CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Thursday, April 26, 2012

Kekasih Sampai Mati Boleh?


            Sesak nafasku terus-terusan dihimpit orang ramai semasa menuju ke booth yang ditujui adik lelakiku.

            Ilham cepat-cepat menarik tanganku yang semakin jauh tertinggal ke belakang.

            "Kak Lia. Jalan lah cepat sikit. Lambatlah akak ni. Am nak pergi booth tu cepat nanti barang free habis." adikku melangkah laju langsung meninggalkan aku dengan Khairi.

            "Perangai tak boleh blah. Pergi dulu lah, nanti apa-apa akak call. Tak sabar langsung." kataku sedikit meninggi. Bukan apa, bingit booth-booth Selangkah ke UiTM ni betul-betul mengalahkan pasar malam. Agak-agak bising pasar malam pun tak seteruk ni.

            Aku berhati-hati mencelah dalam keramaian orang di booth itu, kupaling wajah ke belakang. "Aik? Hilang juga mamat ni. Masalah betul lah keluar dengan orang jantan ni. Ish." omelku.

            "Ramai juga yang datang hari kedua ni. Ingatkan hari pertama saja ramai."

            Maklum saja lah, budak-budak lepasan SPM memang perlukan pendedahan mengenai universiti yang bakal mereka masuki beberapa bulan saja lagi. Itu yang sibuk bertanya sana-sini. Kursus apa yang diminati, kepakaran apa yang dimiliki dan karier apa yang dihajati. Ya, itu antara perkara yang ditanya oleh pelajar-pelajar yang menguruskan booth universiti masing-masing. Ada yang dari UTM, UniTEN, UniKL dan banyak kolej lagi.

            Adik aku ni entah apa dia mahu pun aku sendiri tak tahu. Masa sekolah ambil aliran sains tulen tapi aku lihat minatnya terlampau mendalam dalam bidang seni. Macam aku juga.

            Apa ingat budak seni tak boleh cari makan ke? Aku dulu pun ambil seni dan lukisan juga, bawah textile. Okey saja aku rasa, tak ada lah susah sangat nak cari duit kalau rajin. Kalau aku malas, jangan cakap lah. Berus gigi, seluar dalam sendiri pun tak mampu nak beli.

            "Fuhh. Lega.. " akhirnya, lepas juga aku dari dihimpit orang yang pelbagai. Mataku tercari-cari kelibat Ilham, namun tidak berjumpa.

            "Booth mana pula budak ni pergi. Akak call tak angkat." aku masih mendail nombor adikku.

            Aku menepuk dahi. Mana lah budak ni nak angkat, bisingnya ya ampun!

            Langkah ku susun ke booth UiTM yang tidak jauh dari situ, hanya selang 5 buah booth lain. Di sini lah aku diajar menjadi seorang manusia berguna buat masyarakat, aku diajar dan dilatih menjadi pereka fesyen yang memiliki idea-idea kreatif mengikut trend semasa.

            Langkahku menghampiri booth itu dan mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang ku kenali. "Sengal kau, Khai. Kau tinggalkan aku sendiri. Jaga kau." ujarku geram.

            Tiba-tiba, bahuku terlanggar seseorang. Buku yang dipegangnya jatuh bersepah.

            "Mak oii, sakitnya!" ku gosok perlahan bahuku sambil bangun dari jatuh tadi.

            Aku rasa aku yang bersalah dalam hal ni sebab aku jalan tak pandang kanan kiri. Main terjah saja, konon nak serang Khai lah bagai.Alih-alih serang salah orang daaa.

            "Err.. Maaf maaf." kataku seraya membantu lelaki itu mengangkat kembali bukunya. 'Student juga kot?'

            "Oh, maaf. Saya salah, pegang buku tak tengok orang lalu lalang." kesalnya. Okey, orang dah mengaku salah, salah dia lah tu.

            "Eh, tak ada apa lah." ujarku memaniskan muka. Aku ingin segera berlalu untuk ke tempat Khairi.

             Tahu lah muka aku lawa. Tak payahlah tenung aku macam tu. Aku memetik jari di hadapan mata lelaki itu. "Encik.. encik.."

            "Err.. Haq." dia memberitahu namanya.

            "Sorry?" aku mengerut dahi. Tiba-tiba saja dia ni.. pelik!

            "Haq. Nama saya Mikrajul Haq." wah! Sepelik namanya juga.

            "Ohh sedap nama. Saya Alia. Ilman Alia. Maaf tapi saya nak cepat ni. Okey, jumpa lagi. Bye."

            "Okey." jawabnya ringkas.

            Kataku terus mengatur langkah menuju ke tempat Khairi. 'Nak kena Khairi ni.' Terus ku tepuk belakangnya menggunakan beg tangan kecilku.

            "Hoi, kau kenapa tinggal aku sorang-sorang? Dah lah Ilham tinggalkan aku, lepas tu kau pula. Aku tinggalkan kau orang kat sini karang, menangis tak berlagu lah kau orang. Balik jalan kaki." sengaja aku mengugut. Sudahlah penat jadi mak cik drebar untuk dia orang, malah aku pula ditinggalkan tak berteman.

            Aku berpaling melihat lelaki yang ku langgar tadi. Wah, terpacak di situ lagi lah. "Muka macam tahan rasa saja mamat ni." bebelku setelah melihat lelaki pelik tu berlalu.

