CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Saturday, April 21, 2012

Akhirnya Aku Kahwin !

            "Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang, barulah terasa ku bernyawa, kasihku ku amat mencintai kamu.." lirik lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain bermain di bibirku.

            Sambil jari jemari halusku melilitkan selendang warna biru laut di kepala, bibirku tidak lekang dari senyuman. Alangkah indahnya dunia dihiasi dengan keindahan cinta, disisipkan kerinduan, sayang yang tersimpul antara dua jiwa.

            Bedak muka kuoles nipis ke pipi. Lesung pipitku jelas kelihatan apabila senyumanku menghiasi wajah yang agak kuning langsat. "Hoi! Berangan tak ingat dunia tu." teman serumahku menjerkah. Senyumanku mati. Habis terbang semangatku, kacau daun betullah Nai ni.

            "Kau memang tak beragak kan Nai. Kalau aku jalan dulu macamana? Ish." Aku sengaja pura-pura marah. Nak tutup malu sebenarnya, mesti Nai intai aku sejak dari awal aku bersiap.

            "Tak sempat dating lah maksudnya." usik Naimah yang lebih mesra dipanggil Nai.

            "Banyak lah kau. Busuk punya olang."

            "Aik? Aku pulak busuk. Yela yela, kau aje busuk, aku yang wangi gila." aku tersenyum dengan gurauannya.Banyak cantik muka kau aku yang busuk.

            "Nau, nak tanya sikit. Sure ke ni korang dah berbaik? Tak ada gaduh-gaduh lagi macam dulu?" dahi Naimah berkerut menunjukkan tanda ragu-ragu. Tanganku terhenti dari membetulkan letak bahu bajuku. Kenapa Naimah tanya soalan sebegitu?

            "Ada nampak macam kitorang gaduh ke?" tanyaku.

            "Tak lah. Cuma aku musykil je dengan korang ni. Dah berapa kali berselisih faham. Dah tu, baik balik. Kau tau tak yang kau ni lembut hati sangat. Senang dia nak pijak kepala kau tau. Tak faham betul aku lah dengan pendirian kau ni." rungut Nia. Aku bukan apa, memang sejujurnya aku pun penat jugak cuma kalau dah sayang memang aku sanggup buat apa saja.

            "Ala, kau Nia. Macam tak kenal aku je kan. Okey lah, dah lambat ni. Nanti lama pula Zarif tunggu aku. Lagipun, dia cakap semalam dia ada hal penting nak bagitahu aku."

            "Good news or bad news ni?"

            "Tak pasti. But, I'm sure that news are good. I hope so. Doa for me okay Nai." kataku sambil mengaminkan doa. 'Mungkin dia rindu aku kot. Apa nak rindunya, minggu depan kita kahwin jugak. Tak sabar betul.' hati aku masih bernyanyi-nyanyi gembira.

            Naimah menepuk bahuku tika aku melintasinya. "Good luck." As a goodluck wish from a best friend and maybe from an older sister. Nai seorang yang sangat prihatin dengan kehidupan dan kebahagiaan aku, aku dapat rasakan kehangatan dan kasih sayang seorang kakak setelah kakak sulung kesayanganku meninggal dunia 11 tahun lepas ketika aku masih berumur 10 tahun.

########
            "Hai, Zarif. Lama tunggu?" tanyaku. Muka Zarif nampak mendung petang itu.

            "Oh, hai. Nope. Saya pun baru sampai. Anyway, apa kata awak order dulu minuman. Mesti penat kan." katanya sambil melambai kepada pelayan restoran itu untuk membuat tempahan.

            "Dah lama tak dengar khabar awak? Lamanya awak outstation, sampai 2 minggu. Mesti awak sibuk sangat kan kat Pangkor tu, sampai tak sempat nak buat satu call pun kat saya kan?" rajukku. Mana taknya, dua minggu nak pergi outstation tak bagitahu dulu, sampai sana pun tak call bagitahu khabar pun apatah lagi. Sampaikan aku rasa macam aku ni bukan lagi tunang dia.

            Zarif menyedut jus orennya sebelum menjawab persoalan aku. Tak pernah-pernah dia bersikap sebegini. Something wrong somewhere ni.

            "Em.. Sorry Naura. Saya terlupa." What's going on here? Zarif lupa?

            "Okey. Awak terlupa? What's your mean by 'terlupa' here? Awak lupa saya atau lupa nak call saya?" hatiku sudah tidak segementar seperti awal tadi. Tapi, kini hatiku rasa sedikit panas. Zarif masih lagi memandang gelas jus orennya. Dia diam tanpa kata. Nampaknya seperti ada yang disembunyikan.

            Mataku melilau ke arah sekeliling. Hatiku terusik bila ada sepasang couple bergurau-senda, saling menyuapkan makanan. Alangkah indahnya jika aku juga begitu. Baru aku perasan, ada segelas air teh lemon ais yang masih penuh di atas meja bersebelahan kerusi Zarif. Ada orang duduk situ ke tadi? Takkan Zarif minum dua-dua gelas air tu? Persoalan demi persoalan bertimbun di benakku.

            "Kenapa awak senyap? Ke memang awak nak jawab both? Kalau boleh saya tau, gelas tu siapa punya? Takkan awak pulak?" kataku memuncungkan bibir ke arah air si sebelahnya itu.

            Tiada reaksi di wajahnya.

            "Saya minta awak datang sini sebab ada perkara saya nak bagitahu awak. Saya harap awak sedia mendengarnya." kata-kata Zarif benar-benar mempermainkan hati aku.

