CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dariku Untukmu

Assalamualaikum .. Hai !

# Buat yang first time masuk sini, WELCOME to DUNIA MELODI AKU !

# Anyway, aku nak ucap TERIMA KASIH & SYUKRAN pada uols yang sudi jenguk & melawat ke sini.

# Buat yang sudi komen tu, terima kasih! *tunduk hormat

# Sekali lagi, SYUKRAN ya ukhti, ya akhi ..

# PLEASE ! Di sini adalah karya asli empunya blog. No COPYCAT allowed here!

Sunday, April 8, 2012

Kerana Hatimu Aku Rindu # 2

>> sambungan Kerana Hatimu Aku Rindu # 1 <<

      Sudah seminggu Qaisara tidak bertemu mata dengan Muqri Syariff. Rindu nak mendengar bebelan lelaki itu tiap kali mereka bertemu. Sudah seminggu juga lelaki itu tidak menghubunginya. Apakah lelaki itu terasa dengan kata-katanya minggu lepas.

+++++++++++

        Selesai menyiapkan nota tambahan untuk kuliahnya esok, Qaisara mengemas mejanya yang agak berselerakan. Tiba-tiba telefonnya bergetar menandakan mesej baru masuk. Selesai mengemas barulah Qaisara membuka mesej baru itu.

        'Muqri..'

        'Assalamualaikum. Qaisara. Esok awak free? Saya ingat nak ajak awak lunch esok. Boleh?'

        Dia berkira-kira mahu menekan butang reply atau tidak. 'Nak keluar ke tak esok ek? Esok ada class pagi. Petang kerja pulak. Esok mana ada free. Tapi, dah tiga kali dia ajak, takkan aku nak menolak lagi kali ni. Hm..'

        Lantas dia membalas.

        'Waalaikumsalam. Saya sibuk esok.' sengaja Qaisara jual mahal.

        Butang 'send' ditekan kasar.

        Tidak lama kemudian, telefonnya membunyikan nada dering 'ku ingin kamu' nyanyian Romance Band. Tanda panggilan masuk. Diangkat laju. Salam diberikan mendahului pemanggil di sana. Tergelak dia mendengar lelaki di sana terkejut mendengar suaranya yang lantang. 'Tak boleh kawan nafsu langsung lah kau, Sara. Memalukan diri betul.'

        "Qaisara, jom lah teman saya esok. Please." rayu Muqri Syariff. Nadanya seperti ingin sekali Qaisara menemaninya esok.

        Bukan tak nak, tapi tak boleh . Tak terluah bicara Qaisara. Dia hanya mendengar suara Muqri Syariff merayu padanya.


        "Kali ni saja awak. Please.." sambungnya.

        "Qaisara.. Qaisara.. Are you still there?"

        Dia serba salah mahu menolak. "Err.. "

        "Okay. Saya faham awak tak nak. Terima kasih kerana menolak untuk yang kali yang entah ke berapa kali ni. Selamat malam. Assalamualaikum." talian diputuskan.

        "Muqri.. Muq.." panggilnya. Haa.. kan dah satu lagi bala. Itulah, suruh terus terang tak nak. Kan dah merana.

+++++++++++

         Entah kenapa sejak pagi hati Qaisara tidak tenteram. Ada saja perkara yang dilakukan serba-serbi tidak kena.

        "Qai, kau kenapa?" tanya Masyitah yang kebetulan baru selesai menghantar pesanan makanan kepada pelanggan mereka.

        "Tak tahu la Mas. Hati aku rasa tak sedap saja hari ni." adunya.

        "Kau fikir lagi pasal Abang Syariff ke? Sudah lah. Nanti-nanti dia call kau lah." Masyitah turut membantu Qaisara mengelap pinggan yang baru dicuci.

        Qaisara terkejut.

        "Kau cakap apa tadi Mas?"

        "Cakap apa?"

        "Kau panggil Muqri tadi apa? Ab.. Abang? Kau kenal dia ke?" Masyitah tersentak namun dia berpura-pura tidak terkejut. 'Kan dah kantoi. Lain kali 'cover' sikit mulut tu. Hish!' marah Masyitah dalam hati.

        "Mana ada. Kau salah dengar tu." dalih Masyitah.

        "Aku tahu aku tak salah dengar. Dah lama aku syak ni sebenarnya. Aku tahu kau kenal dengan Muqri. Baik kau bagitahu aku apa hubungan kau dengan dia. Tak payah nak selindung sangat. Kalau tak.." ugut Qaisara. Dia sendiri tak pasti samaada ugutannya berkesan atau tidak. Tapi sebenarnya sudah lama dia syak sesuatu berlaku antara diorang berdua. Cuma belum nampak bukti.

        "Kalau tak apanya?"

        "Kalau tak, aku tak nak dah tegur kau. Kata kawan, tapi kau sembunyikan benda ni dari aku." suara Qaisara mengendur. Pura-pura merajuk bagai.

        Masyitah sendiri serba salah hendak menjawab. 'Sah dia ada simpan rahsia dari aku!'

        "Err. Qai, kau janganlah marah dengan aku pula. Aku minta maaf tapi ni bukan idea aku. Aku cuma nak tolong orang saja. Kau janji jangan marah aku okay." Masyitah melihat-lihat sekeliling. Semoga tiada yang mendengar perbualan mereka.

        "Tengoklah nanti."

        "Janganlah macam ni, Qai. Okay, sebenarnya aku dengan Abang Syariff sepupu. Kau ingat lagi tak senior kita masa kita form 1? Ala.. yang kau minat gila dulu tu? Kau tak ingat ke yang aku cakap budak Ariff tu abang sepupu aku." ligat otaknya mengimbau kenangan lalu.

        "Lepas dia pindah, bukan ke kau ada tulis satu surat, kau cakap kau nak jumpa dia lagi kalau boleh. Sampai sekarang lagi aku simpan surat tu. Sorry Qai, aku terbaca masa aku tolong kau kemas bilik masa kau nak pindah rumah dulu. Aku lupa nak cakap dengan kau sebenarnya Abang Syariff pun ada perasaan yang sama dengan kau. Cuma masa tu,dia terpaksa lupakan semua tu sebab papa aku hantar dia sambung study oversea. Dia tak sempat nak bagitahu kau perasaan dia." panjang lebar Masyitah memberitahu hal sebenar pada Qaisara.