            "Mik.. Mikajo ke tadi? Aku ingat Haq saja. Sorry lah bro, aku tak ingat nama kau. Canggih sangat, tergeliat saraf-saraf lidah aku nak sebut."

             Khairi menolak bahuku. "Kau kenapa? Membebel sendiri, meroyan ke apa? Baru kena tinggal sekejap."

            "Banyak lah kau. Aku back kick kau karang, jangan menyesal." Khairi tersengih.

            "Kau buat apa sini? Aku call Ilham tak angkat. Mana nak cari dia ni?"

            Panasnya hati aku dia buat bodoh saja dengan aku. "Wei, aku cakap dengan kau ni." nadaku meninggi.

            "Rilex lah bro. Tak adanya budak tu hilang. Dalam ni juga lah. Lia, tolong aku. Kau kan pandai bab-bab bertanya ni. Aku tengah cari info untuk adik aku ni, Lina cakap dia minat fisioterapi tapi aku tak tahu nak tanya macam mana."

             "Sah-sah lah kau tak tahu nak tanya apa sebab kau tu mechanic, bukan dalam area medic pun. Patutnya kau ajak Lina datang, senang sikit. Apa lah bengapnya otak kau ni." tiada reaksi marah dengan kata-kataku. Kalau dah dungu tu memang dungu juga akhirnya.

########

            "Lia, baju kebaya Adira dah siap?" tanya Kak Jun, pembantu Datin Marlianis.

            "Ohh siap dah kak. Kejap Lia ambil di belakang." jawabku terus berlari-lari anak ke bilik belakang yang dikhaskan untuk menyimpan baju pelanggan.

            "Nah, baju artis. Hot dari ladang ternakan Ilman Alia. Tak sangka Lia, ada juga artis nak buat baju dengan kita kan, kak."

            "Mana taknya, Datin Mar kan ada link dengan selebriti. Dah semestinya lah Boutique D'5 ni ambil tempahan artis juga. Lia patut bersyukur ada juga artis yang nak pakai baju hasil jahitan Lia."

             "Wah.. alhamdulillah, Kak Jun. Bertambah-tambah pahala Lia lah lepas ni. Berbakti pada artis tanah air kita. Lepas ni, kalau Lia nampak artis-artis tu pakai baju yang Lia jahit, boleh lah Lia jerit kuat-kuat cakap 'baju dia tu aku yang jahit wei.. Baju artis tuuu aku jahit, aku ada. Kau ada?' Kot-kot lah kan boleh tumpang glamour sekali."

            "Angan-angan tinggi melangit nampak."

            "Iya lah kak. Untung-untung dapat masuk melodi free. Sekali tajuk utama dia ARTIS BARU POPULAR MENINGKAT NAIK RUPANYA SEORANG TUKANG JAHIT BAJU ARTIS. HEBAT! Kelas kau jah..." aku menepuk-nepuk tangan buat diri sendiri. Kak Jun dan Laila tergelak.

            "Apa barang dik popular sebab kontroversi." kata Kak Jun sambil menyusun baju-baju untuk digantung sebagai contoh kepada pelanggan.

            "Ehh, okey apa. Neelofa pun naik sebab gosip, takkan Lia tak boleh kot? Kan Laila?

            Laila tersengih dari tadi. "Kak Jun tak tahu ke tu lah bakat terpendam Lia. Dia memang pakar bab-bab imaginasi melangit, menggunung ni. Kalau boleh semua nak gah."

            "Sengal lah kau, Laila. Kau tak nak back up aku tak apa. Nanti bila dah jadi artis, aku tak nak ambil kau jadi PA aku."

            "Werk.. Kau offer gaji 5K pun aku tak nak. Siapalah yang nak, kan Kak Jun. Kalau Lia iklankan pun, penganggur yang dah 5 tahun menganggur pun tak berhenti nak baca offer dia." Laila sengaja mengenakan aku. Aku turut ikut tergelak bersama mereka.

            Tingg.. Tingg.. Pintu kaca lutsinar butik dibuka.

            "Amboi, gelak sakan. Sampai parking lot luar tu boleh dengar Laila mengilai. Tak nak share dengan aunty ke?"

            Aku menahan perut yang sakit kerana terlampau banyak ketawa.

            "Tak ada apa aunty. Saja bergurau senda, kurangkan tekanan sikit." ketawaku masih bersisa.

            Datin Marlianis meletak beg tangan dan fail di tangannya di atas meja kaca kecil di depan kaunter butik. Dia mengemaskan susunan patung-patung di butiknya itu. Dia tersenyum mendengar kataku. Bagi dia lawak kot.

            "Mana tak gelak Datin. Lia ni berangan nak jadi artis baru popular konon. Pigiidah!" Laila menyampuk.

            "Mana ada. Tipu.. tipu.." tingkahku. "Tak nak kalah juga budak ni. Hehehee." Kak Jun menambah.

            "Sudah-sudah lah tu gaduhnya. Jun pun satu, sakat budak ni tak ingat dunia. Ingat, awak tu pregnant. Jangan gelak sakan sangat, nanti tak sedar pula baby dah keluar."

            Giliran aku untuk gelakkan Kak Jun pula. Kak Jun menjeling geram padaku. 'Padan muka!'

            Datin Marlianis hanya menggeleng-geleng melihat perangai pekerjanya yang agak kebudak-budakan itu. 'Haih, macam-macam perangai kan aunty.' desis hati kecilku bagi pihak Datin Marlianis. Aku tergelak sendiri.

