CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Showing posts with label Puisi Cinta. Show all posts
Showing posts with label Puisi Cinta. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Perpisahan Satu Cinta

Assalamualaikum .. Weh ! Mana cerpen baru ? Errkk? Belum jadi tulisan . Ide tengah menerawang dalam bentuk awan lagi lah . Dia tengah berlega-legar dalam pale otak .. So, guano nak keluarkan ? Tunggu aku rajin deh .. Hehe

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PERPISAHAN SATU CINTA



Kita pernah terjerat
Dalam satu cinta yang sama
Mengapa dulu kita dipertemukan
Dan akhirnya terpisah

Maafkan aku..
Jika aku menyalahkanmu
Maafkan aku..
Jika aku membencimu
Maafkan aku..
Tapi aku betul-betul pasti
Ini yang terbaik buat kau dan aku
Buat kita berdua

Berilah aku kemaafan
Agar aku..
Benar-benar bisa pergi
Pergi dengan sebuah ketenangan
Tanpa beban dosa padamu
Oh kasihku..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dulu puisi ini aku buat untuk Mr.Y. Sebab dia, aku sakit hati.. Sebab dia aku membenci. Bodoh betul kan aku?

Saturday, April 28, 2012

Ku Tangis Lagi

Assalamualaikum ..

Puisi ni bena dah lama dah dibuat. Masa aku form 4 lagi. Disebabkan tangan aku malas nak menaip cerpen and otak aku betul-betul jem nak jana idea untuk cerpen tu . Aku cuma update puisi ni saja boleh ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KU TANGIS LAGI


Malam ini ku tangis lagi
Mereda hati yang kian pedih
Melerai jiwa yang sedang lara

Ku lihat istana itu
Tersergam indah jauh di sana
Atas batu batu keras
Dihiasi bunga yang harum mewangi
Mekar di tepiannya
Mencipta mahligai yang terindah

Ku sangka tiada puterinya yang menghuninya
Ternyata benar wujud puteri yang jelita
Bagai memerli perasaan aku
Perasaanku selama ini padamu

Aku kini tetap sendiri
Menangisi dan meratapi
Takdir hidup ini
Oh Tuhan..
Mengapa bukan aku
Yang berdiri di sisinya
Atas istana indah itu
Kerana aku yang selalu
Selalu bersama dia..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puisi buat Mr. Y yang dushh! Geram rasa nak tembak dia berdas-das.. Sia-sia saja air mata aku kott !

Saturday, April 7, 2012

Ku Lihat Dia Dalam Dirimu

Assalamualaikum .

Bukannya tanpa dia kita tak mampu meneruskan kehidupan. Bukannya tanpa kehadiran dia kita lemah tak berdaya. Bukannya tanpa kewujudan dia kita bagaikan manusia mati yang sia-sia. Kita mampu mengubah hidup kita, mengubah prinsip hidup kita. Jangan mudah mengalah dengan apa terjadi.

Tapi, benarlah kata orang mencintai itu mengajar kita erti pengorbanan . Dicintai itu mengajar kita erti tanggungjawab. am i right ?


 

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 KU LIHAT DIA DALAM DIRIMU

Melihat diri kamu aku terluka
Melihat wajah kamu jiwaku terseksa
Mengapa perlu dia kembali
Mengapa perlu ada dia dalam sejarah hidupku
Pergilah jauh agar aku tenang lagi

Maafkan aku, kasih
Tiap lakumu mengundang tangisku
Tiap bicaramu melukakan hatiku
Tiap katamu berbisa bagiku
Maaf andai aku tak layak untukmu
Maaf andai ku tak mampu membahagiakanmu
Izinkan aku untuk menyayangimu
Buat kali yang terakhir
Kerana aku bersalah
Mencintaimu kerana dia ..

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++