        "Habis dah?" 

        "Aku serius ni, Qai. Sebenarnya Abang Syariff tak pernah cari yang lain walaupun masa dia study jauh dulu ada ramai perempuan minat pada dia. Dia cakap yang dia masih tunggu kau walaupun kau masih dengan Mad dulu."

        "Aku tak percaya." Qaisara sudah selesai mengelap pinggan di dapur. Dia mahu ke depan untuk mengambil pesanan pelanggan. Malas mahu mendengar cerita yang dianggap rekaan mereka sahaja. Mana mungkin rahsia besar itu disimpan begitu lama. Mustahil!

        Masyitah menahan Qaisara daripada pergi. Dia tidak mahu Qaisara terasa dipermainkan oleh mereka berdua.

        "Qai, dia ada bawa kau pergi rumah anak yatim tak? Ada jumpa ibu?"

        Qaisara tidak mengangguk tidak pula menggeleng. "Mana kau tahu?"

        "Dia janji dengan aku sebelum dia pindah. Dia janji satu hari nanti dia nak bawa kau jumpa ibu bila dia dah balik Malaysia. Dia tak dapat bawa kau jumpa parents dia sebab mereka berdua kan dah meninggal. Ingat kan? So, sekarang dia dah tunaikan. Dia tak lupa janji dia."

        "Dia datang sini semata-mata nak jumpa dengan kau. Dia nak buat sesuatu yang sepatutnya dia buat dulu."


        "Buat apa? Kau ni buat aku suspens saja. Dah lah Mas, aku nak pergi depan. Ramai customer hari ni."


        "Qaisara. Aku harap kau pertimbangkan apa yang aku sampaikan tadi. Aku sayang kau sebagai best friend, aku sayang abang Syariff sebagai abang aku sendiri. Dua-dua aku sayang, jangan kau anggap aku rahsiakan ni sebab nak permainkan kau ke apa, okay."


        "Okay." Qaisara segera berlalu. Otaknya cuba menghadam apa yang cuba Masyitah perkatakan tadi. 'Mungkinkah aku yang bersalah sebab tak cuba memahami perhatian Muqri?'


 ########

         Malam itu Qaisara menerima panggilan dari seseorang yang semakin lama semakin mendapat tempat di hatinya. Tapi, dia cuba menafikannya selagi lelaki itu tidak meluahkan rasa hatinya dulu.

        Telefonnya diangkat.

        "Assalamualaikum."

        "Waalaikumsalam, Qaisara. Awak apa khabar? Lama kita tak berbual. Saya ganggu awak ke?"

        "Alhamdulillah, saya sihat. Saya dah siap semua kerja dah, macam tau-tausaja saya dah free. Awak apa khabar? Ingatkan nak merajuk dengan saya lagi."

        "Maaf. Sebenarnya saya tak sihat. Saya tak nak lah ganggu awak. Saya tahu awak kan selalu busy. Dengan kuliah lagi, dengan kerja lagi kan."

        "Awak marah ke?"

        "Tak lah. Mana ada."

        "Sure? Muqri, esok saya nak jumpa awak."

        "Hah! Err, biar betul? Awak tak bergurau kan? Iya lah, selama ni saya ajak banyak kali pun awak asyik nak mengelak saja. Saya yang tension. Hehehe." pandai Muqri Syariff mengambil hati Qaisara. Sudah lama rasanya gadis itu tidak disakatnya. Rindu!

        "Okay. Sorry lah kalau saya asyik mengelak aje. Tapi, esok betul jadi. Esok cuti, so saya rasa agak free jugak lah esok."

        "Yes! Saya tunggu awak esok. Saya ambil awak kat rumah sewa awak. Okay?" tanya Muqri Syariff meminta kepastian. Qaisara mengiyakan.

        "Okay lah kalau macam tu. Jangan lupa pakai baju lawa-lawa tau. After Zohor, saya datang ambil. See you tomorrow. Bye, sayang. Assalamualaikum."

        Qaisara terpana. 'S.. Sayang?' Gila dah budak ni. Hatinya menjawab salam perlahan.

#########

        Dari jauh kelihatan kereta mewah Muqri Syariff meluncur laju ke arah rumah sewanya. 'Bawa kereta macam lipas kudung.' omel Qaisara.

        "Jemput masuk princess." pelawa lelaki itu sambil membukakan pintu di sebelahnya buat Qaisara.

        Berbunga-bunga riang hati Qaisara bila dirinya seperti di awangan. Sungguh lain dari biasanya.

        Di dalam kereta, Qaisara dilayan seperti seorang puteri. Serius hatinya tertawan kembali dengan layanan seorang lelaki. Sungguh hatinya mendambakan perhatian seperti ini sejak awal mencintai seseorang yang bernama lelaki.

        Kelakuan Muqri Syariff yang kelakar itu membuatkan dia nampak comel di mata Qaisara. Entah mengapa bila matanya melihat senyuman lelaki itu, dia teringat cerita Masyitah mengenai cerita di zaman persekolahannya dulu. Ya! Dia ada meminati seorang lelaki tapi dia hampir melupakan wajah lelaki itu sehinggalah hari ini. Dia kembali mengingatinya setelah melihat senyuman lelaki itu.

        "Qaisara.. Qaisara. Awak ni seram lah. Tengok saya macam nak makan saya saja."

        Dikalih matanya memandang ke hadapan. Darah terasa panas dan seperti disimbah ke mukanya saat itu. Malu!

        "Mana ada." gumamnya.

        "Pipi merah dah tu. Malu eh? Hehee. Nasib lah muka awak tu putih. Kalau malu pun saya nampak dulu dah." usik Muqri Syariff memancing mood gadis pujaannya itu. Terhibur dia melihat senyuman Qaisara.

########

        "Jom masuk."

        "Muqri. Restoran mahal ni. Kita pergi tempat biasa saja lah." pujuk Qaisara. Belum pernah seumur hidup dia menjejak kaki ke restoran mahal sebegini.

        "Don't worry, sayang. Tak ada apa lah nak dirisaukan." Muqri Syariff menarik tangan Qaisara lalu memimpinnya ke meja yang sudah ditempah sejak dua hari lepas. Agak terselindung dari meja pelanggan lain.

        "Ish, seganlah."

        "Tak apa. Saya ada. Awak pejam mata kejap. Saya ada surprise untuk awak. Close your eyes for a while, please."