            Aku lupa beritahu. Datin Marlianis adalah pemilik Boutique D'5 ini dan sudah 7 bulan aku bekerja dengannya. Perasaan gembira yang tak terluah dengan kata-kata bila aku diterima bekerja di butik ini selepas dia memutuskan supaya aku menjadi pereka fesyen di butiknya. Bukan kerana mamaku adalah kenalan Datin Marlianis tapi kerana hasil usahaku sendiri dalam menghabiskan pengajian ijazah seni dan lukisan dan aku telah menghantar hasil karyaku ke beberapa buah butik terkenal. Dan akhirnya, rezekiku berada di Boutique D'5 ini. Aku bersyukur.

########

            "Lia tak nak fikir dah lah pasal jodoh, pasal kahwin ni. Lia dah penat lah, ma. Dulu masa dengan Airil, mama kata dia okey. Lia ikut saja apa kata mama and lastly dia yang tinggalkan Lia. Shukri pula mama kata dia alim. Alim apanya dia, ma? Merokok lepas tu pergi kelab malam. Nasib lah kawan Lia bagitahu, kalau tak agaknya anak mama ni dah merana, tiap hari makan perut berulamkan limpa kot kan." luahku.

            "Tapi, sayang. Ni last. Mama mohon ni yang last. Lepas ni Lia buatlah keputusan sendiri okey, Lia?" pinta mama bersungguh-sungguh.

            "Pa, Lia tak nak."

            "Lia.. Dengarlah kata mama kamu. Dia tahu mana yang baik buat kamu." nasihat papa.

            "Alah, papa ni. Sama saja dengan mama." rungutku.

            "Dah tu, takkan Lia nak membujang sampai ke tua?"

            "Why not?"

            "Why not? Dia kata why not, abang?" mama memandang papa tidak percaya.

            "No, I won't let you be an andartu. Nanti Lia tak ada anak, tak ada penyambung keturunan macam mana?" soal mama.

            'Lagi senang kot ma. Tak banyak masalah. Hehee.' hatiku menjawab nakal.

            "Laa mama ni. Lia baru 25 tahun, muda lagi. Lia nak kerja dulu, cari duit banyak-banyak."

            "Haaa iya.. 25 tahun muda lagi. Masalahnya, Lia dah 25 tahun pun tak ada kumbang yang melekat pun." tajam kata-kata mama menusuk hatiku. Ah mama ni!

            "Kumbang melekat buat apa, ma. Kumbang tu serangga, nak ajak kahwin buat apa? Bukan boleh lafaz 'aku terima nikahnya Ilman Alia bla.. bla.. bla..'" aku tersengih melihat wajah mama merah.

            "Eee, budak ni!"

            "Lia tak kira. Lia tak nak juga."

            "Mama tak peduli. Lia nak atau tak, mama tetap akan jodohkan Lia dengan anak kawan mama tu. Muktamad!" huhh.. Biar betul mama aku ni? Tak pernah-pernah nak paksa sampai macam ni.

            "Paa..." aku mohon simpati dari papa. Papa hanya menjongket bahu. Ah papa juga!

########

            "Siapa nak tolong aku ni Khai?" aku meminta pendapat Khairi.

            "Apa kau susah, ikut saja lah kata mama kau. Tak luak pun, kau cuma perlu ikut apa yang dah dirancangkan mama kau saja."

            "Oi mangkuk tingkat bertingkat-tingkat! Tak luak kau cakap? Luak masa aku la bro. Tak ada masanya aku nak pergi dating dengan mamat masalah mana pula lepas ni. Cukup-cukup lah 4 kali aku ditipu. Dengan mama aku, dia orang baik gila. Pijak semut pun tak mati, wei. Depan aku semuanya manis macam lolipop, gula-gula kapas bagai. Belakang aku, manis macam kencing manis." luahku pada Khairi petang itu.

            "Kau prasangka buruk sangat lah."

            "Apa buruknya? Betul lah aku cakap tu."

            "Kau ikut saja lah. Mungkin dia yang terbaik buat kau kali ni."

            "Ah, tak mahu aku. Aku rela dating dengan beruk kat zoo daripada dengan mamat tak kenal tu." wow! Beraninya kenyataan maut aku ni.

             Otakku ligat memikirkan penyelesaian. Ada kawan pun, bukan nak tolong.

            "Hmm.. Macam mana kalau kau jadi secret partner aku? Ala-ala boyfriend aku juga lah."

            "Great idea! Tapi sayang, aku tak nak masuk campur lah."

            "Bodohlah kau tak nak tolong aku. Aku tengah susah ni." hatiku geram dengan lelaki ni. Rasa nak ketuk saja kepala bedul kau dengan spanar. Biar padan muka kau.

            "Aku tak nak terlibat apa-apa dah. Kali ni kau patut selesaikan sendiri masalah kau. Cuma aku rasa solusi paling baik apa kata kau datang untuk tengok lelaki tu and then kau blah. Cukup baik lah kau dapat tengok muka dia hensem ke tak kan?"

             Aku memikirkan kelogikan idea Khairi supaya aku dapat lari dari berjumpa dengan lelaki pilihan mama.

            "Tak sangka mekanik macam kau pun ada otak genius kan. Good, okey lah. Aku blah dulu, thanks lah sebab kau bagi aku cadangan baikk punya!" thumbs up untuk kau, Khairi.

########

            2 hari berlalu.

            Petang ini aku harus memulakan strategi baruku. Nantikan saja wahai Encik Miftah Naufal, ketibaan gadis cantik manis bernama Ilman Alia bt Syafiee. Wah kupas limau telan sendiri kau kan, Lia. Aku tergelak.