            "Awak nak bagitahu apa? Berita baik ke bur.." belum sempat kuhabiskan ayat, seorang perempuan yang agak 'umpph' datang menegur. Lalu, dia duduk di sebelah Zarif. Lidahku kelu bila melihat perempuan tak tahu malu tu pegang lengan Zarif.

            'Hoi perempuan! Yang kau pegang tu tangan bakal laki aku lah bengong!' jerit hatiku. Aku mengintai reaksi di wajah Zarif. Huhh! Siap balas-balas senyum pulak. Panasnya hati aku!

            "Kenalkan ni Linda. Linda, ni lah Naura. Naura Irdina." Zarif memperkenalkan. 'Sayang, aku tak berminat. Aku sedia menghadiahkan senyuman paksa, khas buat kau perempuan tak malu! Kau tak tahu ke aku ni tunang dia, bodoh!' geram hatiku melihat sandiwara kasih sayang dua malaun depan mata aku ni.

            "Zarif, apa semua ni?" soalku sambil mengetap gigi. Dia betul-betul menguji kesabaran aku.

            "Naura, ni lah beritanya." katanya sambil tersengih. Amboi! Siap main tampar-tampar pipi lagi. Teringin makan pelempang aku ke dua-dua ni? Ni kalau aku lempang betul-betul, naya korang tak boleh bercakap 7 hari 7 malam tau!

            "Berita apa yang awak nak cakap?" kataku menahan rasa.

            "Sebenarnya, saya dah ada calon saya sendiri. Saya rasa kita patut batalkan pertunangan ni." aku terpanar.

            Benarkah apa yang aku dengar ni? Batal? Pertunangan?

            "A.. Apa maksud awak?"

            "Saya dah bincang dengan keluarga saya. Walaupun diorang tak setuju, saya tetap nak teruskan perancangan saya dengan keluarga Linda. Kami dah rancang nak kahwin. Saya.."
           
            Aku cuba menahan air mata dari mengalir. Tidak mahu nampak seperti aku wanita lemah. Tidak sesekali. "Kenapa awak buat saya macam ni?" tanyaku meminta kepastian.

            "Sebab saya rasa Linda jodoh saya. Bukan awak. Saya dengan awak tak ada keserasian. Maafkan saya. Saya dah fikir masak-masak, saya tetap dengan keputusan ni." terangnya.

            "Zarif, kenapa awak buat keputusan ni tak tanya pendapat saya dulu? Kenapa awak tak pernah fikir tentang perasaan saya?" suaraku mula bergetar.

            "Sebab saya tahu awak takkan dapat terima keputusan saya. Jadi, saya minta maaf. Keputusan saya muktamad."

             Hati aku sakit saat ini. Benar-benar sakit. Sampai hati Zarif meminggirkan hak aku sebagai tunangnya.

            "Jadi.. Jadi selama ni awak lihat saya sebagai apa? Saya tunang awak, Zarif. Mana hak saya sebagai tunang awak? Dah 6 bulan kita bertunang kenapa baru sekarang awak cakap antara kita tak ade keserasian? Jadi macamana dengan pernikahan kita minggu depan?"

             "Mungkin sebab awak bukan Linda. Sebab awak selalu sibuk dengan kerja awak sampai tak dapat penuhkan permintaan saya." kata-kata Zarif benar-benar mengundang pilu dalam hatiku.

             "Anyway, pasal pernikahan tu saya akan tetap teruskan tetapi dengan pengantin perempuan yang pastinya bukan awak. But, Linda. Saya tak kesah tentang perancangan keluarga awak pasal ni either you want to cancel it or what. I don't care, that's your problem."

            "Nampaknya awak lepas tangan dengan perkara besar macam ni. Baik, kalau ini yang awak nak. Saya minta maaf kalau selama ni saya tak dapat jalankan tugas saya sebagai tunang awak dengan baik. Saya tahu kekurangan saya. Jika ini yang awak mahukan, saya lepaskan awak dengan rela. Berbahagialah awak dengan bakal isteri awak." aku berdiri dan berniat mahu keluar dari situ.

            "And for Linda, jagalah hati bakal suami awak ni baik-baik supaya tidak dirampas oleh mana-mana wanita kat luar sana. Jangan menyesal macam saya." mataku memandang wanita bernama Linda itu dengan pandangan lesu. Pelbagai rasa dalam hati ini tak mampu kugambarkan. Sedih, sakit, geram, marah, benci semua sebati dalam hati. "Semoga berbahagia di atas kekecewaan wanita lain." bisikku perlahan pada Linda.

            Belum sempat aku menapak pergi, sekeping kad kecil dihulur padaku oleh Linda. Kad kahwin! Ku belek empunya kad itu. Benar. Itulah kad kahwin mereka berdua.

             "Untuk you Naura. Datang jangan tak datang." kulihat mata Linda sedalamnya. Sinis dan penuh egois.

            Aku berjalan meninggalkan restoran itu dengan perasaan yang bercampur. Rupanya kegembiraan yang aku kecapi pagi tadi tak bertahan lama. Kata orang, jangan terlalu gembira kerana akan adanya kesedihan di sebalik kegembiraan itu. Dan aku kini mengalaminya.

             Kakiku terasa berat mahu melangkah ke mana-mana. Andai saja aku bukan Naura Irdina, pasti aku bukan di sini. Meratapi nasib diri, menangisi takdir hidup ni.