        Tak lama kemudian, terdengar suara-suara yang menyanyikan lagu 'Selamat Ulang Tahun'. Tertanya-tanya dia ulang tahun siapakah ang disambut di situ. Matanya dibuka sebelah untuk melihat gerangan siapakah yang menyambut ulang tahun di situ.

        Alangkah terkejutnya dia melihat sebuah kek coklat kegemarannya berada di atas meja makan di hadapannya. 'Birthday aku ke? 19 Mac? Ya Allah, macam mana aku boleh lupa?' Qaisara menggaru kepalanya yang tak gatal. Terpegun dia melihat Muqri Syariff yang sedang berdiri di hadapannya sambil memegang sejambak bunga mawar putih. Mawar putih!

        "Saya tahu awak dah tahu segalanya dari Masyitah. Dan saya tahu awak mesti nak tahu apa perasaan saya pada awak kan sekarang? Ya! Perasaan saya masih seperti dulu. Yang masih cintakan awak. Yang masih menanti kehadiran awak sebagai pelengkap hidup saya." lancar sahaja Muqri Syariff menuturkan katanya. Macam ikut skrip saja!

        "Chop! Awak baca skrip ke?"

        "Awak tau tak saya nervous sekarang?"

        "Okay. Action.." Qaisara menahan tawa melihat gelagat Muqri Syariff.

        "Oo.. Awak gelakkan saya ya. Saya masih simpan surat awak tau. Kejap." katanya sambil menyeluk kocek seluarnya dan kini di tangannya terdapat sehelai surat berwarna merah yang berbentuk hati. Di luarnya terdapat huruf S ♥ S. Qaisara kaget. 'Kejam kau Mas!!' jerit batinnya.

        "Tak apa. Sekarang tiada rahsia antara kita. Saya tahu awak pun ada hati lagi pada saya kan?" duga Muqri Syariff.

        "Siapa cakap?"

        "Hati awak lah. Sebab hati awaklah saya jatuh hati pada awak, Qaisara. Sebab hati awaklah saya jadi gila bayang. Sebab hati awak juga lah, saya jadi rindu gila pada awak. Awak lah penyebab segalanya. Saya nak awak tebus balik salah awak ni."

        "Aik? Saya salah? Dah tu, awak nak saya buat apa?" jujur jawapan Qaisara. Polos. Sungguh dia seperti dipukau.

        "Sudikah awak menjadi yang benar-benar halal buat saya, sayang?" sambil menghulur jambangan mawar putih itu.

        Hatinya berbelah bagi saat ini.

        "Boleh bagi saya masa untuk berfikir?"

        "Boleh. Dua minit." Muqri Syariff bangun dari melutut di hadapan Qaisara dan duduk di kerusinya sendiri.

        "Cepatnya."

        Muqri Syariff melihat jam tangannya.

        "1 minute left, sayang.."

        "Err. Okay. Tapi, make sure hujung minggu ni jumpa umi dengan abah saya di kampung. Dorang berhak tahu siapa pilihan saya. Lagi satu jangan panggil saya sayang. Geli.."

        "Okay, sayang. Nah, hadiah untuk awak." Muqri Syariff selamba sahaja dengan permintaan Qaisara. Seketika, dia menolak sebuah kotak kecil kepada Qaisara. Dalam fikirannya tak lain tak bukan, pasti cincin.

        "Apa ni?"

        Muqri Syariff membukakan kotak kecil itu. Tekaan Qaisara ternyata salah. Rupanya itu adalah rantai yang terukir nama mereka berdua. Sekali lagi dia terasa seperti berada di dunianya sendiri. 'Indahnya dunia percintaan ini.'

        Muqri Syariff ingin memakaikan rantai itu, tetapi Qaisara menolaknya. Dia masih segan dengan lelaki itu.

        "Thanks, Muqri. Sebab buat semua ni untuk saya." dia benar-benar terharu dengan perhatian yang ditunjukkan lelaki itu.

        "Saya buat bukan untuk awak pun..." terkejut Qaisara. ".. tetapi, untuk hati dan cinta awak. Semoga hati awak akan sentiasa menjadi milik saya dan saya akan pastikan saya adalah lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidup awak, Qaisara. Begitu juga awak. Saya sayang awak sampai akhir nafas saya."

        'Moga cinta kita kekal abadi dalam hati kita berdua. Cintailah aku seadanya, kerana aku amat mendambakan cintamu sebenarnya.'

Setiap manusia berhak memiliki kasih dan cinta seseorang. Walau ia payah untuk dicari namun berusahalah sebaiknya supaya kita juga memiliki cinta itu apa adanya. Janganlah kamu menjadi seperti orang tamak, bila tiada dikejar, sudah dapat diketepikan. Tapi, jadilah manusia yang benar-benar menikmati perasaan yang Allah kurniakan buat kita.-irasynawwarah-

========================================================

Ini adalah penutup untuk Kerana Hatimu Aku Rindu # 1. Ni first cerpen yang aku buat untuk bacaan korang. Bacalah kalau sudi, komenlah kalau rajin. Segala kritikan mahupun kutukan akan dititikberatkan untuk memperbaiki hasil tulisan . Lega jugak sebab dah kurang satu beban. almaklumlah penulis baru kan? eeheeherr.

Saturday, April 7, 2012

Ku Lihat Dia Dalam Dirimu

Assalamualaikum .

Bukannya tanpa dia kita tak mampu meneruskan kehidupan. Bukannya tanpa kehadiran dia kita lemah tak berdaya. Bukannya tanpa kewujudan dia kita bagaikan manusia mati yang sia-sia. Kita mampu mengubah hidup kita, mengubah prinsip hidup kita. Jangan mudah mengalah dengan apa terjadi.

Tapi, benarlah kata orang mencintai itu mengajar kita erti pengorbanan . Dicintai itu mengajar kita erti tanggungjawab. am i right ?


 

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 KU LIHAT DIA DALAM DIRIMU

Melihat diri kamu aku terluka
Melihat wajah kamu jiwaku terseksa
Mengapa perlu dia kembali
Mengapa perlu ada dia dalam sejarah hidupku
Pergilah jauh agar aku tenang lagi

Maafkan aku, kasih
Tiap lakumu mengundang tangisku
Tiap bicaramu melukakan hatiku
Tiap katamu berbisa bagiku
Maaf andai aku tak layak untukmu
Maaf andai ku tak mampu membahagiakanmu
Izinkan aku untuk menyayangimu
Buat kali yang terakhir
Kerana aku bersalah
Mencintaimu kerana dia ..