            Aku melangkah masuk ke Restoran Aura Seri yang berdekatan dengan tempat kerjaku. Bila aku betul-betul yakin lelaki itu adalah Naufal, cepat-cepat aku tinggalkan restoran itu.

            Sudah 1 jam 5 minit berlalu.

            Aku mahu menjenguk Naufal sama ada masih berada di restoran tersebut atau sudah berputus asa. Tiba-tiba pintu butik ditolak kuat dari luar. Aku tak dapat seimbangkan diri terus terjatuh ke belakang semula. 'Ah bala apa lagi petang ni.'

            "Awak okey?" orang itu menghulur tangan. Aku membiarkan.

            "Errr.. Awak?" terkebil-kebil aku memandangnya.

            "Wow! Bertuahnya saya dapat jumpa awak lagi Cik Ilman Alia. Apa khabar?" soal lelaki itu. Okey, sekarang aku mengaku aku dah lupa nama dia. 100 percent lupa, serius tak tipu bro. Apa ke peliknya entah nama dia tu.

            "Ohh baik. Maaf, saya ada hal kejap. Bye." kataku sambil mengesat debu halus yang melekat di punggung.

            "Okey."

            Sesampai aku di restoran Aura Seri semula. Aik? Cepatnya dapat pengganti. Macam kenal saja perempuan tu. Hmm.. Tak sia-sia aku tinggalkan kau kan, rupanya sekejap saja dapat pengganti. Kalau aku terima kau, dah lama aku didua, ditiga dan diempatkan kot. Tak nak aku!

            Sekembalinya aku ke butik, aku terlupa tentang lelaki yang melanggarku di booth itu sehinggalah lelaki itu menegur aku. Kusut kusut ! Dengan mama, dengan Naufal lagi.

            "Alia. Awak sihat?" aku mengangguk dan melemparkan senyuman. Dia terdiam. Lahh tergoda lah tu. Hahahaaa..

            "Helloo.. Apa awak buat di sini? Tempah baju untuk girlfriend ke?" usikku sambil berjalan ke kaunter.

            "Hahaa. Bukanlah, saya datang nak jumpa awak." dia tersengih.

            Aku mengerut dahi memandangnya.

            "Tak percaya?" soalnya.

            Cepat-cepat aku menggeleng kepala. Pelik juga ni, mana dia tahu aku kerja di sini?

            "Mesti awak pelik kan saya tahu awak di sini." dia mengangkat kening sebelah.

            Macam tahu-tahu saja dia ni. "Mana ada. Kebetulan saja ni." aku menjuih bibir.

            Dia tergelak.

            "Awak kerja di butik ni ke?"

            "Awak nampak saya tengah bekerja ke buat tempahan?"

            "Hehee. Tak nampak dua-dua. Saya nampak awak tengah bersembang dengan saya saja."

            "Suka hati awak lah." malas mahu melayan. Aku terus menyusun pakaian artis yang baru dihantar siang tadi.

            Aku sengaja membiarkan lelaki itu duduk di sofa sendiri. Macam menunggu seseorang saja dia ni.

            "Alia, awak sibuk tak tengahari esok?" kerjaku terhenti.

            "Sibuk sangat." aku menyambung kerja.

            "Sibuk sampai tak lunch ke?"

            "Tak sempat." tak sempat apanya? Walhal selalu sempat saja melantak dengan Laila tiap kali waktu lunch. Belum waktu lunch pun kita orang dah bedal nasi dulu. Nasib lah, Datin Marlianis tak marah. Kalau tak, naya.

            "Esok teman saya lunch. Nanti saya minta izin bos awak."

            "Bos saya tak ada lah. Tak payah susah-susah tanya. Anyway, awak datang sini nak tempah baju ke nak ambil baju, lupa nak tanya tadi."

            "Saya datang nak ambil tuan yang reka bajunya. Boleh?"

            "Siapa?" setahu aku yang reka baju kat situ, aku dengan Kak Jun. Takkan Kak Jun pula?

            "Nak jumpa Kak Jun ke?"

            "Saya nak ambil awak lah." usiknya. "Merepek lah awak. Malas nak layan." cebirku.

            "E'eee, comelnya muka dia muncung-muncung. Hahahaaa." kurang asam betul!

            Datin Marlianis keluar dari pejabatnya bersebelahan stor belakang.

            "Eh, Haq! Datang pun. Ingat tak mahu datang butik mama ni dah." Haq! Haa nama dia Haq. Baru aku ingat.

             'Erkk? Mama? Aunty Anis mama Haq? Biar betul? Takkan lah..' aku menggeleng.

            "Haq.. Mama ingat tak nak datang sini dah. Lama sangat dah tak datang sini, ingatkan nak duduk saja di UniKL tu. Mengajar saja."

            'Mengajar? UniKL? Eh, lecturer ke?' persoalan berteka-teki di benakku.

            "Ada pula macam tu. Haq tak ada masa saja, sekarang ni baru tergerak hati nak datang. Patutlah Haq dapat feel indah-indah saja masa nak datang sini, rupanya butik mama yang ni ada tanam bunga segar berkembang ya ma. Haq nak petik tanam dalam taman Haq boleh tak?"

            'Kenapa kau pandang aku pula? Aku manusia bukan bunga. Bongek betul!' bentak hatiku.

