CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Monday, April 9, 2012

Aku Rindukan Kau, Cinta!

          Mataku melihat-lihat ke tengah padang, mencari musuh ketatku di situ. Mukaku masam kelat sambil menggenggam erat tangan kananku. Budak lelaki yang mengekoriku dari arah belakang kelihatan tercungap-cungap.

          "Woi, Fendi!" teriakku. Panas hatiku melihat kawan baikku dibuli. Aku memang pantang! Budin kelihatan seperti tidak bimbang kerana dari jauh lagi dia sudah nampak aku datang dengan muka berkerut.

          "Eh, ada anak dara datang la kawan-kawan. Dia datang nak selamatkan boyfriend dia ni lah. Apa kita nak buat dengan budak lembik ni ye kawan-kawan? tanya Fendi kuat. Disahut oleh kawan-kawan Fendi dengan gelak ketawa.

          "Kau apahal kacau kawan aku hah? Tak puas-puas lagi ke makan penampar aku minggu lepas? Kau nak makan lagi ke?"

          "Huu, takutnya. Kau nak tumbuk aku lagi ke anak dara yang tak serupa anak dara hoi? Takutnya akuuu!" perli Fendi sambil  berpura-pura menggigit jarinya.

          "Baik kau lepaskan kawan aku la gemuk! Kau tak ada hak nak kacau hidup Zahin."

          "Aku tak buat apa pun dengan budak ni. Tengok la, dia sihat walafiat je lagi. Kau tak payah risau la bro. Tak mati pun budak ni." Fendi memusing-musingkan tubuh Sufi Zahin di hadapannya. Dia faham aku takkan berpuas hati selagi Sufi Zahin tidak mengangguk tanda dia tidak dibuli.

          "Angguk lah bodoh." Sufi Zahin menurut.

          "Zahin, jomlah kita balik. Kau buat apa lagi kat sini. Aku tak nak dah bergaduh dengan budak gemuk ni. Tak ada faedah pun, buang energy gua je." aku pantas menarik lengan baju Sufi Zahin sebelum menjengilkan mata kepada Fendi, kaki buli di kampung aku.

           Sufi Zahin ditarik meninggalkan padang bola. Sudah berkali-kali dia dimarahi gadis berjiwa ganas itu namun entah mengapa dia mahu juga bergaul dengan budak-budak jahat di kampung itu. Tetapi, kini dia rasa bersalah kepada Lily Ayuni.

          "Memang cari nahas la Fendi gemuk tu. Dahlah gemuk, suka buli budak, tak guna otak langsung." bebelku tak henti-henti sepanjang jalan.

           "Lily, terima  kasih. Saya minta maaf pasal.."

         "Kau pun satu. Bukan nak balas balik. Kau tu lelaki, lelaki kena kuat. Bukan lembik macam ni, nanti esok-esok lagi senang lah diorang nak buli kau lagi. Takkan tiap hari aku nak back up kau kot. Kalau aku dah mati, macamana? Siapa nak back up?" aku menarik muka masam. Sungguh aku tak mahu Sufi Zahin dibuli, aku sayang dia dan aku tak nak kehilangan dia.

          "Maafkan saya Lily. Saya cuba nak buktikan kat awak yang saya juga ada kawan lelaki. Sebab tu saya nak berkawan dengan diorang."

           "Macamlah kat kampung ni diorang aje budak lelaki yang ada. Bersepah tahu! Lepas ni kau jangan dah cuba-cuba bergaul dengan diorang. Diorang tu jahat, jangan sangat-sangat. Macamana kau nak tunaikan janji kau kat aku kalau kau lembik?" marahku.

           Sufi Zahin berfikir sejenak mengingati janji yang telah dibuat kepada Lily Ayuni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

          Terasa bahunya ditepuk kuat. Kus semangat!

          "Kak Syu ni, lemah semangat Lily tau. Kalau Lily K.O macamana? Siapa nak jawab." ujarku sambil mengurut dada perlahan. Kak Syuhada memang suka mengejutkan orang dari belakang. Tabiat sejak azali lah katakan.

           "Akak lah jawab. Kalau K.O, Putera Naim boleh tolong bawak pergi hospital. Tak pun, cium aje Lily, mesti Lily bangun. Puteri Salji kan? Hehehe." aku menarik muncung empat puluh seperti biasa. Habis terbang memori aku masa kecil tadi. Sudah 10 tahun kenangan itu ditinggalkan. Tetapi, kini ia muncul kembali. Aku rindu! Aku rindu semuanya! Aku rindu Zahin!

          "Haa.. Tu muncung-muncung itik tu nak kena kiss lah tu?"

          "Apa akak ni? Nanti Abang Naim dengar, malulah Lily. Lily tak nak lah kat Abang Naim tu, Kak Syu aje lah ambil. Lily bagi free of charge je untuk akak." aku bergurau selamba sambil melilau melihat sekeliling. Malu juga kalau Abang Naim merangkap driver rumah sebelah mendengar perbulan mereka berdua.


          "Eleh, tahu pun takut. Ala, tak luak pun jadi makwe Abang Naim. Dia rajin apa, driver driver pun, pekerja kesayangan tau. Gaji up."


          "Banyaklah akak. Mana akak tahu pasal gaji-gaji ni? Jangan cakap akak mengorat Abang Naim pulak. Haaaa.." perangkapku.


          "Akak belasah kamu karang. Mana ada lah." bunyi macam simpan sesuatu aje. Hm.. Adalah tu!


          "Hm.. Simpan aje lah rahsia tu. Eh, Kak Syu, pagi tadi mama Elin cakap nak jumpa akak. Nak bincang pasal anak dia tu. Mungkin dia nak bincang pasal result anak dia yang kononnya patut bagus kot. Dah anak dia memang macam tu, kita nak paksa-paksa pun tak guna. Budak tengah muda kan." Aku menyampaikan pesan.


          "Okay. Nanti petang lah akak jumpa. Nah, ambil bantal ni bagi kat budak-budak tu. Suruh tidur semua, hish! bersembang lagi diorang ni." bantal kecil dihulurkan padaku.