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, April 6, 2012

Kerana Hatimu, Aku Rindu # 1

        Semakin ligat otaknya mencari alasan baru untuk tidak mengulangi alasan yang sama. Bukan Masyita bodoh, bukan Masyita tak boleh fikir. Sudah beratus kali ditanyakan soalan itu namun beratus juga alasan dicipta.

        “Agak-agak apa lagi jawapan yang kau nak bagi kat aku kali ni, Qai. Kau tak penat ke asyik nak berdalih saja. Kau ingat aku tak tahu masalah kau dengan Mad? Cerita kau dalam kocek seluar aku tau.” kata Masyita sambil menepuk-nepuk poket seluar jeansnya.

        “Kau merepek apa beb? Aku okay saja dengan dia tak ada masalah pun. Yang kau emo sangat kenapa? Hahaha.” dalih Qaisara untuk yang entah ke berapa kali.

Masyita menarik bahu Qaisara menghadapnya. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka bicara.

      “Qai, aku kenal kau dari kecil tau. Aku tahu semua rahsia kau, semua baik buruk kau dalam genggaman aku, apa saja cerita yang kau tak cerita kat aku? Tak ada kan? Tapi aku tahu kalau aku sebut saja pasal jantan nama Mad tu, kau mesti mengelak. Jangan ingat aku tak tahu apa jantan tu dah buat pada kau? Dia ada orang lain kan? Kan Qai?" tanya Masyitah tegas.

        “Bukan macam tu la Mas. Tak elok lah kau fikir macam tu pada Mad. Dia..”


        “Apa? Dia apa? Kau tak payah nak back up jantan tu okay. Aku sendiri nampak dia keluar dengan perempuan lain siap berpegangan tangan lagi. Qai, kau tak rasa geram ke? Aku yang tension tau dia buat kawan aku macam orang dungu. Bodoh lah lelaki macam tu. Kalau aku jumpa dia nanti, siaplah.”

        Masyitah masih memandang Qaisara. Hairan melihat sahabatnya itu diam membisu. ‘Dia terasa dengan kata-kata aku ke?’ tebak hatinya.

        “Hei, Qai.. Qaisara.” panggil Masyitah. Bahu Qaisara digoyang perlahan.

       “Erk.. ya? Sorry, bro. Aku ada hal petang ni. Maybe malam nanti aku balik lewat sikit.” Qaisara cuba menukar topik lagi. Bosan telinganya mendengar pertanyaan mengenai Mad selalu. Baginya kenangan bersama Mad sudah lama terkubur dalam hatinya.

        “Haih, penat lah aku dengan kau ni. Dah ada masalah disimpan, bila tak dapat selesai masalah, moody. Tak best lah kalau kau moody saja. Tak meriah rumah kita ni kalau kau terus macam ni tau. Moon dengan Nor pun selalu tanya kenapa kau dah lama tak lepak dengan kitorang malam-malam. Rasanya assignment yang Madam Zalikha bagi pun kau dah lama siap. Paper work dengan proposal  yang nak kena submit minggu depan pun kau dah siap kan? Nak pergi mana lagi?”

        Qaisara tersenyum manis sambil menarik tangan Masyitah melepaskan bahunya. Lantas mencapai kunci motornya dan mengambil beg silang yang tersangkut di dinding pintu biliknya. Pantas kakinya menuju ke pintu rumah sewa mereka dan mengucap salam kepada Masyitah yang terkebil-kebil yang memandangnya.

        “Haih. Macamanalah orang nak pada dia. Serba serbi macam lelaki.. Ni semua Mad punya pasal. Kau yang buat kawan aku jadi macam ni.” Masyitah masih tetap menyalahkan Muhammad atas apa yang terjadi pada Qaisara sekarang.

########

        Qaisara berjalan menyusuri pantai yang sering menjadi kunjungannya di Morib. Bagi dia tempat itu sangat menenangkan hatinya jika menghadapi masalah selain sering mengadu kepada uminya. Sungguh, tidak terdetik dalam hatinya ingin membebankan uminya dengan masalah. Tapi, hanya umi saja yang dapat membantunya saat dia memerlukan seseorang di sisi.

        “Umi.. Sara rindu umi. Sara nak balik jumpa umi.” kolam air matanya pecah. Puas ditahan namun Qaisara tidak mampu.


        Perlahan dia mendekati buaian kecil yang terdapat di pantai itu.

        Benarlah kata orang, jika hakikatnya dia perempuan sememangnya hatinya juga selembut hati perempuan walau di luarnya kasar bukan seperti seorang perempuan. Qaisara mengakui kebenaran kata-kata itu. Setabah-tabah hatinya sebenarnya dia juga adalah manusia yang lemah.

        “Awak, nah.”

        Qaisara terkejut. Kepalanya mendongak mencari pemilik sapu tangan itu. “Awak?!”

        “Aduh..” Qaisara bangun sambil mengesat punggungnya yang kotor akibat terjatuh dari buaian itu tadi.

        “Awak tak apa-apa? Takkan sebab tengok muka saya yang hensem ni pun awak boleh terjatuh kot. Jangan cakap awak dah tergoda.” sengih lelaki itu.

        “Awak lagi? Apasal saya asyik TERjumpa awak hah? Awak ikut saya eh?” sengaja Qaisara menguatkan perkataan 'terjumpa' sebab sejak akhir-akhir ni, selalu sangat dia terserempak empat mata dengan lelaki itu.

        “Aik? Saya pulak kena. Manalah saya tahu. Saya rasa mungkin jodoh kita kot.” lelaki itu ketawa sendiri. Bagi dia ini bukanlah kebetulan lagi, tapi memang pertemuan yang dirancang sendiri olehnya.

        “Nonsense! Awak rasa lawak ke? Stres saya terjumpa awak saja. Atau awak memang ikut saya, manalah tahu kan. Kot-kot lah awak minat kat saya dalam diam ke?” Qaisara mengecilkan matanya. Tahulah dia lelaki itu memang sengaja bermain api dengannya.

