CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Monday, May 7, 2012

Pencarian "Miss Well Behave"

            "Aida..!"

            Panggilan itu mengganggu Aida Fariha yang sedang ralit menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

            "Apa? Kau ni tak reti nak bagi salam dulu ke? Bisu dah mulut kau tu kena ketuk dengan senduk minggu lepas?"

            "Ek eleh, nak marah-marah pula. Iya ya.. Assalamualaikum. Cik Aida.. Oo... Cik Aida.." laung Amir Nuha.

            "Waalaikumsalam!" tak ikhlas bunyinya.

            "Kau ni macam tak undang aku datang saja."

            "Eh, memang aku tak undang pun, kau yang datang."

            "Aku balik lah kalau macam tu." rajuk Amir Nuha.

            "Macam pondan! Dah, jom masuk. Tapi, duduk depan saja lah. Mak aku saja ada, bapak aku keluar pergi pekan, beli baja." kata Aida Fariha sambil mencuci tangannya yang kotor dek tanah.

            "Kau tunggu sekejap, aku buat air dulu."

            "Alaa, kau tak payah susah lah. Macam tak biasa saja aku datang rumah kau." halang Amir Nuha. Sudahlah menjadi tetamu menyusahkan pula, hatinya berbisik.

            "Susah apanya, macam tak biasa pula kau. Cakap tak apa tak apa, ada depan mata nanti melantak tak ingat dunia." Aida Fariha sengaja mengusik. Amir Nuha tergelak sendiri.

            Aida Fariha mempelawa Amir Nuha menjamah sedikit kuih-muih. Kebetulan, ibunya membuat banyak kuih-muih lebih dari biasanya. Mahu disedekahkan pada jiran tetangga katanya. "Makanlah.. Kau datang ni kenapa?"

            "Kau tak suka?" Amir Nuha berhenti memasukkan kuih keria ke dalam mulut.

            "Erk.. Bukanlah. Aku pelik juga, kau datang pagi betul. Selalu kan kau datang dengan kawan kita yang lain. Ni datang sendiri pula.."

            "Mak kau mana?" soal Amir Nuha.

            "Ada di dapur. Ada kaitan dengan mak aku ke?" Aida Fariha mengerut dahi.

            Amir Nuha tergelak. "Saja tanya, kau sihat?"

            Bertambah-tambah kerutan di dahi Aida Fariha.

            "Kau demam ke?"

            "Demam apanya? Aku tanya kau sihat ke tak? Salah ke?"

            Erk.. Makin pelik pula mamat ni! Salah makan ubat ke pagi tadi? Ubat apa? Ubat batuk? Selsema? Ubat sakit otak kot..

            "Err.. Aku sihat lah. Macam kau nampak depan mata kau ni lah. Kenapa?" soal Aida Fariha pula.

            "Tak ada apa." Amir Nuha menggeleng sambil mulutnya penuh dengan seri muka versi keladi. "Sedap seri muka ni.."

            "Itu.. err.. Itu aku yang buat." Amir Nuha tersedak.

            "Aik.. Dengar aku yang buat pun kau nak tersedak bagai. Macam lah hina sangat kuih buatan aku tu." Aida Fariha menjuih bibir.

            Amir Nuha menggeleng laju. "Bukan.. Bukan tu maksud aku.. Seri muka yang kau buat ni sedap sangat. Cuma.. err.." katanya terhenti.

            "Cuma cuma.. Cuma apa?" nada Aida Fariha meninggi.

            "Err.. Betul ke kau yang bagi kuih ni pada aku?"

            "Memang lah aku yang bagi tadi. Kau nampak kan aku yang berjalan dari dapur tadi?"

            "Bukan tu maksud aku.. Err.. Kau kan yang bagi aku seri muka ni tiap-tiap pagi tu kan?"

             Muka Aida Fariha mulai memerah. 'Alamak! Kantoi..! Kenapa lah aku boleh tak terfikir ni?' marah dirinya.

            "Betul kan?" Aida Fariha kelu tanpa kata.

            "Kau suka aku eh?" mata Amir Nuha mengecil.

            "Err.. Aku.." Aida Fariha terperangkap.

            "Betul kan..? Kalau betul kau nak aku terima kau, kau kena masuk pertandingan dua minggu lagi tu."