          Syuhada berdiri sambil bercekak pinggang. Geram dia melihat perangai budak-budak yang tidak mahu mendengar katanya. Mahu dicubit, anak orang. Tak diberi pengajaran, tak faham bahasa.


          "Farah! Syasya! Teacher kata tadi suruh apa? Nabila pun sama! Kawan-kawan kan semua dah tidur. Kenapa degil sangat? Nak Teacher panggil Mak Jah, rotan sorang-sorang ke?"


           Ketiga-tiga kanak-kanak berumur 5 tahun itu cepat-cepat mengambil bantal kecil lalu mereka dipisahkan daripada tidur berdekatan. Seorang di utara bilik, seorang di selatan dan seorang lagi diletakkan di tepi almari. Kalau tidur bersama, bukan tidur namanya, tipu cikgu! Bila nak balik, mulalah meragam, mengantuk. Dah tu, mengadu kat mak bapak, cikgu tak bagi tidur. Kalau bab mengadu, mereka bertiga memang hebat.


          Aku hanya melihat dari muka pintu. 'Aku ada degil macam ni tak dulu? Mesti mak tension jaga aku dulu kan?' Aku tergelak sendirian memikirkan karenah waktu kecilku. Kini, memori zaman kecilku kerap muncul kembali. 'Ni yang buat aku nak balik ni.' desis hati kecilku.


          "Lily, dah. Jom turun bawah. Kita makan dulu dengan teacher-teacher lain. Layan karenah budak-budak ni semua buat akak jadi lapar lah." Aku tersenyum mendengar omelan Syuhada. 'Lily lagi teruk dari ni Kak Syu oii.'


########


          Pagi Sabtu itu selepas membuat sarapan untuk housemateku, seperti biasa aku keluar rumah untuk menyidai pakaian. Seketika, telefon bimbitku bernyanyi lantang, pantas aku membuka langkah seribu menaiki bilik tidurku yang berada di atas. Berdentum-dentum tangga bilikku berbunyi. Telefon kucapai laju.


           Salam berjawab.


          "Hello. Mak?"


           "Lily, sibuk ke sekarang? Mak nak Lily balik rumah."


          "Kenapa mak? Urgent sangat ke?"


          "Urgent tak urgent. Ni antara hidup dan mati kau. Hujung minggu ni boleh balik tak? Tak boleh tinggal sehari ke tadika tu?" jawapan mak menakutkan aku.


          "Apasal ni mak? Dua minggu lagi baru start cuti sekolah. Cakap kat telefon tak boleh ke?"


          "Ala, mak nak Lily balik kalau boleh. Semalam ada orang masuk minang kau tapi mak serba salah nak tolak pinangan tu. Sebab kalau mak tolak pinangan tu, dah masuk 3 kali rezeki kau tolak. Jujur dengan mak, kali ni kau nak terima ke tak?"


          "Dari siapa mak?" tanyaku bosan.


          "Kali ni cikgu macam kau juga. Cuma dia cikgu sekolah menengah, ingat tak Cikgu Baharin? Anak pengetua, bekas jiran kita dulu?" kata-kata mak mengingatkan aku pada Baharin yang pernah menjadi sahabat karibku satu ketika dulu. Hanya disebabkan satu gurauan biasa, Baharin memarahiku dan sehingga kini membenciku. Tup-tup hari ni mak bagitahu, Baharin meminangku? Oh, tidak! Aku tak nak. Aku lebih rela kahwin dengan Abang Naim daripada dengan Bahar! No way.


           "Mak, Lily minta maaf. Tapi, Lily tak rasa Lily nak kahwin dengan Bahar. Lily tak nak kahwin dengan dia. Ala, mak tak payah risau-risau lah pasal jodoh Lily. Lily tahu lah nak cari jodoh sendiri." pujukku tidak mahu mempersoalkan tentang kahwin lagi.


           Asal sembang je, kahwin kahwin kahwin aje topiknya. Serius buat semak hidup aje.


           "Haa, elok sangat lah tu. Dulu masa Karim dengan Moin masuk minang, kau cakap benda yang sama juga. Haa.. Macam ni lah.. Ingat mak nak lepas tangan ke? Abang kau dua orang dah kahwin, dah beranak-pinak dah. Kak Long kau dengan Laila pun dah. Laila pun tengah sarat sekarang, kau bila lagi? Mana mak tak risau. Karang tak ada yang nak baru tahu."


            'Eh, okay lah tu. Tak payah susah-susah fikir' jawabku dalam hati. Mak bukan boleh percaya, silap-silap hari bulan dia terima pinangan Bahar. Naya aku.


           "Tak ada tak ada. Pinangan Bahar mak terpaksa tolak, pinangan keempat mak terima. Mak tak kira!"


            Aduss. Mati aku kalau aku kahwin dengan siapa-siapa entah. Masak!


            "Okay okay. Macam ni mak. Kelima. Cukupkan yang kelima baru mak terima, okay?"


           "Ish, kau ni. Baik, mak terima yang kelima, jangan nak banyak bunyi kalau yang kelima dah masuk minang. Nak tak nak, wajiblah kau terima. Okay lah, mak nak masak ni. Ayah kau dah bising tu. Assalamualaikum."


            Talian diputuskan. "Mati la aku macam ni. Tu lah kau, janji lagi dengan mak. Mak tu dah lah pantang orang berjanji ni, kalau tak buat mau dikejar aku satu kampung. Aduh! Masalah masalah.."


           Pintu bilikku diketuk dari luar. Muka Mutia terjegul di pintu, tersengih.


           "Kenapa?" tanyaku.


            "Kau apasal? Kena paksa kahwin lagi ke? Hahahaa." sengal kau Mut! Sebiji bantal kecil melayang ke muka Mutia. Pass! Kena batang hidung dia. Padan muka kau.


########


           "Teacher Lily! Anis ambil buku saya! Anis bak sini lah." Aidil menjerit memarahi rakan sekelasnya.