        “Hello.. Awak ingat awak tu cantik sangat saya nak ikut. Ramai lagi perempuan yang cun kat luar sana, yang memang ‘perempuan’, memang pandai ambil hati saya. Memang saya boleh cakap perfect sebagai perempuan yang saya boleh kejar. Awak tu? Apa ada? Apa pun tak ada.” ganjaran kata-kata sinis dilemparkan kepada Qaisara.

        ‘Ambik kau sebijik, Sara. Itulah, perasan tak ingat dunia sangat. Bajet hot stuff.’ Qaisara memarahi diri.

        “Hello.. Terasa ke? Hahaha.. Awak sakit? Kalau sakit, nanti boleh call saya. Nah, name card saya, kalau perlu saya bawak ke klinik, bagitahu saja. Saya tanggung semua kos. Kalau tak pun, jomlah ikut saya. Saya hantar pergi klinik terus. Lagipun saya nak cepat ni. Jom.” lelaki itu meletakkan kad namanya di atas buaian dengan tergesa-gesa.

        Qaisara geram. ‘Dia ingat aku ni boneka?’ Dibelek nama lelaki itu atas kad nama yang baru sahaja diberikan tadi.

        “Muhammad Muqri Syariff!” panggil Qaisara kuat. Lelaki  itu berpaling hairan.

        “Ya. Kena..”

        Bukkk..

        Belum sempat menghabiskan pertanyaan, pipi Muqri Syariff dihadiahkan sebiji penumbuk khas daripada Qaisara. Terkebil-kebil matanya memandang gadis itu.

        “Muqri Syariff? Sedap makan penumbuk sulung saya?”

        “Kenapa awak tumbuk saya? Saya tak buat apa-apa pun pada awak.”

        “Yes. U do. First, awak perli saya cakap macamlah saya ni bukan perempuan.. Second..”

        “Kenyataan lah. Cuba tengok diri awak tu.” Muqri Syariff membela diri. Pipinya masih terasa kesan tumbukan Qaisara. Dia menjelir lidah bila gadis di depannya menunjukkan tangan kanannya yang digenggam kuat.

        “Saya cakap awak diam, okey. Second, awak ingat saya perempuan murahan ke senang-senang nak ikut jantan yang saya tak kenal. Entah ke mana-mana awak nak bawa saya kan? Dasar stalker!” Qaisara mengambil kad yang diletakkan di atas buaian tadi, lalu dikoyak sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil lalu ditabur di hadapan mata Muqri Syariff.

        Dia puas hati lalu terus mengambil helmet bersebelahan lelaki itu dan berjalan meninggalkan pantai itu. Terhibur juga Qaisara dapat mengenakan kembali lelaki yang bernama Muqri Syariff itu. Dendamnya terbalas. ‘Sedap jugak nama kau kan.’ pujinya dalam hati.

########

        Qaisara selesai menghantar tempahan makanan kepada pelanggan di restoran tempat dia berkerja. Seseorang memanggil namanya semasa ingin mendapatkan tempahan dari pelanggan yang baru tiba.

        “Qai, kau pergi ambil order kat meja nombor 15. Aku ambil order yang baru sampai tu. Dah pergi cepat.” Masyitah memberi arahan. Dia menurut.

        Qaisara menghulur kad menu makanan kepada pelanggan meja bernombor 15 dengan sopan.

        “Ya. Order, encik?” Qaisara memaniskan muka walaupun wajahnya tampak keletihan. ‘Segak jugak dia ni. Hm.. Muka pun boleh tahan. Hidung dia mancungnya, mulut dia seksi, tajam. Taste aku ni. Hehee.. Mata dia. Ish, bukak la spect tu bro.’ Qaisara terleka sebentar sebelum tersedar apabila pelanggannya itu membuka cermin mata hitamnya.

        Qaisara tercengang melihat pelanggannya itu. Rupa-rupanya..

       “Eh, jumpa lagi kita? Ada jodoh betul kita ni kan.” lelaki itu tersengih.

        “Macam mana awak..? Err, tak ada apalah. Awak nak order apa? Saya nak cepat ni.” hilang terus nilai budi bahasa yang diajarkan managernya tiap kali memulakan tugas.

        “Amboi, garang betul. Manager awak tak ajar cara bersopan depan customer ke?” Muqri Syariff sengaja menguji ego gadis itu. Gadis itu terdiam.

        “Ehem.. Awak. Tak payah lah termenung jauh sangat. Nak ambil order ke tak ni? I’m waiting.”

        “Err.. Sorry. Awak nak.. Ehem.. Encik nak order apa?” Qaisara menjaga intonasi agar tidak dilabel pekerja yang tidak profesional. Setelah mengambil tempahan, dia menghantarnya ke meja Muqri Syariff.


        Dia mahu kembali ke dapur tetapi ditahan lelaki itu. 'Ahh kacau lah kau!'

        “Awak, teman saya makan.”

        “Tak nampak ke saya tengah kerja. Busy tahu tak.”

        “Tak tahu pun. Duduklah sini dulu.” kata Muqri Syariff sambil menarik kerusi di sebelahnya.

        “Buta ke? Saya sibuk.” tegas Qaisara sambil berjalan meninggalkan meja itu.


        Dari jauh kelihatan seseorang yang dikenalinya sedang bersembang dengan Muqri Syariff. ‘Macam kenal saja, member dia tu kot.’ hatinya berbisik sendiri sambil tangannya pantas menyiapkan pesanan makanan pelanggan di meja bernombor 6. Sambil itu matanya melilau ke meja lelaki itu lagi.

        “Eh, tu bukan Encik Haris ke? Apa dia buat dengan mamat tu?” tanya Qaisara pada Masyitah. Mungkin Masyitah kenal lelaki itu. Tapi, mustahillah.

        “Qai, tu bestfriend Encik Haris lah. Kau tak tahu ke? Diorang dah lama tak jumpa sebab Encik Syariff baru balik Malaysia dua bulan lepas. Dia baru start kerja kat Art & Design Elemental Architecture di depan sana tu.”

        “Amboi. Mana kau tahu cerita ni beb? Kenapa aku boleh tak tahu ni? Kau..” keningnya diangkat sebelah.

        “A.. Aku tahu dari Encik Haris lah. Encik Haris yang cerita. Masa tu kau balik awal, masa kau tak sihat tulah.” laju Masyitah menjawab. Qaisara mengecilkan anak matanya memandang mata Masyitah.