            "Buat apa aku nak masuk, aku tak layak. Kan aku dah cakap hari tu aku tak nak."

            "Kau lebih layak dari Fellisya. Dia tak layak pegang gelaran tu. Kau yang layak okey."

            "Tak nak lah aku.." Aida Fariha tarik muka.

            "Kalau kau menang, aku terima kau.."

            "Habis.. Kalau tak?" suara Aida Fariha seakan memberi harapan pada Amir Nuha.

            "Kalau tak, terjun lombong lah kau!" Amir Nuha menarik senyum. Dia tahu, Aida Fariha akan melakukannya. Dia pasti!

**********

            Peristiwa Aida Fariha dipaksa memenuhi tawaran pertandingan itu diulang tayang dalam mindanya.

            "Ah semak lah! Aku malas nak masuk, kenapa nak paksa pula."

            "Jangan lah macam ni. You boleh saja meh.."

            "You masuk lah Boon Ly. You lawa, pandai pula layak dah tu nak masuk, saya malas nak masuk."

            "Kalau omma saya bagi, sudah lama meh saya masuk. Saya akan jadi finalis, tapi sekarang cuma you saja layak bawa balik gelaran itu. Semua kawan kita akan support kalau you setuju nak join this contest. Please..." rayu Boon Ly. Aida Fariha tetap dengan keputusannya.

            "No. I won't!" dia menyilangkan tangannya. Dia tetap dengan pendiriannya. Bukan mereka tidak tahu Aida Fariha tidak suka dipaksa membuat sesuatu yang tidak disukainya. Tapi, mereka terpaksa.

            "Buat demi kita orang, Aida." rayu Tharani pula.

            "Kenapa kau orang nak sangat aku masuk ni? Ish.. Tak faham aku."

            "Err.. Err.." Boon Ly menjeling Amir Nuha dan Nathan di tepi pondok kecil mereka sering melepak.

            "Sebab kita orang kena cabar!" kata Amir Nuha kuat.

            "Kau orang yang terima cabaran, kau orang lah yang jawab."

            "Demi kita orang, pleasee.." pinta Geetha. Dari tadi Nathan diam tidak berbicara.

            "Dah dua tahun aku tak join. Buat apa tahun ni aku nak join pula? Aku tetap dengan keputusan aku!" Aida Fariha berlalu meninggalkan mereka yang kecewa.

**********

            Setelah Aida Fariha setuju untuk menyertai pertandingan itu, mereka pulun menyiapkan persediaan untuk menghadapi pertandingan itu.

            Esok merupakan hari permulaan pertandingan itu. Sepanjang sebulan, Aida Fariha terpaksa meninggalkan keluarga dan rakannya. Mujur ibu dan ayahnya membenarkan dia menyertai pertandingan itu. Mereka juga pelik dengan keputusan tiba-tiba anak mereka.

            Aida Fariha menarik Amir Nuha jauh dari rakan mereka yang lain. "Aku terima cabaran tu bukan sebab aku nak kau suka aku okey."

            "Tak cakap apa pun." Amir Nuha mempamerkan wajah blurr.

            "Aku ingatkan saja. Kau ingat aku perasan pula nanti."

            Amir Nuha tersenyum. "Okey.."

            "Semoga berjaya di sana okey. Kita orang doakan yang terbaik buat kau. Kau bawalah sesuatu yang kita orang harap-harapkan selama ini."

             Aida Fariha angguk.

**********

            Seorang demi seorang peserta untuk Pertandingan Miss Well Behave telah dapat disingkirkan oleh Aida Fariha. Sehinggalah tinggal 5 finalis untuk merebut gelaran Miss Well Behave di Kuantan. Dia bersungguh-sungguh untuk mendapat sesuatu yang diharapkan.

            Satu persatu aktiviti dan cabaran yang perlu dilalui dari awal penyertaan oleh Aida Fariha. Sehingga dia merasakan bahawa dia bakal dikalahkan oleh peserta yang lebih layak.

             Pada hari kedua sebelum berakhirnya pertandingan itu...

            "Dan cabaran untuk kelima-lima finalis kita sekarang adalah menyiapkan hidangan untuk para juri dan kita akan melakukan undian dulu. Dipersilakan para finalis naik ke pentas untuk mencabut undi."