           "Anis. Pulangkan balik sayang. Kawan nak buat kerja tu, kalau Anis tak pulangkan Anis ketuk ketampi lima kali. Cepat pulangkan ya?" Anis Suhana kupujuk lembut.


           "Ala, Teacher. Anis nak tengok sekejap aje. Anis nak tengok jawapan Anis sama dengan Aidil ke tak." Anis Suhana membela dirinya.


           "Mintak lah elok-elok. Jangan main tarik aje. Aidil bagitahu ibu nanti. Huu.." Aidil tidak mahu kalah.


           Ku usap perlahan belakang Anis Suhana. "Anis, pulangkan. Lepas tu, minta maaf ya. Teacher ajar apa kalau dah buat salah?"


           Anis mula menarik muka masam. Dah mula dah muncung-muncung tu. "Nah. Minta maaf." Anis Suhana meletakkan kembali buku Aidil yang diambil. Aidil tersengih.


           "Okay. Aidil pun minta maaf jugak kat Anis." Aidil membalas.


           Hish, macam-macam lah budak-budak ni.


           "Okay, class. Kita sambung tadi. Kalau tadi good morning selamat pagi, good afternoon selamat tengahari, good evening pula?" tanyaku kepada murid di dalam kelas yang hanya dapat memuatkan seramai 20 orang murid itu.


           "Selamat petang, teacher." Dena menjawab pantas. Aku tersenyum dengan kepandaian Dena. Dena pelajar genius di Tadika Aulad kerana dia telah melompat setahun untuk sampai ke kelasnya sekarang. Diringkaskan, sekarang Dena berumur 5 tahun namun sudah masuk ke kelas 6 tahun, iaitu kelas di mana aku guru kelas mereka. Tidak dinafikan apabila Dena adalah pelajar yang sering mendapat keputusan tertinggi dalam kelasnya itu. Aku berbangga mempunyai anak murid pintar seperti Dena.


           "Putri. Good night maksudnya apa?" tersentak murid bernama Putri. Dia terus bangkit dari tempat duduknya.


           "Err, selamat.. Selamat.." dia gugup.


           "Putri buat apa tadi? Conteng buku ya? Nak kena denda ke ni?" suaraku kedengaran tegas memarahi Putri.


           "Putri minta maaf Teacher. Putri.. Putri janji tak buat lagi." kata Putri tertunduk. Ingin menagih simpati. Merah mukanya apabila dirinya digelakkan oleh teman-teman yang lain.


           "Sudah sudah. Putri, lain kali masa Teacher ajar kat depan, dengar ya. Jangan buat kerja lain. Dah, duduk. Yang lain pun dengar jugak, jangan asyik gelakkan orang aje tahu." nasihatku. Semua terdiam apabila terasa dimarahi.


           "Kita teruskan okay, murid-murid." kataku mula mengembalikan suasana riuh-rendah seperti biasanya. Tidak mahu ada anak-anak muridnya yang terasa.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


           "Lily. Awak ada pakwe?" tanya Sufi Zahin jujur. Wajahnya polos sungguh.


           "Kau rasa aku ade pakwe ke Zahin? Ada ke orang nak dekat aku ni? Dahlah kasar." jawapanku mengundang senyuman di bibir Sufi Zahin.


           "Ada aje. Awak yang tak perasan kot." Sufi Zahin bermain air sungai di kakinya. Dilihat ada kelibat ikan di hujung jari kakinya.


           "Kau tak payah lah nak bodek-bodek aku. Kau nak apa sebenarnya ni?" ku tenung dalam-dalam matanya. Terlihat keikhlasan di situ.


           "Saya.. Saya suka kawan dengan awak. Bila dengan awak, saya rasa tenang sebab awak lindungi saya. Sepatutnya sayalah yang kena protect awak sebab awak perempuan. Hahahaa. Tapi, saya tak pasti bila saya akan dapat kekuatan nak lindungi seorang perempuan. Saya.. Saya.."


            "Stop!" tahanku.


            "Kenapa? Saya belum habis cakap lah."


            "Kau nak cakap yang kau suka aku kan? Tak payahlah." Sufi Zahin menggeleng. Serius aku malu saat itu.


            "Mana ada. Tapi, memang tu pun saya nak cakap. Hehehee. Lagi satu, saya nak bagitahu. Saya akan berpindah Selasa depan, masa cuti penggal."


            Selasa depan? Hari ni hari Sabtu Maksudnya...


           "Gila kau! Tiga hari lagi? Cepat sangatlah! Kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Sampai hati kau." Aku menumbuk tangannya tidak puas hati. Sampai hati dia tak bagitahu aku lebih awal.


           "Saya nak bagitahu awak minggu lepas. Tapi, saya tak sanggup nak cakap. Saya sayang nak tinggalkan awak." Sufi Zain memandangku penuh harapan.


           "Saya sayang awak. Lily, saya akan pergi jauh. Jauh dari sini. Kalau kita ada jodoh suatu hari nanti, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Tapi, masa kita jumpa nanti, saya harap awak pakai gelang ni. Mudah saya nak cam awak. Jangan risau, saya juga akan pakai gelang yang sama." Sufi Zahin menyerahkan sebuah kotak sederhana kecil berwarna ungu.


           "Tak nak lah aku. Sampai hati kau nak tinggalkan aku." aku menolak.


           "Saya terpaksa ikut mama dengan papa saya pindah. Lagipun, kakak saya nak sambung belajar, papa saya baru tukar tempat kerja, takkan saya kena tinggal sini sorang-sorang? Nah, ni saya beri khas untuk awak. Saya sayang awak. Ambil ni, okay." tangannya tetap menghulur kotak itu.


            Aku melihat pemberiannya itu lalu, ku buang pandang. 'Aku sayangkan kau juga.'


          Ku tarik nafas perlahan. Sukar untuk aku melepaskan kau yang sudah menduduki carta hati ni.Tapi, sekarang malah kau tinggalkan aku pula.