            "Kalau yang tu, kena tanya pemilik tamannya la baru boleh petik bunganya. Mana boleh curi-curi petik." Lahh, aunty pun nak berkias juga. Menyampahnya aku!

            Aku berkerut dahi. Lantas ku susun langkah ke bilik belakang meninggalkan dua beranak yang tak habis-habis berkias bagai.

########

            "Hello.. Lia?"

            "Ya, ma. Lia ni. Kenapa?" ujarku sambil menutup buku akaun butik milik Datin Marlianis.

            "Lia.. Mama minta maaf kalau selama ni mama selalu paksa Lia terima pilihan mama. Kali ni mama serahkan pada Lia untuk menentukan pasangan hidup Lia sendiri. Mama minta maaf ya, sayang." kata mama.

            "Ma.. Lia yang patut minta maaf dengan mama. Lia selalu tak nak terima pilihan hati mama sampai semuanya gagal sebab Lia. Lia minta maaf juga ya ma." ujarku sayu.

            "Lia, mama nak tanya sikit. Kalau seseorang datang meminang Lia, Lia nak terima atau tak?" tanya mama. Pelik! Jangan cakap dah ada yang masuk minang aku? Tapi, siapa? Advance betul, sebelum ni mama cuma suruh aku keluar dating saja. Tak ada pula yang plan nak masuk minang aku.

            Lama aku berfikir. Bukan mudah menentukan masa depan kehidupan. Apatah lagi, kehidupan berumahtangga.

            "Ma, Lia rasa Lia bagi hak untuk terima atau tolak pada mama dan papa saja. Lia akan terima apa saja keputusan ma. Lia tahu mama dengan papa tahu apa yang terbaik buat Lia. InsyaALLAH, Lia redha. Lia terima saja keputusan itu nanti."

            "Lia pasti dengan keputusan Lia?"

            "Ya, ma.."

########

            Bila teringat lafaz nikah pagi tadi buat aku tersenyum. Memang betul-betul tak sangka rupanya rombongan meminang itu datangnya daripada keluarga Datin Marlianis. Mulanya aku terkejut kerana aku ingatkan peminangan itu daripada Miftah Naufal, tidak ku sangka rupanya dia ialah anak sulung Datin Marlianis. Ternyata peminangan tersebut daripada jejaka bernama Mikrajul Haq.

             Sungguh aku tak sangka, kini aku sudah sah menjadi hak yang halal buat lelaki itu. Walaupun aku kepenatan selepas majlis resepsi malam tadi namun majlis itu berjalan lancar. Syukur alhamdulillah!

            Tidak lekang senyuman di bibirku!

            "Aku terima nikahnya Ilman Alia binti Syafiee dengan mas kahwinnya sebanyak RM999.99 tunai..."

             Menitis air mataku saat kalimah itu dilafazkan. Kucupan di dahiku oleh Haq tadi masih terasa hangat sampai sekarang! Haq yang menggenggam erat tanganku tadi memberi keyakinan dan kekuatan untuk aku terus tabah dan pastikan aku bahagia di sampingnya!

             Tangan kanan Haq ku kucup lembut. Dahiku dielus perlahan olehnya. Doa yang dibacakan oleh Haq tadi benar-benar menyentuh sanubariku, di wajahnya terpancar sinar bahagia. Apakah dia benar-benar mencintaiku? Jika benar, aku akan cuba membalas cinta sang lelaki di hadapanku ini. Istimewa buat suamiku, Mikrajul Haq.

            "Alia, Alia pasti dengan keputusan Alia untuk terima abang sebagai suami Lia?" soalnya berpaling menghadap wajahku. Dia membuka songkok yang menutup kepalanya.

            "Kita dah sah pun. Soalan tu tak patut keluar dari mulut awak."

            "Maaf. Tapi, mungkin keputusan abang tak dapat memuaskan hati Alia. Iya lah, kita kan tak berapa kenal sangat tapi tup-tup kita kahwin."

            "Bagi Lia, pilihan keluarga adalah yang terbaik. Mama dan papa tahu mana yang terbaik buat Lia." aku tersenyum memandangnya.

            "Jadi, Lia terima abang sebab pilihan orang tua? Bukan kemahuan Lia?"

            Aku terdiam. "Kenapa awak tanya?"

            "Err.. Tak ada apa. Lia, terima kasih sebab sudi terima pinangan abang. Abang bersyukur sangat-sangat."

            "Awak berterima kasihlah pada mama, bukan pada Lia. Lia hanya menurut keputusan mama saja."

            Dia membalas senyumku. Tapi, matanya seperti tidak gembira dengan jawapanku. Kenapa ya? "Lia.. Betul ke Lia tak ada sesiapa dalam hati?" tanya Haq.

            "Maksud awak?"

            "Siapa lelaki yang Lia tepuk kat booth tu masa mula-mula kita kenal dulu?"

            Fikiranku ligat berfikir saat-saat awal perkenalan kami. Ohh itu Khairi.

            "Maksud awak Khairi ke? Itu bestfriend Lia lah. Lia kenal dia dari kita orang kecil lagi. Kenapa tanya?"

            "Ohh saja..."

             Malam itu kami tidur tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain. Kami tidur seperti hari-hari sebelum perkahwinan kami, cuma malam ini kami tidur berteman. Apa salah aku? Apa yang membuatkan dia terasa dengan aku? Duhai suamiku, beritahulah padaku perasaanmu yang sebenarnya tika ini.