             'Ya Allah, tabahkan hati hambaMu yang lemah ini. Sesungguhnya kekecewaan dalam perpisahan ini benar-benar menguji sayang dan cintaku padaMu, Ya Illahi. Berikan kecekalan dan kekuatan untuk diriku dalam mengharungi cabaran dalam hidup aku di setiap detik dalam hidupku ini. Amin.' aku dapat rasakan kepalaku berat akibat menangis saja sejak keluar dari Restoran Alam Mega tadi.

########

             Aku sendiri sudah buntu dengan perasaan sendiri. Kenapa harus berakhir seperti ini?

             Kakiku kepenatan. Hari ini aku berjalan tanpa halu tujuan, semua gara-gara keputusan Zarif Aizad. Dan akhirnya, hatiku memutuskan untuk berehat sebentar di taman permainan berdekatan dengan taman perumahanku. Terasa ingin menjerit sepuas-puasnya, namun akalku menghalang keras.    

             Sudah lencun sapu tanganku dibasahi air mata yang tidak berhenti mengalir dari tadi. Kuperhatikan cincin tunang kami. Lantas, kutarik perlahan. "Selama ni hati kau aku jaga, rupanya ini balasan pada setiaku. Tak ade apa yang perlu disimpan lagi, kau hanyalah masa silamku yang penuh dengan kecewa." kucium cincin itu buat kali terakhir lalu ku campak sejauhnya. Puas!

             Air mataku mengalir lagi. 'Ah! Lemahnya aku dengan cinta duniawi, Ya Allah.' hatiku merintih sedih. Memohon kekuatan dari Yang Esa.

             "Assalamualaikum. Cik okay?" aku tersentak.

             Aku masih lagi tertunduk sambil mengesat saki-baki air mata. Malu dilihat orang. "Err. Waalaikumsalam. Saya okay je. Tak ada ape." balasku.

             "Cik pasti?" mahu saja kulihat gerangan lelaki yang penyibuk itu namun tak terlunas. Mataku sembab, mana mungkin aku tengok lelaki tu.

             "Cik? Cik?" aku tak punya pilihan lain. "Saya okay lah. Don't worry." kataku sambil mendongakkan kepala. Gulp! Hakeem!

             "Hehee.. Apasal ni Nau? Yang pasti bukan small bad chemical masuk mata lagi kan?" guraunya.

             Aku paksa bibirku untuk tersenyum. "Kalau tak nak senyum tak payah lah. Aku tak nak senyum paksa kau tu. Nah, release tension." senyumku mati. Ku sambut huluran itu.

             "Pistachio Almond lagi?" kutenung dalam matanya.

             "Of course. Makan lah ais krim tu. Nanti cair tak boleh makan dah." katanya sambil membuka pembalut ais krimnya. Aik? Pistachio Almond jugak?

             "Sejak bila kau pandai makan ais krim ni? Bukan dulu kau tak suka makan ais krim yang ada kacang-kacang ni ke?" terimbau kenangan sewaktu kecil bersama lelaki ini, Hafiz Hakeem. Seorang budak yang tak suka pada badam, kacang hazel dan yang sewaktu dengannya, tetapi kini?

             "Sejak aku tahu kau suka ais krim ni lah aku cuba belajar makan jugak. Tak sangka sedap jugak sebenarnya kan? Rugi betul aku kan." dia tergelak sendiri. Aku pun ikut gelak.

             "Kau ingat tak sebab ais krim ni aku kenal kau, sebab ais krim ni kita gaduh dulu, sebab ais krim ni juga kita kawan kan? Kau ing.." fikiranku tidak lagi bersama Hakeem tetapi jauh menerawang entah ke mana. Aku sendiri tak pasti.

             Mataku terkebil-kebil memandang Hakeem selepas disergah lelaki itu. Benar-benar bikin jantung aku berhenti berdegup la mamat ni!

             "Kau apahal, Keem?" mataku masih melekat pada mata lelaki itu.

             "Patutnya aku yang tanya kau. Kau apasal? Mata sembab kanan kiri. Kau menangis lagi ke?"

             "Oh, small bad.." jemariku dipegang Hakeem. "No no no.. Always the same reason since we're in kindergarten. Boring lah."

             Aku menarik tangan kiriku yang digenggam Hakeem kasar. "Jangan suka-suka hati aje pegang tangan aku." marahku.

             "Sorry. Aku tak sangka kau dah berubah sekarang. Aku lagi suka kau macam ni. So, how's your life? Your fiancee? Or may I call him 'the bad ex-fiancee?' May I?"

             Dahiku berkerut memandang dia. Benarkah apa yang aku dengar ni?

             "Mana kau tahu?"

             "Aku skodeng kau." jawabnya selamba badak.

             "Hah?!"

             "Ha'ah. Skodeng kau. Tak percaya?" biar betul dia ni?

             "Sejak bila kau buat kerja tak senonoh ni?" tanyaku sinis.

             "Sejak kecik lah." kau memang penipu! "Ah! Kau! Dah dah lah tu menipunya. Aku nak balik dah ni."

             "Ala, rilex lah kejap. Sembang lah dulu dengan aku. Dah lama aku tak berbual kosong dengan kau. Amacam story kau dengan siapa tu? Zaril? Zarif?"

             "Tak ada apa-apa. Kitorang macam biasa aje." dalihku.

             "Oh I see. May I ask you, siapa yang duduk sebelah lelaki tu tadi?" kening Hakeem diangkat sebelah.

             "Mana kau tahu?" soalku tak sabar.

             "Kan aku dah cakap aku skodeng kau. Tak nak percaya." usikannya tak kena dengan mood aku. Ada yang balik rumah mata macam panda jugak karang! kujeling Hakeem dengan perasaan sebal.