           Perlahan pemberiannya itu kusambut. Lalu, ku berikan amaran.


           "Jaga kau kalau kau tak datang jumpa aku."


           "Saya akan datang. InsyaAllah, silap-silap saya datang bawa rombongan sekali. Nak masuk minang awak." gurau Sufi Zahin.


           "Banyaklah kau. Tak nak aku kahwin dengan orang lembik macam kau ni. Ishh." kataku mahu menutup perasaan gelabah bila Sufi Zahin bergurau mahu menghantar rombongan meminangku. Ahh! Mustahil! Dia mesti jumpa ramai perempuan cantik kat luar sana. Sedarlah kau dari angan-angan ni, Lily.


           "Sekarang je saya lembik. Awak dengan saya, sahlah saya kalah. Nanti dah besar, confirm saya lagi kuat dari awak. Awak pula lembik, ganti tempat saya."


            Aku dan dia ketawa berdua di tepi sungai itu. Kami bergurau sampai ke senja, sungguh kami tak sedar! Aku ingin mendampingi dia buat yang terakhir kalinya sebelum dia pergi jauh dari pandanganku. Kerana aku tahu aku akan merindui. Aku sentiasa merindui lawaknya yang sentiasa menggetarkan hati perempuanku dan aku rindukan suaranya yang mampu menggoyah naluri perempuanku. Benar-benar rindu..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


           Aku tersedar lagi dari lamunan waktu kecilku. Ah! Kenapa aku kembali mengingati Zahin? Nyah kau dari fikiranku!


           Aku membelek gelang tangan hadiah pemberian Sufi Zahin padaku suatu ketika dulu. 'Mulut cakap tak suka dah, tapi sampai sekarang aku masih pakai gelang dia. Sudah 10 tahun berlalu, apa yang aku harapkan lagi dari dia? Huhh.'


           Apakah aku masih berharap untuk berjumpa dengan dia? Memiliki cinta dia kembali? Ah! Tak habis-habis berangan. Jadinya tak pun.


           Aku membuka langkah pantas menuju ke tingkat bawah Tadika Aulad. Di pertengahan jalan, seorang anak muridku memanggilku dari bawah.


           "Teacher! Teacher Lily. Ada orang bagi surat. Nah." hulurnya. Namanya Syazwana. Syazwana Bt Dato' Izhan Hadiff.


           "Aik? Siapa bagi?" bisikku. Takut guru-guru lain mendengarnya.


           "Papa Wana. Dia pesan suruh bagi Teacher Lily." Syazwana berbisik juga. Pandai bersubahat juga budak ni. Aku tersenyum. 'Entah apa dirasuahnya budak tu lah hai.'


           Wanginya bau. Surat cinta betul ni. Ku simpan kemas di dalam kocek baju kurungku, lantas ku ringankan tangan untuk menolong guru-guru lain menyiapkan makanan buat anak-anak murid tadika situ. Mujur makanan sudah dimasak oleh pekerja di Taska Aulad yang berada tidak jauh dari situ. Jika tidak, alamatnya tidak cukup tanganlah mereka. Mana mahu mengajar tiga buah kelas lagi, memasak makanan, mahu melayan karenah kanak-kanak lagi.


           Nasiblah ada pembantu guru, ringan sedikit beban kami menguruskan kanak-kanak di situ.


           Selesai mereka makan, Mak Jah menyiapkan susu buat mereka yang perlu diberi susu. Itu memang kerja Mak Jah, kerja yang hanya dia saja tahu sukatannya kerana dia sudah lama bekera di situ.


           Ku kemas tempat pembaringan mereka satu persatu. Dipisahkan kepada dua buah bilik, yang perempuan satu bilik, yang lelaki satu bilik. Manakala, beberapa kanak-kanak lelaki yang agak mencabar kredibiliti kami sebagai guru, kami letakkan mereka di ruang tamu. Alasannya, supaya mudah dipantau. Aku pun senang, tak payah turun naik tangga semata-mata untuk memarahi mereka yang membuat bising dan mengganggu teman-teman lain tidur.


           'Hari ni tak banyak songeh budak-budak ni. Penat kena marah dengan Bonda Su lah tu.'


           "Lily, mari makan dulu. Budak-budak semua dah tidur." pelawa Mak Jah sambil menceduk nasi. Aku mengangguk.


           "Haa.. Akak makan dulu ya. Lily nak tengok budak-budak kat atas kejap."


           Aku meniti anak tangga tadika itu dengan perlahan. Aku mengorak langkah ke bilik kanak-kanak lelaki. 'Settle. Tidur dah semua.'


           Aku mencari-cari surat yang ku sisipkan tadi. 'Jumpa dah.' Ku baca dalam hati, risau jika Kak Syu dan guru-guru lain terdengar. Bisa kantoi ni.


           Surat yang wangi baunya itu kukoyak perlahan. Takut ada yang menguping. Bukan boleh percaya ni. Nanti 40 hari 40 malam kena sakat. Tak nak aku.


           'Cantiknya tulisan..' pujiku. '.. Macam perempuan.'


           ' Dear Lily, Assalamualaikum..


 Dah lama rasanya saya tak jumpa Lily sebab saya ada banyak hal yang tak dapat nak dielakkan. Saya rindu Lily sangat. Last week, saya terpaksa jumpa ramai clients, nak cancel tak boleh. Sebab diorang tu orang penting, nak tak nak kena datang juga. Lately ni pun banyak meeting sampai makan waktu lunch saya (spoil betul..). So, tak dapat saya nak jumpa awak. Opss.. tak dapat nak jemput anak saya. Tersasul pulak, ishh. hehehee..


            Dah lama jugakan saya tak datang tadika awak tu? Rindu nak sembang-sembang dengan awak lagi lah macam dulu-dulu sampai kena marah dengan Mak Jah lagi. Asyik-asyik pembantu saya aje yang datang ambil Syazwana. Bila turn saya pulak kan? Rindu nak tengok muka awak yang comel tu. Petang nanti, saya janji saya datang tadika okay.