             Peserta pertama, Erlina Rania naik ke pentas untuk mencabut undi. Setelah dibuka reaksi di wajahnya serta-merta berubah. Dia gembira.

            Mesti resepi yang dia dapat senang disediakan, fikir Aida Fariha.

            Seorang demi seorang naik ke pentas selepas peserta pertama. Selepas Fellisya, barulah Aida Fariha maju ke depan dengan kanggunan dan kyakinan dalam diri.

            "Bismillahirrahmanirrahim.. Bantu aku, Ya Allah.." tangannya diseluk ke dalam balang kecil itu. Reaksinya berubah bila kertas di tangannya dibuka.

            "... Manakala peserta terakhir kita perlu menyediakan hidangan spagethi bebola daging with super sauce, bergedil daging dan satu masakan pilihan peserta sendiri."

             Masak... Bergedil daging aku tak pernah jadi sejak dulu. Macam mana ni? Ibu.. sendu Aida Fariha. Sudah terlanjur baru nak menyesal dah tak guna, aku akan habiskan pertandingan ni sampai ke akhirnya! Yes, Aida! You can do it better than other. Yeah! Dia berazam untuk melakukan yang terbaik.

            Setelah pelbagai usaha yang dilakukannya untuk menghabiskan sesuatu yang sudah dia mulakan. Dia puas hati dengan hasilnya. Akhirnya dia pulang dengan membawa kejayaan. Tetapi, bukan kejayaan yang dia harapkan. Fellisya tetap mendapat tempat di hati pengundi, mungkin dia adalah pemegang gelaran Miss Well Behave untuk dua tahun berturut-turut, tidak mustahil bagi dia untuk mengekalkan lagi kegemilangannya itu.

            Berbekalkan ilmu dan kejayaan yang diperolehi di sana, dia pulang membawa trofi dan hadiah yang dijanjikan oleh para penganjur. Walaupun namanya hanya dijulang sebagai pemenang nombor dua, dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya rezeki dia masih ada sehingga ke pusingan terakhir.

**********

            "Tahniah, Aida.. Kita orang tengok you dalam tv meh.. You nampak sangat cantik maa.. Saya suka sama penampilan you sekarang. Tak sia-sia you join pertandingan tu kan, Geetha?" kata Boon Ly.

            "Iya lah.. Amma you nampak gembira sangat bila nama you dia orang announce termasuk dalam top 3. Kami pun ikut sama gembira."

             Aida Fariha mengangguk. Dia juga gembira dengan perubahan yang dia bawa sejak pulang dari pertandingan itu dan dia juga rasakan perubahan dalam dirinya.

            "Amir mana, Nathan?"

            "Tadi dia suruh kami datang dulu. Dia ada kerja, mungkin dia akan datang kejap lagi. Aku lihat dia gembira juga dengan kemenangan kau semalam. Cuma kadang-kadang muka dia ada juga masam. Aku tak tahu kenapa dia macam tu?" Nathan menjungkit bahu.

            Aida Fariha bersembang dengan rakan-rakannya setelah sebulan tidak berjumpa. Pelbagai pengalaman diceritakan, sungguh dia mengaku walaupun gagal merebut kedudukan minah gedik, Fellisya tu. Namun, dia gembira kerana berjaya akhirnya.

            Amir Nuha menghampiri mereka sekumpulan. "Aida.. Jom.." t-shirt hijau Aida Fariha ditarik.

            "Eh, Amir.. Aida, kami balik dulu ya." kelihatan mereka pulang tergesa-gesa. 'Pelik!' hatinya berbisik.

            "Kenapa?" mereka duduk di tebing sungai, tempat mereka selalu memancing bersama.

            "Tahniah, Aida.." reaksi di wajah Amir Nuha dijelingnya.

            Aida Fariha senyum. "Terima kasih. Berkat usaha kau orang juga paksa aku masuk. Aku minta maaf kalau aku tak dapat bagi kau orang hadiah tempat pertama. Aku rasa bersalah dengan kau orang."

            "Bukan hadiah yang kita orang mahukan."

            "Habis tu?" Aida Fariha mengerut dahi.

            "Kita orang nak Aida Fariha yang dulu.."

            "Tak faham.."

            "Kau balik ni dah lampi kan?" guraunya.

            "Kejam lah kau.. Aku serius ni."