             "Kau dengan dia? Putus tunang ke?" tangan kanan ku genggam kuat. Siap-sedia. "Bukan masalah kau pun."

             "Sure lah masalah aku jugak pompuan. Kau tu bestfriend dunia akhirat aku tau." bibirku tak mampu membalas. Baru 30 minit yang lalu semua kejadian berlaku. Masa begitu pantas berlalu.

             "Sebenarnya tadi kebetulan aje lah Nau. Aku baru balik meeting dengan clients. Kebetulan dah habis meeting tu aku baru nampak kau tengah berbual dengan tunang kau tu. Aku nak dengar juga so, aku tukar tempat duduk belakang kau. Nasib baik kau tak perasan aku."

             "So, kau dah dengar semuanya?" Hakeem mengangguk.

             "Kalau ikut perancangan, betullah kau nak kahwin minggu depan?" giliran aku pula mengangguk mengiyakan.

             "Preparation macamana? Settle dah ke?"

             "Almost done. Mak bapak aku tak nak tangguh-tangguh buat persiapan. Kesian mak aku, dah lama dia teringin nak tengok aku kahwin. Tapi, last-last minute jadi gini. Macamana aku nak bagitahu mak aku ni, Keem? Aku takut nak kecewakan diorang." mataku yang sembab menyukarkan aku melihat Hakeem dengan jelas. Sengaja aku mengelipkan mataku berkali-kali bagi memudahkan penglihatan aku semula.

             "Macamana dengan pihak belah dia?" aku berfikir sejenak. "Aku pun tak sure. Cuma dia kata dia akan tetap teruskan pernikahan tapi.. bukan dengan aku." ada getaran dalam suaraku.

              Hakeem terdiam memikirkan solusi masalah aku. 'Kau memang betul-betul sahabat dunia akhirat aku lah bro. Sanggup sama-sama fikir masalah aku. Hebat kau. Hehehee' pujiku dalam hati.

             "If dia boleh buat. Kenapa kau tak?" penyelesaian yang pelik di situ.

             "Maksud kau? Kau merepek ape Keem? Hehee. Aku tak faham lah." aku tersengih.

             Hakeem menepuk kuat dahinya. Mulutnya terkumat-kamit. 'Hai, nak cakap pun payah ke? Sampai nak baca jampi serapah bagai?'

             "Kau ni.. Lampi lah!" sengaja ku jeling Hakeem, perkataan LAMPI jugak kau hadiahkan kat aku. Kau lah LAMPI! Ya, lampi singkatan untuk lambat pick up. Aku tak suka digelar lampi sebab aku rasa itu satu penghinaan bagi aku.

             "Gini. Kalau dia boleh kahwin dengan orang lain. Kau pun boleh kahwin jugak dengan orang lain."

              "Siapa lah yang nak kahwin dengan aku?" bodoh betul pertanyaan aku.

              "Aku kan ada. Kalau kau sudi, aku sanggup aje." jawapan berani maut tu!

             "Hah? Kau gila ke ape hoi! Sally kau macamana? Tak nak aku." bibirku mempamerkan muncung itik tanda protes.

             "Apsal tak nak? Aku hot ape, ada rupa juga. Zarif tu pun kalah tau. Pasal Sally no hal lah." cebirku. Sengaja nak up-up lah tu. Benci kau!

             "No hal kau cakap? Aku tak nak tempah masalah baru. Aku surrender. Tak nak aku kahwin dengan mamat perasan macam kau. Malang hidup aku nanti." kataku sambil menjilat lagi ais krim di tangan. Tahu-tahu saja Hakeem ni pasal ais krim kegemaran aku ni.

             "Terpulang lah kat kau. Aku cuma bagi cadangan. Lagipun, kalau kau nak tahu, Linda tu ex-girlfriend kawan aku. Kawan aku meroyan sekarang sebab perempuan tu tinggalkan dia. Memang tak ada hati perut langsung." Linda? Mungkin tak dia akan buat macam tu kat Zarif?

             "Kalau macam tu, Zarif dalam bahaya lah sekarang? Apa aku nak buat ni?" hatiku gelisah.

             Hakeem kelihatan fed up. Dia menarik bahuku agar berhadapan dengan dia. "Kau jangan jadi bodoh sebab lelaki macam tu. Aku sanggup tolong kau ni, kau tak nak tolong diri sendiri ke? Fikir guna otak, jangan guna hati. Kalau kau sedia, aku sangat berterima kasih kat kau. Sekarang kau cuma perlu angguk tanda setuju aje, yang lain kau tak payah fikir."

             "Tapi, mak aku macamana?"

             "Jangan risau. Aku boleh settle-kan semua tu. Kau setuju atau tak?" aku berfikir sekali lagi. Benarkah ini keputusan yang tepat dalam hidupku? 'Ya Allah, apakah ini jalan hidupku yang telah kau aturkan? Apakah ini benar-benar yang terbaik buat aku, Ya Allah? Ku berharap andai ini benar-benar takdir yang kau aturkan untukku, aku terima dengan redha, keranaMu. Amin.'

             Aku mengangguk setuju. Mata Hakeem kulihat ada aura bahagia. Apa benar ini keputusanku? Yang tidak akan merosakkan takdir bahagia dua insan?

             "Yang kau happy macam menang loteri apahal? Ingat eh, ni kahwin bukan sebab aku suka kau. Ni kahwin terdesak tau. Jangan nak feeling lebih-lebih pulak."

             Hakeem tersengih macam kerang busuk.

########
             Seminggu berlalu.

             "Esok dah majlis, Hakeem tak inform apa-apa pun. Risau jugak aku ni Nai." aku gelisah.