           Okay lah. See you soon. Bye.


           Salam sayang,
            Izhan Hadiff


            Surat itu kulipat semula. Entah kenapa aku rasa bersalah sangat. Mana mungkin aku dengan dia berkongsi perasaan yang sama. Aku tak punya perasaan pada Izhan, suka sedikit pun tidak. Aku hanyalah seorang guru tadika biasa yang hanya mengajar kanak-kanak berumur 6 tahun. Ya! Kelebihan aku hanya mengajar kanak-kanak. Sedangkan dia ahli perniagaan yang berjaya, mendapat gelaran Dato' lagi. Walaupun perbezaan umur aku dan dia hanya 5 tahun, itu bukanlah masalah bagi aku. Tetapi, darjat dia yang masalah. Terlalu tinggi untuk kucapai.


           Petang itu sewaktu kanak-kanak bermain di taman mini tadika, aku tunggu kehadiran Izhan untuk kuberitahu perkara yang sebenar. Aku tidak mahu lagi bermain dengan perasaan lelaki itu, aku rasa berdosa. Tetapi, nampaknya dia mungkiri janjinya sendiri. Syazwana pulang bersama pembantunya lagi hari ini. Penantianku sia-sia.


           Seketika, Mak Jah memanggil ketika aku ingin ke dapur.


           "Eh, nak pergi mana?"


            "Oh, Lily nak pergi dapur ambil air untuk budak-budak ni. Habis dah. Kenapa?" ku goyang-goyang botol air yang sudah kosong itu.


           "Tu haa.. Pergi tengok. Ayah siapa tu?"


            Aku menyarung kembali sepatu merahku. Kelihatan seorang lelaki segak bergaya berdiri di depan pagar tadika. Sambil memegang cermin mata hitamnya.


           'Ceh.. Bajet smart aje. Izhan pun tak sepoyo kau.' kutukku. Tak pernah nampak pun lelaki ni. Ayah siapa ek?


           "Ya, encik. Anak encik yang mana satu? Nama apa ya?" baik punya bahasa aku bagi bro. Lelaki itu juga mencari-cari kelibat seseorang di taman mini itu.


            Dari arah belakang, Putri berlari-lari gembira. "Pak Su! Pak Su!


           " Oh, Pak Su Putri. Patut tak pernah nampak." tersenyum aku melihat keakraban Putri dengan lelaki yang dipanggil Pak Su tadi. Putri menyalam tangan lelaki itu.


          "Pak Su, ni teacher Putri. Nama teacher, Teacher Lily. Teacher ni lah yang selalu Putri cerita tu. Cantik kan Teacher Lily?" Okay. Pipiku kemerahan sekarang. Apalah Putri ni puji aku depan manusia ni. Haih, malulah aku.


          "Apa Putri ni? Kan teacher  dah malu. Nampak tu pipi dia dah merah. Hehehee."


          Sedapnya dia malukan aku lagi. Kurang ajar dua-dua malaun ni. 'Dah-dah balik.'


          Tersengih-sengih aku mendengar 'pujian' lelaki itu. Kening yang tidak gatal kugaru bajet pura-pura malu la katakan. Cett! Lily Ayuni malu? Boleh blah!


          Hanya terdengar suara Putri ketawa terbahak-bahak melihat temannya, Auni terbongkang di bawah papan gelongsor. Aku turut berpaling, hanya ketawa dalam hati. Tapi, kenapa lelaki ni diam?


          Aku menegah Putri daripada terus mentertawakan temannya yang sudah mula mengalirkan air mata. Adoii, tersengih-sengih Putri menahan tawa.


          Aku terkejut melihat mata Pak Su Putri terdorong melihat gelang yang menjadi hiasan tanganku saat ini.


          "Hello saudara?" tanganku melambai-lambai di depan matanya.


          Dia terhenti dari lamunan.


          "Mana awak dapat gelang tu?" tanyanya ingin tahu.


          "Oh, boyfriend saya.."


           "Pak Su. Jom lah balik, mama cakap nak ajak Putri pergi shopping. Jomlah, jomlah." paksa gadis kecil itu. Aku tak jadi menjawab pertanyaan itu tadi.


           "Oh, okay sayang. Jom balik. Salam Teacher Lily dulu." Putri menurut. Dicapai tangan halusku untuk dikucup.


          "Lily, kami balik dulu." pamitnya lalu kepala ditunduk tanda hormat.


          "Okay." aku berikan senyuman manis buatnya. Tertanya-tanya kenapa dia tanya aku pasal gelang ni. Tertarik nampak.


########

          Sudah dua minggu Putri pulang bersama mamanya. Aik? Sekali jumpa aje dah tak nak jumpa aku lagi dah? Tiba-tiba aku teringat pada Pak Su Putri. Lelaki itu ada sesuatu yang aku cari selama ni. Tapi, apa dia ya?

          "Eh, Lily. Kenapa belum balik lagi ni? Dah nak masuk maghrib dah. Jom, semua budak dah balik. Mengelamun aje dari tadi. Haih." Kak Suhaila mengajakku pulang bersama.

          "Eh, kak. Cuti ni tak balik ke?" soalku.

          "Oh, akak balik esok pagi. Parents akak nak bincang pasal hantaran, so kenalah balik . Untuk masa depan akak jugak. Hehehh. Lily bila nak kahwin ni? Dah 24 tahun takkan tak ada buah hati kot?"

          "Apa akak ni? Ke situ pula. Lily tunggu prince charming Lily datang la baru kahwin. hahaha." gurauku membangkit tawa Kak Suhaila.

          "Hahaha. Haruslah. Anyway, cuti dua minggu ni balik kampung tak? Kirim salam ya kat mak ayah. Okay lah, akak balik dulu ya. Hati-hati balik tu. Jalan tengok kanan kiri. Bahaya anak dara balik sorang-sorang."

           "Ek eleh, macam lah awak tu bukan anak dara." sindirku lantas mengorak langkah meninggalkan Kak Suhaila yang terkekek-kekek ketawa. Jahat punya akak.