            "Okey okey.. Sebenarnya aku dengan Nathan beat dengan Geetha dan Boon Ly." terbeliak mata Aida Fariha mendengarnya.

            "What!" teriak Aida Fariha tak percaya. "Nanti dulu.. Dengar dulu penjelasan aku."

            Aida Fariha memandang ke sungai. Terlihat ikan-ikan kecil muncul di permukaan. Ahh abaikan!

            "Aku join beating sebab aku rasa peribadi kau mampu berubah. Aku tahu dulu kau berubah kasar macam ni sebab Haikal meninggal kan? Dia tinggalkan kau sendiri. Kau berubah sebab dia."

            "Kau nak bagitahu apa ni?" memori dia bersama bekas kekasihnya semasa di tingkatan 5 berulang kembali di fikiran. Dadanya sebak.

            "Aku mahukan Aida Fariha yang dulu, yang sempurna dan lembut. Tapi, percayalah tiada taruhan yang kita orang buat. Ini hanya untuk suka-suka, kita orang tak mahu permainkan perasaan kau."

            "Kenapa kau ingatkan aku balik pasal Ekal?"

            "Aku nak kau ingat siapa kau sebenarnya masa arwah masih hidup dan siapa kau sebelum kau masuk pertandingan tu." Aida Fariha pandang Amir Nuha. Dia semakin mengerti apa yang cuba disampaikan.

            "Tentang habuan kalau kau menang pertandingan tu, kau ingat lagi tak?" Aida Fariha buang pandang. Tiba-tiba mukanya memanas.

            "Aku dah buat keputusan.. Disebabkan kau sanggup terima cabaran ni demi kita orang, aku.. aku.. akan terima kau."

            "Serius?" soal Aida Fariha terkejut.

            Amir Nuha mengangguk. 'Aku tahu bukan ini yang kau mahu cakap..' Aida Fariha melihat wajah Amir Nuha yang keruh walaupun terukir senyum di bibirnya.

            "Tapi, sayangnya.. Kini, aku tak mampu terima kau."

            "Why?"

            "Because I love somebody else.."

            "Siapa? Kenapa tak cakap dengan aku pun?"

            "Siapa pun itu tak penting, yang penting sekarang. Aku tak perlukan seorang sahabat yang mengorbankan perasaannya sendiri untuk aku. Aku tak nak jadi perampas harta orang, aku tahu lah dulu aku jahil. Aku sentiasa nak apa yang aku nak.. Tapi, sekarang kau jangan risau. Aku tahu siapa aku sebenarnya.."

            "Aku tak korbankan apa-apa pun. Aku serius ni." ujar Amir Nuha bersungguh-sungguh.

            "Apa lah ertinya sayang jika kepercayaan sudah diketepikan. Apa lah makna cinta jika tiada kejujuran dalam hubungan.. Aku tidak diciptakan untuk kau, Amir.. Tapi kau adalah milik Nabila. Percaya lah, aku takkan merampas sesuatu yang bukan milik aku." Amir Nuha ditatap lama.

            "Mana kau tahu?"

            "Kau ingat aku tak tahu cerita kau walaupun sebulan aku pergi jauh? Aku pun manusia, masih ada hati perut. Kau orang berkorban masa untuk aku selama ni, apa salahnya kalau aku berkorban juga untuk kau, kawan."

             Amir Nuha tertunduk. Dia rasa bersyukur punya sahabat yang benar-benar memahami hatinya.

            "Aku minta maaf sebab aku yang mungkiri janji kita dulu."

            "So, kalau macam tu.. Maksudnya kau lah yang kena terjun lombong kan?"

            "Erkk? Nak kena tunaikan juga ke?"

            "Ya lah.. Janji tetap janji."

            Amir Nuha bersiap-sedia untuk terjun ke sungai. Lombong tak ada, alang-alang sungai pun jadi lah.. Dalam juga ni bro.. Jangan main-main.

            "1.. 2.. 3! Amir..!"

            Terus tak jadi terjun Amir Nuha mendengar jeritan Aida Fariha.

            "Kau ni memang nak buat aku 'jalan' saja kan?"

             Aida Fariha tergelak. "Dah, aku bergurau saja. Nak tengok, kau sanggup tak sanggup."

            "Merepek.. Apa tak sanggupnya. Eh, kau nak dengar satu cerita tak?" soal Aida Fariha.