        “Kau pasti tak tipu aku ni?” hatinya masih berdolak dalih mahu menerima jawapan Masyitah. Entah kenapa seperti ada yang disembunyikan ni!

        “Hm.. Mas, kau ingat tak mat stalker yang aku selalu cerita tu? Ala, yang aku jumpa tepi bustop dulu tu. Ingat tak?”

        “Yang mana? Yang kau tergolek tu ke?"


        "Haaa... Itu lah dia mamat tu."


        "La.. Ni ke mamat tu? Hensem jugak Qai. Sesuai dah dengan kau. Tak payah nak jual mahal sangat la kan. Karang kau tak laku, padan muka.” Qaisara menjuih bibir.

        Terasa bahunya dicuit. Dilihat Masyitah memuncungkan mulutnya ke arah pengurus mereka.

     ‘Encik Haris panggil aku? Kenapa? Aku ada buat salah apa? Janganlah Muqri ni buat cerita bukan-bukan pasal aku pulak. Hish..’ doanya dalam hati.

        Perlahan Qaisara mendekati pengurusnya itu sambil hatinya terus berdoa.

        Lantas dia memaniskan wajah menghadap pengurusnya, sempat juga matanya menjeling reaksi sahabat pengurusnya itu. Tersengih-sengih! 'Kau kenapa?!'

        “Qai, kenalkan. Ni Muqri Syariff, kawan baik saya. Dia baru balik dari Paris, study sana. Riff, ni pekerja aku yang paling cun di sini. Nama dia Qai. Tak payah kenalkan lah, korang dah kenal lama kan?” Qaisara terkejut apabila dikatakan sudah kenal lama dengan Muqri Syariff, walhal baru bulan lepas dia berkenalan secara tak sengaja dengan lelaki itu. Di pertemuan yang memalukan!

        “Oh, itu. Err, saya pun baru..” aku terdiam.

        “Lama dah kenal cuma baru sekarang kitorang dapat rapat.” pintas Muqri Syariff.

        Dijelingnya Muqri Syariff yang selamba memotong percakapannya tadi. Kutukan demi kutukan dilemparkan kepada lelaki itu dalam hati Qaisara.

        “Eh, Qai. Hari ni awak boleh balik awal. Demi kawan saya yang dah lama gila tak balik ni. Bukan nak ajak saya yang keluar, tapi ajak pekerja saya pula. Tak adil betul.” Kedua lelaki di depan matanya itu ketawa seolah-olah mempersendakan Qaisara.


        ‘Diorang cakap apa? Balik awal? Keluar? Huh? Mentang-mentang aku tak faham korang gelak pasal apa. Gelak sakan tak ajak aku pun! Okay, aku senyum saja, masuk topik lah jugak.’ rajuk hatinya.

        “Eh. Encik Haris cakap apa tadi? Saya tak faham. Encik Haris nak keluar ke?” tanya Qaisara kedunguan.

        Encik Haris dan Muqri Syariff memandang wajahnya. Pelik.

        “Kenapa?”

        “Awak tak faham kitorang cakap apa ke tadi. Tapi awak senyum tadi.”

        “Encik Haris gelak, saya senyum lah sekali. Nanti cakap saya tak faham bahasa pulak.”

        “Memang tak faham pun kan?” kali ini baru keluar suara Muqri Syariff. ‘Dari tadi gelakkan aku saja tau. Ingatkan dalam mulut kau ada emas berkarat-karat!’

        “Tak ada lah Qai. Ariff minta izin nak suruh awak keluar kerja awal sikit. Dia kata nak jalan-jalan dengan awak. Pergilah teman dia, kempunan pula nanti.”

        Qaisara ingin menolak tetapi pengurusnya seperti mengetahui apa yang bermain dalam fikirannya.

        “Don’t worry, Qai. Saya tak potong gaji awak. Gaji tetap berjalan macam biasa. Pergilah ambil barang awak. Jangan lupa bagitahu Mas suruh dia yang bawa balik motor awak tu okey.” Kedengaran seperti sebuah arahan. Qaisara akur.

        Dia mendengus dalam hati. ‘Pandai dia bodek kawan dia tu nak bawa aku keluar. Hish, taktik kotor! Tension!’ Selepas meninggalkan pesanan kepada Masyitah supaya membawa pulang motor skuternya itu, terus dia mencapai beg silangnya dan berjalan ke arah Muqri Syariff. ‘Memang nak kena budak ni!’

        “Jalan dulu Ris.” Muqri Syariff bersalaman dengan Encik Haris.


        Kami pamit dan langsung diiringi satu peringatan buat Muqri Syariff. ‘Jangan apa-apakan pekerja aku yang ni. Kalau kau berani, kau dapat akibatnya on time. Dia garang bro.’ sengaja diulang kata-kata Encik Haris dalam hati. Protesnya.

        “Jom awak.” Qaisara hanya mengekori.

        Sambil berjalan ke kereta mewah milik lelaki yang tak tahu datang dari planet mana, Qaisara sempat berkhayal memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk mengelak dari keluar bersama lelaki itu. Apabila dia ingin membuka bicara, pintu kereta sudah terbuka untuknya. ‘Tak sempat nak mengelak. Manusia apalah dia ni. Menyusahkan betul!’

########

        Cukup 5 minit Qaisara bungkam dalam kereta mewah itu tanpa sebarang kata. Hatinya sudah bosan. ‘Ke mana lah manusia yang seorang ni nak bawa aku.’ persoalan tetap menjadi penghuni hati, tidak terluah.

        “Ehem.. Qaisara, awak marah saya?” Muqri Syariff memulakan perbualan.

        “Kenapa awak buat macam ni?”

        “Saya pun tak tahu kenapa.”

        “Motif?”

        “Saya tak ada jawapan yang awak nak. Kenapa? Awak tak suka?”

        “Taktik awak kotor. Awak rasuah apa kat bos saya?”

         “Rasuah apa? Dia sendiri yang bagi permission kat saya. Awak pun dengar tadi.”

        “Tapi, kan saya dah cakap tak nak teman awak. Degil sangat kenapa?”

        “Degil sebab awak lah.”

        “Dia yang degil, nak salahkan orang pulak! Benci.” rungut Qaisara mematikan perbualan.

        “Benci tanda sayang, Qaisara.” Muqri Syariff melirikkan senyuman menggodanya kepada Qaisara. Harapannya tinggi supaya gadis itu cair dengan senyuman yang mampu menggoyah setiap gadis yang bertemu empat mata dengannya. Tapi, malangnya  Qaisara berjiwa keras. Sekeras batu kerikil.