          Jauh lagi perjalanan ke rumah sewa, aku membuat panggilan kepada mak. Kata mak, hujung minggu ni dia nak ajak aku ke rumah sahabat lamanya. Tetapi, bukan aku yang pulang ke kampung. Makku yang datang ke Subang Perdana.

          Panggilan bersambut.

          "Hello, mak. Jadi ke nak datang dua hari lagi?"

          "Hish. Jadilah. Apa yang tak jadinya, mak dengan ayah kau ni dah siap kemas barang dah."

           "Wah wah, mak. Ekspres betul tu mak. Tak sabar sangat ke nak jumpa kawan lama tu? Apa lah yang istimewanya." aku cuba mengambil hati mak. Bukan apa, aku berharap supaya mak tidak ke rumah sahabat mak hanya untuk mencari jodoh lagi buatku. Serius aku sudah bosan!

          "Adalah. Dah kata kawan mak, mestilah istimewa. Esok pagi mak bertolak, dalam pukul 12 tengahari tu sampai lah. Malam tu kita pergi rumah dia ya?"


           "Aik? Kenapa malam? Kenapa tak pergi petang esok aje."


           "Kawan mak tu jemput nak makan malam. Takkan datang petang pula. Dah, tak payah banyak songeh. Ikut aje mak, untuk kau juga. Dah, Kak Long kau panggil tu. Esok mak datang dengan ayah kau. Okay, assalamualaikum." salam mak kujawab dalam hati.


           Mungkinkah nak cari calon menantu lagi? Aduss! Parah dah ni sampai nak kena cari-cari bagai. Tak nak aku jadi perigi cari timba. Mak ni pun satu. Ish, bencilah!


########

           Tepat pukul 12.45 tengahari tadi, mak dan ayahku sampai di depan rumah sewaku. Mujur teman serumahku yang lain memberi keizinan untuk kedua orang tuaku berehat di sini.

           "Lily! Lily Ayuni! Dah siap ke belum ni? Kawan mak dah call  mak tadi." teriak mak dari luar bilik.

           'Argh! Tension! Kalau tak ikut tak boleh ke?' hatiku memberontak. "Kejap lagilah mak." jawabku malas.

           Mak turun ke bawah untuk menemani Kak Syuhada bersembang.

           "Hish! Spoil la. Ikutkan hati malas aku nak ikut, dah cakap tak nak ikut, tak nak lah. Nak kahwin pun nak kena paksa. Aku muda lagilah nak cakap pasal kahwin-kahwin ni."

           Bila teringat perbualan mak dengan ayah kat dapur petang tadi, mood happy aku terganggu. Baru nak manja-manja dengan ayah, benda ni memang buat jiwa aku kacau!

           "Wei, Lily. Mak kau suruh turun cepat. Pengantin lelaki dah datang." suara Mutia kedengaran. "Mutia! Aku cili mulut kau karang." jeritku dari dalam bilik. Jahatlah kau Mutia, gelakkan aku.

           Bedak kuoles nipis di pipi. Tak mahu aku dandan lawa-lawa untuk orang yang aku tak kenal. Aku belek baju yang mak belikan dari kampung. 'Hm.. Cantik jugak aku ni kan. Bertuahnya jadi kau kan Lily Ayuni. Heheehe.' masuk lif tekan sendiri ajelah. Tak ada orang nak tolong tekankan cik kak oii.

           Malam itu, lepas isyak. Aku, mak dan ayah menaiki teksi untuk ke rumah 'bakal suamiku' yang entah baik entah tidak tu berdasarkan alamat yang kawan mak berikan. Ku intai reaksi di wajah mak, sungguh aku katakan. Mak tersenyum lebar sampai ke telinga. Kalau boleh senyum sampai belakang kepala, agaknya dah lama mak buat.

           10 minit perjalanan telah membawa kami bertiga ke sebuah rumah.

           'Wah! kaya betul kawan mak. Kelas kau Maria!' desis hatiku.

           Perjalanan yang betul-betul menyeksa otakku, hatiku dan jiwa ragaku. Kalau ikutkan hati, aku lebih rela serah diri kat jerung Afrika daripada kahwin dengan hamba Allah yang aku sendiri tak kenal. Ah! Tak sanggup aku.

           Seseorang menjemput kami masuk. Kami bersalaman. Rupanya orang gaji rumah mewah tu. 'Ingatkan mem besar, baru nak buat perangai tak senonoh. Kasi malu diri sendiri. Wuahahaaa.' hatiku gelak besar.

           Kami bertiga dijemput duduk. "Wah, empuknya sofa ni. Nak bawa balik boleh?" usulku pada mak. Mak sudah mula menjegil-jegilkan mata terhadapku. Ah! Tak nak layan.

           "Haa.. Selamat datang, Kak Maimun. Alhamdulillah sampai juga kan ke rumah saya. Dah lama rasanya kita tak jumpa." seorang wanita yang kuanggarkan usianya lebih kurang mak kelihatan gembira dapat berjumpa dengan mak kembali. Jejak kasih lah pula diorang ni.

           Panas hatiku melihat ayah juga turut bangkit dari sofa dan berpelukan dengan seorang lelaki tua. Mungkin suami wanita tua tadi. Diorang ni siapa sebenarnya, kenapa aku boleh tak ingat diorang?

           "Dah semua peluk-peluk ni kenapa? Aku nak peluk siapa pula?" marahku.

           "Ehem.. Saudari boleh peluk saya." tiba-tiba muncul suara lelaki di belakang telingaku. Kau memang sengal! Bagilah salam ke apa ke dulu.

           "Opocot! Hoi!" kataku terjatuh dari sofa. Terasa seperti jantungku berhenti. Mogok tak mahu berdegup lagi. Gara-gara lelaki biadap ni.

           "Lily?" tanya lelaki itu.

           Mataku terkedip-kedip melihat lelaki sempoi itu. Macam pernah tengok aje. Tapi, kat mana ye?

           "Awak tak ingat saya ke?"