             "Haih, korang ni. Apa kata kau balik kampung je terus. Kan senang." cadang Naimah.

             "Aku risau ni. Takut Hakeem lupa plan kitorang. Nanti majlis tu kena cancel last minute pulak. Habislah aku macam ni."

             "Janganlah fikir negatif. Kau tunggu aje budak tu call, aku kenallah budak tu macamana."

             "Mana aku tak risau kalau..." telefonku menjerit minta diangkat. Salam bersambut.

             "Ya mak? Kenapa?"

             Suara mak kedengaran marah-marah. "Adik kat mana sekarang? Kenapa tak sampai-sampai rumah lagi ni? Esok kan majlis nikahnya. Bila nak balik ni? Ayah kamu tu dah risau dah."

             "Err, mak.. Adik dah.." jawabku ragu-ragu.

             "Dah! Tak ada alasan. Mak tahu malam ni jugak sampai rumah! Assalamualaikum." kus semangat dengar jeritan mak.

             Lantas kudail telefon Hakeem. Sejak dari pagi ditutup. Arghh! Mana perginya mamat ni? Saja cari masalah dengan aku!

             Malam itu juga aku putuskan untuk pulang ke kampung. Esok pagi majlis, malam ni aku harus batalkan majlis pernikahan esok. Aku harus berterus-terang dengan mak tentang pertunangan yang putus di tengah jalan ini. Aku harus!

########

             Perjalanan yang memakan masa selama 5 jam itu benar-benar buat aku rasa tertekan. Hakeem penipu besar! Aku benci kau Hakeem!

             Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Yang pasti di mana semua sedang enak dibuai mimpi, manakala aku sendiri masih berjaga memikirkan masalah yang bakal aku hadapi pagi ni. Bila difikirkan kembali, menyesal aku turuti kemahuan Hakeem. Nak kahwin dengan aku konon, tak sanggup cakap aje lah dari awal. Arghhh!

             Pagi itu, aku terjaga dari tidur sebab kedengaran pintu bilikku diketuk kuat. Huaarghh! Mengganggu tidur orang betullah.

             Mata yang masih terpejam, kutenyeh perlahan. Ku buka pintu bilik, pantas mak menarik tanganku kuat masuk ke dalam bilik kembali. "Apsal ni mak? Garang semacam ni?" tanyaku malas.

             "Hish! Budak ni. Dah nak jadi bini orang pun perangai tak berubah. Pergi mandi cepat!" perintah mak lantang. Bahuku ditolak.

             "Apa mak ni. Adik tak boleh kahwin lah." mataku masih terkatup.

             "Apa yang tak boleh kahwinnya budak ni? Habis tu yang Zarif datang tu buat apa?" mataku buntang melihat mak. Aku salah dengar ke? Za.. Zarif?

             "Zarif jadi kahwin dengan adik ke mak?" bahu mak kugoncang. Masih tidak percaya.

             Mak tidak menjawab persoalanku malah bahuku lagi ditolak kasar oleh mak menuju ke bilik air. Dalam bilik air, hatiku bernyanyi girang. Nasib kau lah Hakeem, tipu aku lagi. Kan Zarif yang akan jadi laki aku nanti. Hahahaa.

             Aku keluar lalu memakai pakaian pengantin yang mak letakkan atas katilku. Aku sarung lembut pakaian berwarna hijau daun pisang itu ke tubuh kecilku. Muat-muat. Aku pelik, kenapa Zarif pilih baju warna hijau daun pisang? Bukan dulu dalam perbincangan dia kata nak pakai baju pengantin warna ungu ke? Ah! Biarlah. Apa pun keputusan Zarif aku terima.

             Dan kini aku diandam oleh Kak Zatie, tukang andam yang terkenal di kampung aku. Hasil sentuhannya mampu mengubah wajah seperti Ugly Betty kepada Angelina Jolie. Wow! Hebatkan Kak Zatie. Namun, aku cuma mahukan solekan yang tidak terlampau sarat, aku rimas. Dia faham dan hanya menyolekku sekadar apa adanya. Katanya, aku sudah cukup cantik dan tidak perlu disolek. Natural beauty lah katakan. Hehehh.. Aku juga tak perlu pakai blusher, pipiku dah cukup merah menahan malu kerana dipuji sebegitu.

             Kak Zatie ketawa melihat aku yang tertunduk menahan malu. "Hahaa. Pengantin kita malu-malu pulak dah. Abang sayang awak tu dah tunggu kat masjid dah tau. Awak ni lah lambat sangat." aku terpanar.

             Zarif dah sampai masjid tapi tak mesej aku pun? Pelik. Takkan nak buat surprise pulak kot?

             Semasa perjalanan ke masjid, hatiku tak henti-henti berdegup. Tak mampu menahan debaran pertama kali berkahwin. Agaknya ini rasanya semasa mak dengan ayah aku kahwin dulu kot? Aku tersenyum demi menutup debaran hati.


########

             Aku tertunduk saat pengantin lelaki melihatku. Akhirnya Zarif menunaikan janjinya dulu. Hatinya gembira. Mak masih memegang tanganku bagi mengurangkan kegelisahan hati. Aku mesti kuat!

             Saat diijabkabulkan, aku terasa seperti air mataku ingin mengalir lagi buat Zarif, bakal suamiku. Sesaat..

             "Bismillahirrahmanirrahim. Aku nikahkan dikau, Muhammad Hafiz Hakeem bin Muhammad Naim dengan Naura Irdina binti Razlan dengan mas kahwin 80 ringgit tunai." Erkk? Ha.. Hakeem? Bukan Zarif? Tadi masa tandatangan surat borang nikah, pengantin lelaki.. Ah! Bodohnya aku tak tengok nama pengantin lelaki.