########

            Sudah dua minggu usia perkahwinan aku dan Haq. Aku seperti biasa saja walaupun sibuk di butik, namun tanggungjawabku sebagai seorang isteri tidak aku abaikan. Tetapi, tidak bagi Haq. Aku tak merasa langsung kemanisan hidup berumah tangga. Kalau boleh aku beritahu pada mereka yang bakal berkahwin, perkahwinan itu sebenarnya tidaklah semanis seperti yang disangka. Kalau tak makan hati berulam jantung, kau makanlah kayu berintikan batu. Sedihnya hidup lepas kahwin ni.

            Aku seperti tidak wujud di depan matanya. Apa salah aku? Mungkin Haq sengaja mahu mengujiku. Aku akan tetap sabar.

            Masalah ini tidak aku ceritakan pada sesiapa. Aku hanya memendam sendiri perasaanku sehinggalah satu hari mamaku meminta agar aku pulang ke rumah untuk menemani papa yang tiba-tiba jatuh sakit. Mama diminta oleh pengerusi persatuan yang mama sertai supaya menjadi wakil ke Penang. Sudah puas ditolak tapi mama tetap didesak kerana mama setiausaha persatuan jadi, mahu tak mahu, mama diwajibkan mengikut mereka ke sana.

            Dan aku terpaksa menyetujui permintaan mama. Terpaksalah aku tinggalkan Haq 4 hari ni. Hai, rindu tak berpenghujung lah aku nanti. Erkk? Perlu ke aku rindu dia sedangkan dia tidak. "Haq.. Kenapa awak berubah.." rintih hatiku.

            Malam itu, sekembalinya Haq dari kolej tempat dia mengajar. Aku mendekatinya sewaktu dia sedang menonton televisyen.

            "Abang.." wah! Aku kini sudah pandai membahasakan dirinya sebagai abang. Bukan apa, sengaja mahu mengusik emosinya. Dia sendiri terkejut apatah lagi aku. Malu malu!

            "Hmm.." dia menoleh namun tidak lama. Terus dia berpaling semula.

            Haih, apa lah nasib saya berlakikan awak, Haq. "Saya nak minta izin balik rumah. Mama saya minta saya tinggal di rumah. Papa saya sakit." kataku takut-takut.

            "Papa sakit apa?" tanya macam peduli pula.

            "Entah, mama kata papa tiba-tiba sakit."

            "Mama tak jaga ke?" soalnya. "Mama kena pergi Penang, ada hal di sana. Mama tak boleh elak."

            "Takkan husband sendiri sakit pun sanggup tinggalkan macam tu saja." katanya sinis.

            Hatiku panas. "Abang sindir mama ke?"

            "Tak. Lia terasa ke?" aku menjelingnya. Matanya masih tertancap di kaca tv.

            "Boleh ke tak ni?" malas mahu bertekak.

            "Esok abang hantar. Tapi, lama ke duduk sana?" kalau lama pun apa salahnya. Sekurang-kurangnya aku ada teman berbual. Daripada tinggal dengan suami macam tak ada suami saja.

            "Tak apa. Khairi datang ambil."

            Dia menoleh. "What?! Tak boleh. Biar abang hantar."

            "Tak apa lah. Esok kan abang ada kelas, Lia pergi rumah mama dalam pukul 12 tengahari." bantahku.

            "Abang tak benarkan Lia pergi dengan Khai. Biar abang hantar. Lagipun dari sini 1 jam saja ke rumah mama." dia masih mahu menang.

            Baiklah. Aku mengalah. "Okey."

            Malam itu aku mengemas semuanya. Wah Lia! Macam nak pergi sebulan saja kau ni.

            Esoknya, semasa Haq menghantarku ke rumah mama. Aku bungkam dalam keretanya. Sejujurnya, aku mahu bersembang dengannya sebelum berpisah sementara. Namun, tiada satu topik yang mampu menarik minat dia untuk berbual. Baik aku senyap daripada kena marah. Dahi Haq kulihat berkerut-kerut sambil jari kirinya memegang dagu. Seperti sedang memikirkan sesuatu!
           
            "Abang fikir apa?" tanyaku berani.

            "Tak ada apa." dia senyap kembali.

             Aku melompat keluar dari perut kereta. Mesti dia fikir perangai aku tak semenggah. Macam budak-budak. Ahh apa aku kesah?

            Mama menyambut kedatangan kami. Aku melepaskan rindu pada mama, papa dan Ilham. Erkk? Ilham mana ada. Dia sudah menyambung pelajaran di peringkat diploma di UiTM. Akhirnya lepas juga keinginannya untuk mengambil jurusan seni dan lukisan seperti aku.

            Mama melayan Haq. Wah wah Haq.. Depan mama boleh pula dia bergurau-senda, gelak ketawa, manja-manja dengan aku. Hipokrit! 'Mama! Haq tipu mama!' bentak hatiku memarahi Haq.

            "Lia di sini nanti jangan keluar-keluar jumpa kawan lelaki Lia ke apa. Mentang-mentang abang tak ada depan mata." pesannya. Mama tersenyum.

            "Iya lah abang sayang. Lia janji, abang pun kena janji jangan cari yang lain bila Lia tak ada di rumah. Mana lah tahu, kuota abang kan ada lagi 3. Kot-kot lah ada yang lain." aku menjuih bibir. Haq menekan hidungku. "Nakal isteri abang ni kan."

            Kalau lah begini layanan Haq semasa di rumah kami sendiri, alangkah indahnya.