            Aku menggeleng. Mataku tetap meliar ke kiri ke kanan dan ke kiri semula kemudian ke kanan semula. Okay, serius aku tak ingat. "Saudara siapa?"

           "Hai, Teacher Lily!" tiba-tiba kepala seorang budak perempuan muncul dari belakang lelaki itu.

           "Lah, Putri! Putri buat apa kat sini? Eh.." aku teringat sesuatu. 'Putri.. Pak Su.. Pak Su.. Putri. Haa..'

           "Pak Su Putri kan?" tanyaku sopan. Hipokrit kan aku, sekejap baik, sekejap macam perempuan gila. Putri tersenyum, dia berlari menuju ke arah mamanya yang sedang berbual dengan makku.

           Dia mengangguk. Tiba-tiba dia menarik lengan bajuku.

           "Kenapa?" terpinga-pinga aku melihat perbuatannya.

           Dia tersenyum.

           "Awak masih ingat janji kita. Ternyata awak masih menunggu saya selama ni."

            "Awak merepek apa? Gelang ni kawan saya yang bagi. Apa kaitan awak pula? Bukan saya kenal awak pun."

           "'Awak'? Dulu kan awak panggil saya, 'kau' 'aku'. Dah bertaubat ke?"

            Dahiku berkerut empat ratus memandang dia. Apasal aku loading sangat malam ni?

           Tiba-tiba dia menyinsing lengan kemeja polos yang dia pakai tu. Okay, sekarang baru aku nampak. Gelang itu sama dengan gelang yang aku pakai dari dulu sampai sekarang.

           "S.. Su.. Sufi Zahin?" tanyaku gugup.

           "Apakah memang benar kita dah ditakdirkan untuk bersama?"

           "Tak payah nak berjiwang sangat lah kan. Serius ke ni Zahin kawan aku yang lembik dulu? Yang selalu kena buli dulu tu?"

           "Aii, perli kita makan dalam tu. Hati-hati, ada yang nak kena terkam nanti."

            "Tak sangkanya kita jumpa balik. Macamana mama kau boleh tercontact balik dengan mak aku? Rindunya kat kau. Tapi, kenapa kau tak tegur masa jumpa aku kat tadika dulu?" akhirnya lain yang mahu ditanya lain yang terlepas.

           "Saya nak tegur. Tapi, takut salah orang. Kan awak cakap gelang tu 'boyfriend' awak yang bagi." Sufi Zahin tenung aku lain macam aje.

           'Haa, amik kau. Suka hati, perut, limpa, jantung kau aje mengaku dia buah hati kau. Kan kau yang malu sekarang.'

            "Eh, tak. Bukan macam tu. Aku.."

           "Haa.. Aku apaa? Rupanya awak suka saya dalam diam ya? Dah lama ke buat kerja-kerja dalam selimut ni, haa?" aku terperangkap.

           "M.. Mana ada." aku tertunduk. Pipiku sudah terasa bahangnya. Bahang malu!

           "Baik mengaku sekarang. Sebelum saya bagitahu yang lain."

            "Eh, tak. Betul ni, tak. Tak tipu lah!" mataku masih tak mampu melawan pandangan menggoda Sufi Zahin. Benarlah katanya 10 tahun lepas. Dulu memang aku mampu kalahkan dia, tapi sekarang semuanya sudah berubah. Sufi Zahin mampu mengalahkan aku, bukan setakat kalah, dia kini mampu menundukkan aku. Menundukkan perasaanku yang dulunye ego.

           "Kalau tak, kenapa tunduk. Pandang mata saya dalam-dalam. Cakap yang awak tak suka kat saya. Now." Sufi Zahin sengaja nak uji aku. Argh! Apa nak buat ni?

           "Why? Tak boleh buat kan? Tak boleh kan? Saya dah tahu dah perasaan awak yang sebenar. Dulu bukan main berani. Sekarang you are under my control."

            'Under my control?' "Maksud kau?"

           "Awak dah buktikan yang awak sebenarnya suka kat saya. So..."

           "Mana ada la sengal. Kau perasan sangat kenapa? Siapa cakap aku tak boleh cakap?"

           "Aku.. Aku.." terketar-ketar suaraku. 'Lily! Chaiyok Chaiyok! You can do it.'

           Dia memandangku sinis. Keningnya diangkat sebelah, sengaja mahu mempermainkan hati aku. Argh! Benci kau la Zahin.

           "Aku benci kau lah." pass! Eh, aku tak pandang mata dia lah. Lantaklah!

           "Awak fail. Tak apa, saya terima kebencian awak tu. Tapi kan, awak rasa nak tak saya bagitahu diorang pasal perasaan awak kat saya?" Aku menggeleng.

           "Nak ke tak?" tanyanya lagi.

           "Tak nak." ringkas jawapanku.

           "Awak nak kahwin dengan saya tak?"

            Aku menjelingnya sekilas. Kau memang gediklah! "Tak nak."

           "Aik? Tak nak jugak? Hm.. Okay. Kalau saya cakap kat diorang saya tak nak kahwin dengan awak, nak tak?" di bibirnya terukir sebuah senyuman.

           'Biar betul dia ni?' aku ragu-ragu. "Betul?"

           "Nak ke tak?" dia melihat jam Rolexnya.

           'Kalau aku cakap taknak, melepas lah pulak. Tak apalah, mungkin dia bukan jodoh aku kot. Baik aku cakap nak, nanti tak adalah mak ayah aku salahkan aku cakap aku tak nak kahwin pula kan.' aku tersengih.

           "Ehem.. ehem.. Nak ke tak?" dia melihat-lihat kukunya pula.

           Sambil tersenyum, aku menjawab "Nak."

           "Saya tak dengar."

           "Gatal lah kau ni! Tak korek telinga kot. Hm.. Nak lah. Cepatlah bagitahu diorang."

            " Saya betul-betul tak dengar." aku tahu dia berpura-pura mengorek telinganya. Saje je kau kan, Zahin.