            Nampaknya Hakeem lunaskan janjinya pada aku. Aku yang bersalah, sebab keji dia macam-macam. Arghh! Hakeem! Kau buat aku gila!

            Aku pandang wajah mak. Mak hanya tersenyum sambil tanganku digenggam erat. Macamana mak tahu aku tak jadi kahwin dengan Zarif? Macamana mak boleh terima Hakeem? Apa Hakeem cerita kat mak ayah aku? Persoalan demi persoalan bermain di benakku. Tiada jawapan yang pasti.

            Setelah tiga kali Hakeem melafazkan qabul, akhirnya berjaya juga. Namun, pabila ditanya sah atau tidak. Ada seseorang yang membangkang.

            "Zarif?" aku terkejut melihat kedatangan Zarif. Apa dia buat kat sini? Bukankah sepatutnya dia menikah dengan Linda sekarang ni?

            "Saya tak setuju dengan pernikahan ni!"

            Dari jauh aku melihat mata ayahku yang mencerlung kepada Zarif. Zarif baliklah! Habislah awak Zarif! "Batalkan pernikahan ni! Naura milik saya! Naura! Kahwinlah dengan saya! Saya janji akan cintakan awak selamanya." jerit Zarif. Permintaannya benar-benar membuat hatiku pedih.

            Ayahku bangun dari duduknya, tiba-tiba Zarif dilempang kuat. Ayah!! Sedih hatiku melihat bekas cinta hatiku ditampar ayah. "Kau tak ada hak nak melarang anak aku kahwin. Kau yang putuskan pertunangan dan kau datang sini nak minta anak aku balik kat kau. Bodohlah manusia tak sedar diuntung macam kau."

            Zarif melutut. Dengan berpakaian pengantin serba ungu, seperti yang pernah dijanjikannya dulu dia melutut di hadapan ayah. "Pakcik, saya bersalah. Saya buta menilai kasih Naura. Saya buta pakcik. Pakcik, maafkan saya. Saya janji.." tak pasal-pasal tubuh Zarif ditolak. Ayah benci benar pada Zarif nampaknya.

            "Ayah, jangan sakiti Zarif ayah." pintaku di hujung bibir. Ayah berpaling mendengar kataku.

            "Naura yang salah, ayah. Naura yang tak reti jaga hati Zarif. Isk.. Isk.." tubir air mataku sakhirnya pecah juga. Hatiku mula sedih. Sedih melihat perbuatan ayah menyakiti Zarif dan disaksikan orang kampung.

            "Naura ingat ayah tak tahu dia ada orang lain? Nasib baik Hakeem yang bagitahu ayah. Lelaki macam ni kamu nak buat jadi laki? Ayah tak restu." ayah buang pandang ke luar masjid.

             "Pakcik maafkan saya. Naura.. Naura maafkan saya. Saya menyesal. Saya baru tahu Linda bukan perempuan suci, dia jahat rupanya. Maafkan saya Naura." hatiku berbelah bagi.

            "Baik, ayah bagi pilihan pada Naura. Naura pilih Hakeem, lelaki yang ayah betul-betul percaya atau lelaki yang tak ada hati perut ni." air mataku menitis lagi.

            "Mak.." suaraku bergetar meminta belas dari mak.

            "Buatlah pilihan sebaiknya. Berdoalah minta restu Allah. Semoga pilihan adik adalah yang terbaik." jemariku digenggam erat oleh mak. Mak memahami hatiku.

            Lama aku mengambil keputusan. Akhirnya.."Bismillahirrahmanirrahim, adik pilih.. Pilih Ha.. Hakeem." kulihat Zarif meraup wajahnya. Dia kelihatan menyesal teramat sangat.

            Ayah menghalau Zarif dari terus membuat kacau dan upacara pernikahan diteruskan.

            Menitis air mataku setelah sah menjadi isteri Hafiz Hakeem. Kenapa perlu menangis? Sebab aku tengok dalam drama selalunya pengantin perempuan kena menangis. Jadi, aku pun nak nangis jugaklah. Mungkin mulai sekarang aku perlu belajar melupakan lelaki bernama Zarif Aizad sepenuhnya.

            Kini, tanggungjawab aku sepenuhnya pada Hakeem. 'Ehh, apa susahnya jaga makan pakainya aje lah. Buat apa nak susah-susah, dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Adil.' rancangan disimpan kemas dalam minda.

            Seketika, seseorang datang. Hakeem duduk di hadapanku untuk acara pembatalan air sembahyang. Geramnya hatiku melihat wajahnya, habis terbang rasa berdebar dalam hati aku gara-gara dia.

            Semasa cincin disarungkan ke jari manisku, aku bersalam dengannya namun mataku menjelingnya. "Apasal kau buat aku macam ni hah? Kau tak bagitahu aku apa-apa pun kan." ujarku sambil mengetap gigi.

            "Saja buat surprise. Thanks Naura sebab pilih aku. Aku tahu kau memang sayang aku lama dah kan." ujarnya dalam senyuman paling lebar. Amboi! Sesedap rasa dia je. Tak habis-habis perasan!

            Tengahari itu juga diadakan persandingan di pihak aku. Riuh-rendah kedengaran di luar rumah, dari dalam rumah aku nampak kesibukan mak menguruskan majlis persandinganku. Maklum sajalah, aku anak mak satu-satunya lepas kehilangan kakak sulungku. 'Andai saja Kak Mira masih bersama adik sekarang ni. Mesti akak sibuk macam mak jugak kan? Heheee. Rindunya adik.'