            "Haa lagi satu bang. Lauk semua Lia dah masak, Lia simpan dalam peti. Kalau abang nak makan, abang panaskan lah ya. Baju abang semua Lia dah gosok, ada dalam almari belah kiri. Cukup untuk 4 hari ni." aku mengingatkan.

            "Okey." dia memandangku sekilas terus dia memasuki perut kereta. See! Lihatlah betapa hipokritnya suamiku ini bila mama tiada di sebelahku. Ish!

########

            Sepanjang 4 hari ni aku rasa tidak keruan. Namun, apakan daya. Suami yang disayang-sayang langsung tidak beri perhatian langsung pada aku. Tiada langsung panggilan diterima daripada Haq apatah lagi SMS. Hatiku pedih lagi sedih tiap kali terkenangkannya.

            Apa guna kahwin kalau ini yang aku dapat. Menyesal ke aku?

            Papa semakin sembuh dari sakitnya. Rupanya papa tidaklah sakit teruk sangat cuma doktor kata papa penat dan kurang rehat. Jadi, ubat untuk sakit papa adalah berikan papa rehat yang secukupnya dan teman papa bersenam. Ni yang aku suka, sudah lama aku tidak bersenam bersama papa selepas aku memulakan kerja di Boutique D'5.

            Sebut tentang butik, mama aku lagi satu iaitu Datin Marlianis sangat baik pada aku setelah aku sah menjadi menantu keduanya. Rupanya anak sulung mama Anis, Miftah Naufal sudah lama kenal dengan Laila. Sekarang mereka berdua sedang merancang untuk bertunang. Aku dulu pun tak adanya bertunang-tunang, terus sauk saja. Dipinang terus kena kahwin. Ekspres kan aku kahwin. Bermenantukan pekerja lagi lah mama Anis lepas ni. Mujur, mama Anis bukan jenis yang memilih. Kalau memilih, mahu Laila kena tolak mentah-mentah sebab bercinta dengan Naufal senyap-senyap.

            Terdetik dalam hati aku untuk membuat kejutan untuk Haq. Lantas,semua pakaian kukemas cepat. Sebentar lagi mama akan sampai.

########

            Pintu rumah kutolak perlahan. Tidak mahu Haq perasan kehadiranku.

            "Kalau boleh I nak you, bukan orang lain. Demi I, please." rayu Haq. Haq merayu?

            Aku menguping perbualan Haq dan seorang wanita di balik dinding. Cantiknya dia!

            "I tak minta yang lain. I cuma nak minta tolong you satu ni saja. Tolong buat seperti yang kita rancangkan. I nak Lia sedar." Erkk? Lia? Nama aku tu. Dia orang bual pasal aku ke? Siapa wanita tu? Kenapa dia senang-senang masuk rumah ni?

            Aku mendekatkan telinga. Tiba-tiba tanganku yang memegang beg baju tertolak pasu.

            Prangggg!!

            'Habislah...' hatiku gusar.

            Aku berlari menyorok di belakang dinding. Berharap tiada siapa menemuiku. Alamak!! Beg!

            "Lia! Lia!" Haq memanggilku. Hatiku sedih tiba-tiba.

            Janganlah kau gugur wahai air mata. Aku menahan air mata dari jatuh. Aku tidak mahu Haq menemuiku dalam keadaan seperti ini.

            Dan kebetulan Haq ternampak jubah hitamku yang berombak ditiup angin pagi. Masalah betul!

            "Lia.. Lia bila balik?" Gulpp! Kan dah tak boleh nak main sorok-sorok dah.

            "Errr. Baru sampai. Saja nak buat surprise. Hehee." aku tersenyum. Berpura-pura tidak mendengar apa-apa.

            "Lia dengar apa abang bincang tadi?" Erkk? Nak cakap ke tak?

            Kalau diam, batin aku terseksa. Kalau cakap, belum tentu dia mengaku. Ahh aku nak cakap juga!

            "Siapa dia?" muncungku pada wanita cantik itu.

            "Ohh kawan abang."

            "Dia buat apa dalam rumah kita?" Haq gugup. Aku tahu dia sembunyikan sesuatu.

            "Patut lah abang terkejut Lia balik awal. Kenapa? Abang ada plan nak kahwin lagi satu ke?"

            "Mana ada macam tu."

            "Kalau bukan macam tu, macam mana pula?"

            "Abang.."

            ""Kalau abang nak kahwin, silakan. Lia terima keputusan abang." ujarku sebak sambil menarik beg pakaian di tangan Haq. Aku meniti tangga rasa sedih yang menggigit-gigit hatiku saat ini.

            "Lia.. Lia.."

             Aku mendengar Haq menyuruh wanita itu pulang dulu. "....plan kita cancel.." hanya itu yang aku dengar. Aku tak peduli! Aku kena merajuk dengan dia pula. Asyik dia saja merajuk, bila turn aku?

            Bilik tidur utama kukunci dari dalam. Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Aku buat tak endah saja, baru dia tahu aku siapa.

            Senyap seketika...

            Baru aku mahu melangkah ke bilik air tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. "Lahh apa ke bodohnya otak kau Lia. Ini rumah dia, sah-sah lah dia ada kunci pendua." Haq masuk dan maju ke hadapanku laju. Terbantut urusanku.

            "Kenapa? Cancel plan nak kahwin ke tadi?" sengaja aku serkap jarang.

            "Jangan main tuduh-tuduh lah, Lia. Mana ada."

            "Dah tu? Siapa perempuan tu? Makcik awak ke kalau bukan kekasih awak?"