            "One more time. Saya tak dengar." aku dah mula panas hati.

           "Aku kata naklah! Nak!" Opss.. Terkuat pula. Semua mata memandang aku. Tertunduk lagi, malunya tak ketahuan hala dah ni. Rasa nak cabut lari je dari rumah ni tinggalkan mak ayah kat sini. Esok datang jemput balik. Boleh tak macam tu.

           Tiba-tiba Sufi Zahin menarikku supaya berdiri betul-betul di sebelahnya.

           Pengumuman ni lah saat yang ditunggu-tunggu. Aku ketawa tak henti-henti dalam hati.

           "Pengumuman pengumuman! Kepada ibu-ibu, bapa-bapa, akak-akak, cik adik manis comel lote yang berada di sini, saya nak buat pengumuman besar. Tadi semua dah dengar kan teriakan keterujaan yang baru dilakukan oleh Cik Lily Ayuni sekejap tadi. Maka, dengan ini saya ingin berkongsi kegembiraan ini di mana bakal isteri saya sudah bersetuju untuk berkahwin dengan saya. Ada bantahan?" Semua yang berada di situ menjerit kegembiraan. Mama Sufi Zahin menangis terharu.

            Mataku terbeliak. Mahu terkeluar biji mataku mendengar pengumuman tadi. Sufi Zahin mempermainkan aku?

           Bahunya aku pukul sekuatnya. "Hoi, batalkan balik announcement tadi." kataku sambil mengetap gigi.

           Sufi Zahin tersengih. "Dah terlambat dah sayang. Sayang tak tengok ke semua orang gembira dengan pengumuman tadi. Sanggup ke nak cancel balik. Mak awak tu dah gembira sangat dah. Awak sanggup ke buat mak awak menangis?" katanya sambil memegang kedua belah tanganku bagi menghentikan serangan demi serangan yang aku hadiahkan tadi.

          Benar katanya. Mamanya juga menangis terharu dengan kesudian aku menjadi menantu perempuannya. Kesudian aku? Sudi ke aku? Apakah benar aku benar-benar sudi menjadi isteri Sufi Zahin dalam erti kata sebenar? Apakah aku mampu menggalas tanggungjawab itu?

          "Lily?" aku kaget.

          "Jangan risau. Selagi saya masih punya nyawa, saya berjanji akan menjaga diri awak, hati awak, keluarga awak sebab once saya dah jadi ahli keluarga awak, saya akan selamanya jadi one part of your sweet family. Okay? Cuba tengok betapa sweetnya mak ayah awak tu." aku melihat ayah menggenggam tangan mak, mungkin memberi kekuatan supaya mak tidak lagi menangis.

          Mungkin juga mak rasa tanggungan mak sudah berkurang. Ye lah, anak gadisnya yang liat jodoh pun dah nak berkahwin.

          "Nanti dah kahwin, awak kena layan saya elok-elok. Manja-manja macam mak, comel-comel macam mama, tak nak dah kasar-kasar macam ni." nasihatnya.

          Aku menjuih bibir. Tidak mahu mengikut katanya. Siapa yang cari pasal, dia tanggunglah!

          "Oh, melawan. Tengoklah nanti dah kahwin, tahu lah saya ajar awak." jelingan maut kuhadiahkan. Tiada apa yang mahu kubalas. Dia sengaja menggali kuburnya sendiri. Erk? Siapa yang gali kubur siapa sekarang ni ek? Aku ke?

          "Mak dah bagitahu awak saya pilih tarikh majlis nikah kita bila?" soalnya memandangku.

          "Mana ade cakap." aku menjawab acuh tak acuh. Aku memandang lagi dua buah keluarga yang bakal bergabung menjadi sebuah keluarga besar. Wah! bahagia lah mak dapat berbesan dengan kawan mak sendiri. Anak mak yang jadi taruhannya.

          "Serius tak tahu?

          "Hm.." jawabku malas.

          "Hehehe. Minggu depan." bisiknya.

          "Oo.." balasku tidak ambil peduli. Tiba-tiba.. "Apa!!" bergema satu rumah mendengar jeritanku. Sufi Zahin ketawa geli hati. Tahulah aku semua ni rancangan dia rupanya!

++++++++++++++++++++

Kadang-kadang cinta itu tak perlu kita jejak kerana ia akan datang mencari kita sendiri. Cinta yang ikhlas adalah cinta tanpa paksaan, Cinta yang jujur adalah cinta tanpa penipuan. Cinta yang sejati adalah cinta yang ALLAH tetapkan buat kita. Maka, jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dengan cinta yang ada dan berdoalah sentiasa semoga mendapat Cinta yang bertunjangkan Cinta Pada Illahi.

=====================================================
## TAMAT ##
=====================================================

Finally, it's me again.. Baru masuk cerpen yang kedua. Cerpen yang pertama ada di sini :

Cerpen di atas diadaptasi dari kisah benar tetapi tetap memerlukan bantuan imaginasi. Aku masih baru dalam dunia ni, sebab tu aku sangat harapkan bantuan korang untuk menilai penulisan aku sama ada boleh diterima atau tidak.

Segala kritikan akan dipertimbangkan dan karya akan datang (yang entah bila) akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Terima kasih!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Lily Ayuni - Bunga lili yang indah
--> Sufi Zahin - Ahli tasawwuf yang cerdik

5 comments:

Fyka said...

Syg...sy ske cra awk olah ayt...smpoi n ok sngt..I like this crpen..Bkn kawen pksa..tp kawen rela...hehe... <3

NajwaUlfah said...

nak tanya, lagu blog awak ni lagu apa ye?and cerita awak best...saya suka :)

Unknown said...

kak fyka : sy nk kena blajar cara olah ayt dgn lbih baik lgi .. btw, tengs 4 d coment .. :D

Unknown said...

najwa : haii awak ! o.. ni lagu randy oangalila ... ala, yg lewat smesta tu ... hehe .. eniway, tengs for d coment .....

Fyka said...

heeeee.....sy pn kne bljar gak... :D