########

            Malam itu aku sama-sama mencuci pinggan dengan mak, Cik Limah dan beberapa orang saudara jauh ayah. Mana mungkin aku bersenang-lenang goyang kaki tak menolong apa-apa mentang-mentang ni perkahwinan aku. Aku patut menyumbangkan tenaga juga. Aku biarkan Hakeem bersembang dengan ayah di depan. 'Pandai lah kau nak berbual demgan ayah, tak nak aku teman kau. Huhh.' bebelku.

            Dari dapur aku melihat ayah dengan Hakeem ke dapur. Rasanya sudah dihidang air teh. Mahu apa lagi ni?

            Amboi! Siap gelak ketawa lagi. Ni mesti kutuk aku tu. Haa, tu siap jeling-jeling aku lagi. Hmmph!

            "Adik, sudah lah tu nak oii. Pergilah temankan laki kamu ni. Teruk ayah buli dia." Hakeem tersengih. Bajet suci pulak dia. Geram betul hati aku.

            "Ha'ah, betul lah tu Nau. Pergilah temankan laki kamu tu. Kesian akak tengok, mengantuk dah tu." amboi! Cik Limah pun sokong ayah? Tak boleh jadi ni. 'Mak! Kena back up adik!'

            Mak sengih aje? Biarlah dia hidup sendiri. Aku protes.

            Aku masih berdegil. Tak nak bangun, biarlah dia ayah. Dia bernyawa lagi tu.

            Mak menolak aku. "Mak. Habis basah baju adik kena sabun. Mak ni.." mulutku muncung. Sengaja kan mak ni. "Haa, dah basah tu. Pergi bersihkan baju tu sana. Syuhh." Cik Limah pun nak kena jentik kot?

            Hakeem tergelak tengok aku yang kelam kabut membersihkan baju. Ah! Lantaklah. Peduli apa aku.

            "Yela yela.. Adik naik dulu." ujarku malas. Lantas, aku meniti tangga perlahan selepas mencuci tangan yang penuh dnegan sabun.

            Hakeem mengekori.

            "Eh, kau pahal ikut aku." soalku.

            "Siapa ikut kau? Aku nak naik bilik aku."

            "Mana bilik kau?" sengaja ku uji dia.

            "Mana bilik kau tulah bilik aku."

            "Mana boleh sama-sama. Bilik aku, aku lah."

            "Suka hati akulah nak duduk bilik mana. Ayah kau kata tak kesah nak tidur bilik mana-mana pun."

             Aku berpaling. Meneruskan perjalanan ke bilik.

            "Apsal kau masuk sini? Ni bilik akulah ngek." kataku sambil menahan pintu dari dimasuki Hakeem.

            "What's yours are mine." Arghhh! Sebal! Menjawab aje tahu, aku jahit mulut kau karang.

            Aku biarkan dia duduk di birai katil. Kalau dilarang, ada aje dia nak jawab. Buat panas hati aje dengan mamat sengal ni. Langkahku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuh. Lengkap berpakaian tidur seperti biasanya.

             Dari meja solek, ku perhatikan mata Hakeem tak berhenti melihat padaku. Amboi, sedap membelek wajah aku nampak. Tau lah cantik, tak payah lah tenung macam tu. Seram lah.


            "Keem, macamana kau cakap dengan mak ayah aku pasal aku putus tunang tu? And aku pelik lah. Macamana mak aku boleh setuju dengan rancangan kau nak kahwin dengan aku?" kataku sambil menyapu perapi rambut di rambutku.


            "Sebenarnya masa aku tanya kau nak kahwin dengan aku ke tak tu, aku record suara kau. Sebagai bukti kau dah bukan tunangan orang dan kau sanggup terima aku sebagai bakal laki kau. Disebabkan mak ayah kau dah kenal aku lama so diorang percaya je cakap aku. Hebat kan aku?" a'ah, kau memang hebat. Hebat perangkap aku.


            "Tak ada bantahan langsung ke? Kenapa kau tak call aku ke mesej aku ke dulu?"


            "Saje aku nak buat kejutan. Kau tu bukan nak kahwin dengan aku, kalau boleh, nak Zarif aje semuanya. Mau aku penggal kepala Zarif aje rasanya."


            "Kau kejam lah." balasku pendek.


             "Naura.. Kenapa kau pilih aku, bukan Zarif?" aku pandang dia dari refleksi cermin.


             "Entah. Mula-mula aku confuse jugak. Tapi, lama aku fikir aku rasa Zarif bukan untuk aku. Aku rasa macam dia gunakan aku aje. Entah lah Keem. Aku pun tak tau." terus ku sikat rambut.


             "Ke sebab kau dah jatuh hati kat aku?" matanya dikenyit sebelah.


             "Ah kau! Dari kecik bajet poyo. Kau ingat kau tu hensem sangat? Tak payah nak imej kacak sangat lah kan. Tak kacak langsung. Werkk." kujelir lidah tanda menyampah. Hakeem memang tak habis-habis dengan sikap perasannya itu. Macamana lah aku nak tahan dengan dia ni. Bengong!


             Lama menyepi.

            "Hoi, Keem. Kau pahal?" sengaja menegur demi menyembunyikan gusar dalam hati.

            "Kau cantik sangat rupanya. Dah lama kan kau sembunyikan rambut kau tu." Hakeem bangun perlahan dan menghampiri aku. Tanganku terhenti dari terus menyikat rambut. Tak boleh jadi ni!

