jantungku sayang.

             Tiba-tiba, kami didatangi beberapa orang lelaki. Aku terpana.

             Dalam kesamaran cahaya unggun api, aku tak dapat mengenali lelaki-lelaki itu namun aku pasti suara yang ku dengar itu adalah suara Izlan. "Diorang ni ustaz, diorang memang dah lama buat kerja-kerja tak senonoh ni ustaz. Diorang berdua yang..." kemudian, tiada satu butir bicara pun yang singgah dalam pendengaranku.

########

             Sudah 2 bulan kejadian memalukan itu berlalu. Aku ditangkap basah dengan lelaki yang pernah menjadi peminat rahsiaku sewaktu sekolah dulu. Memang tak sangka begitu lama Izzat Zuhairi menyimpan perasaannya sehingga kami dipertemukan semula.

             5 tahun! Jangka masa yang agak singkat namun cukup lama baginya menutup pintu hatinya untuk gadis lain menembusinya. Hanya dibuka istimewa buat gadis bernama Mariam Adelia, iaitu aku.

             Walaupun aku dan dia sudah bergelar suami isteri yang sah, namun bagi aku tiada istilah suami dan isteri dalam kamus hidup aku. Seperti biasanya juga, aku masih merasakan hidup sendiri walaupun sudah 2 bulan aku menetap dengan Izzat Zuhairi di rumahnya. Meskipun pada awalnya, aku marah pada dia sebab tidak melarang perkahwinan memalukan ini, namun akal suciku melarang membencinya. Ini semua bukan salah dia, tetapi salah Izlan yang mahu membalas dendam padaku.

             Baru ku tahu bahawa suamiku ini ahli perniagaan yang masih menyambung pelajaran. Jadi, tidak hairanlah dia datang kuliah menaiki kereta mewah. Semewah-mewah laki aku ni, atas usaha dia sendiri. Menyesal aku kecam dia dulu, biasalah mulut manusia mana boleh tutup, kan?

             "Adel, sinilah. Jomlah tengok tv sekali." aku diam.

             "Adel.. Adel!" terhinggut bahuku mendengar jeritannya. Aku menjelingnya.

             "Tak sah ya kalau sehari tak buat orang sakit jantung?" "Tak." balasnya pendek.

             "Menyampah." ku buat muncung itik. Muncung paling comel kurasakan.

             "Tak elok menyampah-nyampah dekat suami. Nanti tidur, angau macam mana?"

             "Siapa yang angau siapa ni hah? Cakap sikit." mataku masih menatap buku Costing System and Planning.

             "Sayang, sudah-sudah lah tu study. Temanlah abang tengok tv ni haa.. Bosanlah tengok sorang-sorang." ajaknya.

              Aku menggeleng. "Awak tu memang lah senang, tak ada kuliah, tak ada final exam sebab budak degree tengah cuti. Saya ni haa.. Tengah pulun nak final exam. Sedap-sedap dia saja suruh orang berhenti. Kalau fail, tak dapat dekan lagi macam mana?" soalku.

             "Apa susah? Sayang kan dah kahwin dengan lelaki berkerjaya. Minta saja lah duit dari dia. Dia mesti bagi punya, duit dia lebih dari cukup nak tanggung sayang seorang. Kerja senang saja, jaga makan pakai dia, jaga perut dia, jaga hati dia dan paling senang jaga anak-anak dia."

             "Aik? Anak kucing ke? Jaga seekor dapat berapa juta?" gurauku.

             "Anak kita lah, sayang. Ni nak marah ni." katanya sambil menutup tv.

             "Jomlah.." Dia menarik bukuku dan menutupnya. Aku pelik dan pelik lagi bila kaca mataku ditarik perlahan.

             "Nak pergi mana?"

             "Dah malam lah, masa untuk tidur. Kucing jantan mengiau dah tu. Tak dengar ke?" langkahku terhenti dari membuntutinya. Kucing mengiau?

             "Tak dengar pun." dahiku berkerut memandang dia.

             Dia hanya tersenyum. Masa seakan berhenti, bila masing-masing senyap menanti bicara satu sama lain. Aku terasa bagai di awangan tatkala dia mengangkatku ke atas katil peraduan kami.

             "Ni dia kucing jantannya. Dia tak mengiau, mengaum saja. Hahahaa.." katanya kuat sambil menggeletek pinggangku.

             Aku menggeliat menahan kegelian, habis terencat segala saraf-sarafku. Nakal punya suami. Hish! Suami siapa lah ni.. Baru kini dapat aku rasakan kewujudan cinta dan kehangatan asmara milik Mariam Adelia yang selama ini tersimpan rapi dalam diri.

             Rupanya lelaki yang ku tolak 5 tahun dulu adalah lelaki yang telah ditakdirkan menjadi pasangan hidupku demi mengisi ruang-ruang kosong dalam lubang-lubang kehidupanku ini. Kini, aku yakin dan benar-benar pasti bahawa cinta itu mengasyikkan dan aku berani katakan jangan pernah menolak cinta kerana cinta itu sentiasa ada untukmu.

Jangan pernah menafikan kehadiran cinta kerana setiap manusia telah dikurniakan perasaan cinta dalam diri masing-masing dan setiap manusia telah diciptakan berpasang-pasangan. Janganlah sesekali kamu menolak nikmat perasaan yang dikurniakan. Bukalah hati kamu dan terimalah pasangan seadanya kerana itulah takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.-irasy nawwarah-

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~TAMAT~
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Andai jodoh kita sudah tersurat di sana
Suatu saat nanti kita pasti bersama
Andai cinta kita sudah ditentukan
Sampai masa cinta kita pasti akan disatukan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Mariam Adelia - Keadilan kita
--> Izzat Zuhairi - Kemuliaan yang berseri

6 comments:

Nik Ainaa said...

best lah... :) hehe

Unknown said...

ina aina : syukran. masih byk yg perlu ditingkatkan bena ni .. :D

Ria Natsumi said...

kenapa pilih nama mariam??Adessss...tapi citer ni best juga...

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

suka ayat2 yang bawah sekali tu ♥

Unknown said...

kak ria : mgkin same mcm name akak kott ? ehheeerrr :D

Unknown said...

liya : akak liya suka ayat tu ? copyright kot .. hehehee