        “Qaisara.” Muqri Syariff menyebut nama Qaisara perlahan.

        “Apa lagi pakcik ni?” jelingnya memberi amaran kepada Muqri Syariff.

        “Janganlah jeling-jeling manja macam tu, saya makan awak karang.” guraunya.

        Qaisara malas mahu melayan, hanya menunjuk sekepal penumbuk di depan mata Muqri Syariff sudah cukup baginya.

        “Awak tak nak tahu saya bawa awak ke mana? Manalah tahu saya bawa awak pergi sempadan ke? Kahwin lari kat sana. Tak takut?” matanya memandang Qaisara yang tersengih.

        “Awak ingat saya nak kahwin dengan stalker macam awak ni? Tak payah berangan. Awak tu tak masuk dalam list pun.”

        "Awak student lagi kan? Jangan terkejut, Haris yang bagitahu saya tadi. Kenapa awak kerja part-time? Focus on your study saja lah."


        "Saya bukan orang berada macam awak. Saya nak kena tanggung adik-adik saya di kampung. Saya banyak tanggungjawab sebab saya anak sulung. Bukan macam awak, cuma tahu habiskan duit mak ayah awak saja." hentam gadis itu. Muqri Syariff diam tanpa kata.


        Masing-masing membisu. Hanya suara kepoh DJ radio sahaja yang memecah tembok kesunyian antara mereka.

        “Qaisara, kita dah sampai. Saya nak minta satu dari awak boleh?” kereta diberhentikan lalu Muqri Syariff memandangnya. Matanya benar-benar mempamerkan keikhlasan. Tak mampu Qaisara memarahi Muqri Syariff tanpa sebab. Dia juga punya hati.

        “Ada apa?” soal Qaisara ingin tahu.

        “Saya nak awak buat-buat macam kita dah kenal lama boleh? Saya tak nak ibu dan adik-adik saya syak apa-apa.”

        “Hm.. Tengoklah nanti.” ujar Qaisara angkuh. Tiba-tiba hatinya terasa ingin mempermainkan lelaki yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang perempuan itu.

        Mereka berjalan beriringan memasuki rumah teres dua tingkat itu. Pada pandangan Qaisara, tidak sangka keluarga lelaki ini tinggal di rumah yang tidak berapa gah jika mahu dibandingkan kereta mewah yang dimiliki dan kerjayanya sekarang.

        “Assalamualaikum.. Ibu.. Ibu. Assalamualaikum.” laung Muqri Syariff sebelum memulas pintu rumah teres itu. ‘Tak sopan langsung! Lantaklah rumah dia.’

        “Waalaikumsalam. Ibu! Abang Ariff dah balik.” Terdengar suara seorang budak lelaki yang menjerit memanggil ‘ibu’. Tak lama kemudian, muncul seorang wanita tua bersama beberapa orang kanak-kanak lain di belakangnya. Mungkin itulah ‘ibu’ yang dimaksudkan Muqri Syariff tadi. Dan itulah adik-adiknya. Ramainya!

        Tangannya dihulur kepada wanita tua itu. Mujur disambut.

        “Makcik, sihat?” soal Qaisara ramah..

        “Ibu sihat alhamdulillah. Siapa nama tadi? Qai ya? Qaisara kan? Cantik nama kamu secantik tuannya.” merah pipi Qaisara apabila dipuji sebegitu. Bertambah merah apabila didengari oleh Muqri Syariff. ‘Ah! Kehadiran dia betul-betul mengganggu hidup aku’ jerit batinnya.

        “Umi Qai yang bagi. Umi Qai suka nama Qaisara, abah nak letak nama Aisya. Itu yang mereka gabungkan nama Qai jadi Aisya Qaisara. Boleh Qai tanya? Makcik jaga sendiri ke anak-anak makcik ni?” tika itu seorang demi seorang adik-adik Muqri Syariff bersalaman dengannya. Dia terharu dengan layanan dari keluarga lelaki itu. Membuatkan dia teringatkan umi dan abah yang berada jauh di kampung.

        “A’ah, ibu jaga semua anak ibu ni sendiri. Lagipun, Farah yang tolong ibu jaga adik-adik dia yang lain ni. Qai panggil ibu saja lah. Ibu anggap semua kawan anak-anak ibu sama macam anak ibu juga. Ha.. Mulalah tu mencebik, tak boleh nak mengalah. Tetamu Riff ni.” Kata ibu sambil memandang Muqri Syariff.

        Nampak benar wajahnya yang pura-pura merajuk. Macam budak kecil!

        “Dah, jom Aida, Khairul. Ajak adik-adik yang lain keluar jom. Ada orang baru, ibu tak nak kawan dengan kita dah. Siapa nak tolong Abang Ariff kemas halaman rumah? Siapa ikut, petang ni abang ajak jalan-jalan. Siapa nak, say yes!” serentak mereka menjawab yes! seperti permintaan Muqri Syariff tadi.


         Qaisara tersenyum melihat keletah keanak-anakan lelaki itu.

        “Awak tu pandai-pandailah hidup. Dahlah curi ibu kami.” Muqri Syariff menujukan gurauan itu buatQaisara. Dia memang berperangai seperti kanak-kanak. Memang lain benar perangainya apabila di luar dan ketika berada di samping keluarganya.

        “Dahlah, Qai. Abaikan. Jom tolong ibu masak.”

        “Heheh.. Qai memang nak ajak ibu pun. Tapi, ibu dah ajak dulu. Nak buat macam mana kan?”

        “Pandailah kamu.” Ibu menepuk lembut bahu Qaisara. Sampai saja di dapur, hatinya melonjak kegirangan. Matanya tertancap pada sebekas ikan pari yang sudah disiang.

        “Qai suka makan ikan pari jugak ke?” soal ibu.

        “Tu favourite Qai, ibu. Umi Qai selalu masak ikan pari tau. Rindunya Qai. Eh, ibu nak masak apa ikan pari ni?” tanya Qaisara sambil berjalan menuju ke singki dan menyingsing t-shirt lengan panjangnya. Dia berhajat untuk menolong ibu masak kerana dia merasakan seolah-olah ibu adalah uminya yang jauh.