            Aku berpaling. Wajah Hakeem lain dari selalunya. Macam muka... Muka gatal. Euuww! "Kau kenapa?" lantas aku buka seni bela diri tae kwon do yang pernah aku belajar semasa mengambil diploma dulu untuk mempertahankan diri aku.

            Hakeem berhenti di hadapanku. Dada bidangnya tepat mengenai genggaman tangan kiriku yang ku hala padanya. Meletus tawa dari bibir merahnya. Kurang ajar punya laki, dia gelakkan aku!

            Dalam takut-takut aku masih pura-pura garang. Bukan apa, ingat senang ke nak pertahankan diri? Sementara masih boleh dipertahankan selagi itu HARUSlah dipertahankan. Kalau dah tergadai, siapa nak jawab. Menangis tak berlagu lah kau.


            "Tak sangka aku kan. Dah belt warna apa kau? Huuu, takutnya aku." katanya sambil menggigit jari.

            "Huh, haruslah takut. Jangan main-main dengan aku." mula lah nak bangga diri dengan belt warna biruku.

            "Kau rasa belt kau dah cukup hebat ke nak lawan aku?" Keningnya diangkat sebelah. Erkk? Aku lupa dia adalah sir aku masa diploma dulu.


            'Aish! Macamana ni? Nak lari macamana?'

            Tangan kanannya yang memegang bahuku, aku tepis. Okay, aku berundur setapak. Manakala, tangan kirinya memegang pinggangku. Apa lagi? Aku tepis sekuatnya menggunakan tangan kiriku. Dah lah aku anti dengan sentuhan lelaki. Kau saja bagi aku naik angin kan?!

            Nampak sangat aku yang bodoh. Walaupun suamiku ini seorang pegawai bank yang hanya tahu menguruskan wang rakyat semata-mata, dia juga sangat tahu kelemahan aku yang hanya seorang akauntan dalam membela diri. Kan dia sir aku, so dia tahu sangat-sangat kelemahan aku. Pantas dia mengunci langkahku, badanku ditekan ke dinding.

            Otakku ligat berfikir, apa yang patut aku lakukan saat ni. Aku hanya mampu berserah kini. Tidak Naura! Kau boleh lawan! Fikir fikir fikir! Saat bibir lelaki itu menghampiri bibir mungilku, idea datang tepat pada masa. Yes!

            Pantas ku angkat kaki dan menendang bahagian bawahnya. Hahahaa. Berjaya!

            Laju kakiku berlari ke pintu bilik untuk melarikan diri. Namun sangkaanku meleset, rupanya tendanganku tersasar. Dia pantas menarik bajuku dari belakang, aku betul-betul seperti anak patung saat ditariknya.

            "Kenapa perlu lari, sayang?" bisiknya di telingaku. Gulp!! Naik bulu roma aku.

            "Apa sayang-sayang. Lepaslah." aku meronta.

            "Kalau tak nak?"

            "Lepas jugak! Eee, tak suka lah! Kau tak ada hak!" jeritku agak kuat. Mungkin juga mak, ayah dan saudara-mara di bawah mendengar jeritanku. Ah! Aku tak peduli!

            "Abang ada hak atas sayang. Hak yang tak dapat dinafikan. Hahaa. Jangan menyesal ya sayang." belum sempat aku menarik kata-kata, dia sudah mengangkat aku naik ke atas tilam. Malam itu episod cinta antara aku dan dia bermula.

             Dalam sedar atau mimpi, telingaku menangkap kata-kata cinta darinya .. Aku terharu dengan pengorbanannya selama ni.. "Mungkin bukan aku cintamu, tapi aku mahu jadi cinta sejatimu. Mungkin bukan aku penghuni di hatimu, tapi aku mahu jadi penghuni setia dalam hatimu. Kurela berikan cintaku andai itu mampu mempamerkan senyummu, kurela beri nyawaku andai itu mampu mengundang ceria dalam hidupmu, kurela kau curi sayangku andai itu mampu menghadiahkan kau sejuta kebahagiaan.


            Rupanya dia menyukaiku dari kecil dan perasaan itu bercambah menjadi cinta apabila dewasa. Hakeem benar-benar menguji perasaan aku. Oh! Apakah ini yang namanya CINTA, ya ALLAH?

             Kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Dan aku akui, mungkin bukan cinta hati kita yang ditakdirkan menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti tetapi seseorang yang pernah menjadi sahabat kita suatu ketika dulu.

==========================================================
~TAMAT~
==========================================================

Ni cerpen yang ke empat tapi masih perlu ditacap sekali lagi. Dan akan datang ada cerpen baru. InsyaALLAH .. Dalam proses pembuatan mini novel however aku kena banyak membaca dan buat research dulu oke .. chow! Enjoy reading !


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Naura Irdina - Bunga kehormatan / keberkatan
--> Hafiz Hakeem -Pelindung yang mulia / budiman

4 comments:

Ezza Mysara said...

aisehh.. mcm cpat nak habis je..hahaha... asal ganas sngat naura nih... hehe.. cerpen ni ok.. teruskan menulis.. boleh improve lagi.. =)

Unknown said...

ok ... akn cube tru konflik yang mncabar sikit .. prlu perah otak lebih skit kan ... hehe . i'm trying my best ! yeah!

Eliza Ab said...

aisey.. ingatkan e-novel.. rupa2nya cerpen.. sbnrnya, sy jrg bc cerpen.. but cerpen ni mmg menarik.. apa2 pn all the best 2 u.. (^__^)

Unknown said...

syukran eliza .. :D