            "Hanya Lia dalam hati abang. Hanya Ilman Alia. Tiada yang lain."

            "Sebenarnya.."

            "Sebenarnya betul dia kekasih abang kan?" matanya terjegil memandangku. 'Eleh, ingat aku takut? Tak layan.' desis hatiku angkuh.

            Haq menarik tanganku agar sama duduk di birai katil.

            "Jangan tuduh-tuduh. Dengar cakap abang dulu."

            "Tak ada nak didengar. Selama ni pun abang buat tak tahu saja dengan Lia."

            "Balas dendam lah ni?" aku menjuih bibir lalu ku buang pandang.

            "Maaf lah Lia. Abang betul-betul minta maaf sebab abang abaikan tanggungjawab abang pada Lia selama kita kahwin ni. Sebenarnya abang masih keliru dengan perasaan abang. Ternyata perpisahan sementara ni benar-benar menguji hati abang." aku masih ragu-ragu.

             "Jujur abang cakap sebenarnya abang keliru sehinggalah Lia muncul dalam setiap mimpi abang lepas abang buat solat sunat istikharah sejak 3 hari lepas. Sekarang abang tahu pada siapa abang harus cintai dan sayangi sepenuh hati." aku tenung matanya dalam-dalam. Terlihat kejujuran pada mata galak itu.

            Kini baru aku tahu, kenapa suami yang kian bertakhta dalam hati aku ni tidak memperdulikan aku selama ni. Rupanya terasa dengan jawapan aku tika diusulkan pertanyaan kahwin bukan sebab hati tapi kerana pilihan mama. Tak sangka betul laki aku ni cepat merajuk, macam budak-budak lagaknya. Kalah aku! Terus aku tak jadi nak merajuk lama-lama kerana bukan salah siapa-siapa dalam hal ni.

            Rupanya wanita cantik yang kutemui tadi adalah sepupu suamiku, Fitrah Ul-Malika. Patut pun muka cantik, nama pun cantik. Pelik macam nama laki aku ni juga.

            Ternyata mereka bukanlah merancang untuk berkahwin tetapi merancang untuk mencemburukan aku. Cehh macam boleh saja nak jealous kan aku. Heii! Ini Ilman Alia tau, tak kenal apa itu cemburu. Erkk? Ya ke? 'Bukan tadi kau cemburu laki kau berduaan dengan minah tu ke?' hati nakalku berbicara. Mindaku menyangkal kenyataan itu.

            Kini, hubungan yang aku impikan selama ni akhirnya terlaksana juga. Walaupun perkahwinan ini atas dasar pilihan mama namun aku akui perasaan sayang itu semakin lama semakin menjalar dalam hati ini.

            Aku benar-benar pasti, Haq lah kekasih sampai mati buatku selamanya. Haq lah jodohku yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz. InsyaALLAH.

            Dan aku mahu dia menjadi pendampingku sehingga nafas terakhirku. Haq mengucapkan sesuatu yang membuat aku dibuai asmara malam itu. Aku tahu dia benar-benar maksudkan kata-kata itu. "Keranamu Ilman Alia, aku cinta, keranamu aku kenal makna sayang, keranamu jua aku kenal peritnya merindui, keranamu hatiku pedih kerana menyeksa hatimu, keranamu aku temui pelengkap hidupku. Berjanjilah sayang, sayang akan sempurnakan hidup abang sehingga akhir nyawa abang diambil olehNya."

            "InsyaALLAH, abang. Lia janji." baru aku tahu hidup berumah tangga itu memang manis. Allah sengaja menguji hambaNya sama ada mampu atau tidak diuji sebegini.

            "Boleh Ilman Alia jadi kekasih abang sampai mati?"soalnya.

            "Sure. Demimu wahai suamiku sayang. Hehehee." kami bahagia dengan nikmat kasih sayang yang diberikan. Terima kasih Ya Allah!

            Suami isteri mana mampu menidakkan kenyataan bahawa dalam diri masing-masing wujud perasaan cinta, sayang dan pengorbanan. Tiada cinta maka tiadalah pengorbanan.


Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Apakah dia menerima ujian itu dengan tabah dan sabar? Dan sesungguhnya Allah telah menetapkan bila waktunya kebahagiaan buat kita akan muncul, bila kesakitan yang kita hadapi akan berakhir dan bila sesuatu perasaan dalam hati manusia akan timbul. Semua itu kerja Allah, sebagai hamba kita hanya berdoa meminta yang terbaik buat diri. -irasy nawwarah-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Mikrajul Haq - Pejuang kebenaran
--> Ilman Alia - Ilmu yang tinggi

4 comments:

Ezza Mysara said...

wahh.. not bad naurah..
ada setence part tu boleh baiki lagi.. cntoh, leh selitkan lebih emosi bila dia merajuk ngan suami dia tuh.. terang detail sikit bab pujuk tuh.. hehe.. xpe2.. teruskan menulis n banyakkan membaca.. sebab tu pun cara untuk improve olahan cerita.. =)

Unknown said...

sy cut bab tu sebab nmpak mcm pnjg sangat .. dah tu, xdpt jadi cerpen tu.. kot2 lah boley jadi cerpan pulak .. hehee boleh ke ? erkk..

Unknown said...

alala merajuk ya? haha suka dgn cerpen ni . laki Lia cam comel jea.hehe

Unknown said...

pompuan, suma nak merajuk kalo buleh .. heheee . ape lagi dgn laki sendiri . :)