        “Qai tak pandai masak, Qai tolong saja boleh tak bu?” ibu mengangguk lalu tersenyum.

########

        “Abang Ariff lah! Kitorang menang. Tak kira, abang tetap kena belanja kitorang makan aiskrim nanti. Ibu!” jerit salah seorang anak ibu yang berbadan agak sihat dan montel.

        “Ha.. Jangan main kat sini. Ibu dengan kakak belum siap hidang makanan lagi.”

        “Abang lah bu. Dia ajak masuk awal, nak makan cepat. Dia dah bau sedap kat luar tu. Tak senang duduk tau abang ni bu. Taulah ada awek dia.” mengadu seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 14 tahun itu. Mungkin itulah Farah yang ibu maksudkan tadi.

        “Eh, mana ada. Jijo yang ajak masuk. Kan Jijo?” Muqri Syariff masih mahu menang. Kanak-kanak bernama Jijo menggeleng sambil tersengih.

        “Semua tak nak back up abang. Abang merajuklah macam ni.” cebir Muqri Syariff lalu ke dapur untuk mengisi tekaknya yang kehausan.


        Badannya tiba-tiba terkaku melihat gadis yang menjadi pujaan hatinya itu semacam berubah, tidak seperti selalu. Dia tertanya-tanya sendiri sambil matanya mengekor ke mana sahaja Qaisara pergi.

        Bila Qaisara menjerkah dia, baru dia perasan. Gadis itu nampak lain kerana topi yang selalu menjadi penutup kepalanya sudah hilang. Entah ke mana. Apatah lagi, rambutnya yang panjang mengurai tu diikat tinggi menampakkan leher jinjangnya yang putih itu. Muqri Syariff menelan liur. ‘Bersabarlah wahai hati.’ pujuk hatinya.

        “Ariff! Qaisara! Mari makan sama. Semua tengah tunggu kamu berdua ni.” laung ibu dari meja makan.


        Qaisara menyahut sambil membetulkan rambutnya yang agak serabai itu. Gerun dia melihat mata Muqri Syariff yang tak lepas dari memandangnya. ‘Gila agaknya mamat ni dah.’ Terus dia berjalan meninggalkan Muqri Syariff di dapur sendirian.

                                                                   ########

        Jam hampir mendekati pukul 8.30 malam, baru Qaisara sampai di rumah sewanya. Kalau diikutkan hati, dia tak mahu berlama-lama di rumah Muqri Syariff. Makin lama dia berada di sana, makin serabut otaknya memikirkan perkara itu. Tapi, Qaisara tak sanggup menolak permintaan ibu.

        Sepanjang perjalanan dia hanya diam membisu membiarkan Muqri Syariff membebel sendirian. Dia tiada mood untuk melayan lelaki itu. Sungguh saat ini dia rasa tertipu! Kenapa Muqri Syariff berpura-pura seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan dia sebelum ini. Dia bersyukur kerana semasa membantu ibu memasak, ibu telah membongkar rahsia demi rahsia yang selama ini tidak dia ketahui. Pandai lelaki itu berahsia dengannya!

        “Qaisara.. Hello Qaisara.” Muqri Syariff melambai-lambai di depan matanya. “Dah sampai.”

        “Okay. Thanks. Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” pamit Qaisara sambil menyarung kembali topinya.

        “Qai, pinjam telefon sekejap.”

        “Buat apa?”

        “Nak call someone kejap. Saya dah habis kredit. Please.” rayu Muqri Syariff.

        “Nah. Cepat sikit.”

        Muqri Syariff terus membuat panggilan kepada seseorang . Dan, seseorang itu.. Adalah dirinya sendiri. Muqri Syariff membuat panggilan kepada telefon bimbitnya. Apa motifnya?

        “Apa awak ni? Hish!” Qaisara merampas kembali telefon miliknya di tangan lelaki itu. Sebal! Lantas pintu kereta ditutup kuat tanda geram. Di dalam perut kereta, lelaki itu menahan tawa. ‘Garang macam harimau. Rarrww! Tapi, awak tetap nampak comel bagi saya.’


============================================================ 

okay. ni first cerpen yang aku post . sebab aku nak mintak tolong kak Rin komen . sebab aku rase banyak sangat kekurangan ni . haishh .. payah jugak nak buat cerpen-cerpen ni kan? ^_^. so, kalau korang tak puas hati boleh lah komen or tak faham jalan cerite ke ape ke? oke ! aku tunggu kutukan korang . herherrr .

Ni sambungannya okay . --> Kerana Hatimu, Aku Rindu 2 .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
--> Aisya Qaisara - Permaisuri yang hidup bahagia
--> Muhammad Muqri Syariff - Ahli ibadat yang mulia

Merangkak Mengenali Dunia Penulisan!

Assalamualaikum ..

Awak tuu .. Blog ni dicipta dan ditubuhkan supaya aku dapat meluahkan karya-karya, hasil olahan otak aku. Aku bukanlah seorang yang pandai nak bermadah-madah ni. Tapi daripada bercerita, aku suka meluahkan dengan tulisan. Lukisan pun bolee cuma setakat ni belum expert lagi . Almaklum lah aku tak amik course art & design pun kat uitm. aku hanyalah bakal cikgu akauntan. weutweutt ..

lepas ni call i CIKGU oke murid-murid! herherrr ..

Ni baru permulaan untuk aku berkongsi karya aku. Sebenarnya aku dah mula pun buat mini novel masa aku form 4, tapi tak publish dekat mana-mana pun sebab aku rasa banyak kekurangannya. Sebab masa sekolah kan, apa bolee buat.

Tak banyak masa nak selalu perah idea yang best best. Mana lagi nak study, mana lagi nak menulis kan? kan? Wanita berkerjaya lah katakan.. cecehh . (^_^)

 

Lepas ni uols yang da expert tu kene tolong i la kann ? hehee. saling membantu kan korang jugak dapat pahala. Hari ni korang tolong aku, mana tahu esok esok aku pulak ke tolong orang kan? ye tak ye tak?

Buat kesekian kalinya, aku nak publish karya aku. Tapi, masih dalam proses. Nebes bergunung-gunung tau. Takut orang tak faham plot kite, ceite kite tema ape. jalan cerita merepek plak. Apa-apa pun nanti korang komen je tau. Aku cuba perbaiki apa yang aku dah buat oke ..

Psstt: Practise make perfect rite?