            "Cerita apa?" tertanya-tanya benak Amir Nuha.

            "Petang esok aku nak pergi KL, ada offer di sana." tiba-tiba air muka Amir Nuha berubah.

            "Nak tinggalkan kita orang betul-betul ke ni?" Aida Fariha mengangguk.

            "Sampai hati kau kan. Janganlah marah kita orang sampai nak lari rumah kot." usik Amir Nuha.

            "Aku serius ni. Ibu dengan bapak aku dah bagi lampu hijau, aku pun dah siap packing semua. So, petang esok aku bertolak lah.. "

            "Pergi dengan siapa?"

            "Sepupu aku yang kerja photoghrapher tu. Bos dia yang offer.. Aku dah fikir masak-masak keputusan yang aku buat ni. Aku nak pergi KL, kerja sana. Cari ketenangan, aku nak lupakan segala kenangan pahit di sini."

            "Termasuk geng-geng kita yang lain?"

            "Yang itu tak lah.. Cuma macam yang kau cakap tadi. Mungkin betul aku masih tak boleh terima kenyataan bahawa Ekal dah tak ada lagi. So, aku nak lupakan memori aku dengan dia dulu. Jujur aku cakap, selagi aku masih duduk di sini, hanya dia dalam hati aku. Aku tak mampu menolak kehadiran dia. Aku dah penat dah wei."

            "Kalau itu yang kau harapkan, aku doakan yang terbaik buat kau."

            "Persahabatan kita tak berakhir samapi sini saja kan? Aku masih boleh contact kau lagi kan?"

            "Of course lah. Kau ni nak touching-touching pula. Nampak betul pondannya tu! Kesian pada Nabila, dapat kekasih lembik. Kena tough lah bro, takkan nak kalah lagi kot dengan perempuan?"

            Amir Nuha menegapkan dadanya. Aida Fariha tergelak. "Kau ni tak beragak langsung lah. Agak-agak lah kalau nak bagi bukti ketegapan kau tu. Sengal!"

            Mereka berdua bergelak ketawa sehingga tak sedar senja sudah mengintai mereka.. Amir Nuha gembira dengan sikap positif yang dimiliki oleh rakannya itu setelah pulang dari pertandingan Miss Well Behave. Tidak sia-sia usaha mereka sekumpulan yang mengharapkan perubahan dalam diri gadis itu. Dia memanjatkan syukur ke hadrat ILLAHI.. Semoga hidup Aida dipenuhi dengan keindahan yang memang patut dia miliki.. Amin..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Mungkin sesuatu yang kita tidak mahu pada mulanya, Allah telah ciptakan pengakhirannya yang gembira dan indah-indah saja buat kita.. Mungkin saja sesuatu yang kita benar-benar mahukan itu Allah telah menetapkan pengakhiran yang bakal memusnahkan kita.. Usah jadikan Ia sebagai alasan tetapi jadikan Ia suatu urusan dalam hidup kita.. -irasynawwarah-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Aida Fariha - Ganjaran dan Kegembiraan
--> Amir Nuha - Putera Yang Bijaksana

## Maaf, cerpen kali ini tiada unsur-unsur cinta seperti yang kalian harapkan.. Malah, cerpen kali ini juga mungkin agak boring untuk dibaca.. Walau macam mana pun, saya tetap mengharapkan komen anda untuk saya perbaiki gaya penulisan saya yang masih kureng mantop .. eheheerr =)

4 comments:

o-ReN said...

haippp!!!mmg separuh or saya nye je xleh tgk smpai habis....confuis2...
apa2 pun the best la...suka2...cute2 je....^_~

o-ReN said...

tq cik irasy..dpt gk bce sampai habis...
mati2 ingt an depa bercinta..tp apa2 pun ia tak mengecewakan langsung...hehehhe...
^_^

o-ReN said...

ingt an depa bersama..
tpi apa pun ia tak cite ni mengecewakan langsung...
^__^

Unknown said...

trime kasih cik oren oiii .... jasamu mengomen karya sye amat mmbantu ,.. agk kurang meletup sbb sy tgah demam ni .. dah 2 hri demam, tp sy nak publish jgk cerpen ni ..

tu yg nmpak agk suram saja plot dia ... hehe.. maaf ye tak dpt mnggembirakan hti pmbaca ..:D